Isnin, 15 September 2014

Review Grand Lexis Port Dickson Part 1

Salam pembuka bicara...


Minggu yang sangat hectic telah berlalu. Fuhh.. lega. Tapi minggu ni pun boleh tahan juga sibuknya cuma mungkin sebab besok cuti jadi rasa beban tu kurang sikit.


Nak kongsi pengalaman saya semasa Sweet Escape di Grand Lexis, Port Dickson. Sebenarnya, ini cerita basi yang dah berlalu setahun dah pun.




Untuk hiasan dalam bilik, Grand Lexis akan caj RM50- RM150. Jadi, saya tak buatlah surprise decoration untuk suami macam ke Krabi dulu. Waktu check in biasalah pukul 2 tapi kami dapat lewat sikit dalam pukul 3 lebih macam tu sebab katanya bilik tak siap kemas lagi. Bukan kami je ramai lagi yang tunggu turn untuk masuk bilik.


Sementara dekat lobi tu, Grand Lexis ada bagi tuala basah dan air minuman untuk minum.




Dari lobi ke bilik, dorang akan bawa naik buggy.




Ni saya share sikit gambar bilik. Bilik ni saya booking bilik Deluxe Pool Villa. Masa booking ni dapat murah jugak la dari standard price dia. Harga booking dapat dalam RM4++ tapi lepas campur tax jadi RM5++ jugak lah.








Swimming pool ni tak cukup besar untuk orang yang dah tahu berenang tapi cukup besar untuk orang tak tahu berenang macam saya.




 Masa sampai bilik, air tak pasang lagi. Lagi tak nampak apa pun lah bawah bilik tu. Tapi bila air pasang pun tak nampak sangat ikan sebab air keroh. Haha. Sadis betul.






Agak-agak kalau nak masak guna microwave pun boleh lah. Macam saya bawak lasagna siap-siap sebab pagi tu buat sarapan lasagna. Hihi. Barang-barang elektrik dalam bilik ni pun memang lengkap lah. Pinggan mangkuk sudu garfu teh kopi gula dan creamer pun ada.








Air dalam peti sejuk tu je kena bayar RM5 kalau ambil. Kitorang pun ada juga ambil air dalam peti sejuk tu.





Tuala dan toiletries pun tak perlu risau. Tuala sangat banyak ada 2-3 set untuk kali berdua pakai. Siap ada bathrobe lagi. Toiletries pulak pun lengkap. Kalau tertinggal berus gigi dan ubat gigi tak ayah susah-susah nak pergi beli. Shaver dan cream shaver tu pun tak payah susah beli.








Memandangkan dah penuh sangat dengan gambar, kita sambung entri ni besok. Hihi.


xoxo
dhiera
https://www.facebook.com/hijabbydhiera

3 komen:

Muis Ismail berkata...

macam best je tempat ni.hehe

LYAfrina berkata...

mmg cantik n selesa

Myra Jay berkata...

Bestnyer Dhiera....

Nampak mewah dan eksklusif..

Padan la dengan harga kan?