Jumaat, 19 September 2014

Review Grand Lexis Part 2

Salam pembuka bicara..


Sambungan cerita Grand Lexis Isnin hari tu (link). Keadaan dalam bilik, barangan yang ada semua dah ceritakan. Arini nak kongsi apa yang saya buat sepanjang 1 malam dekat sana.


Petang tu kitorang jalan-jalan sekitar kawan Grand Lexis ni.







Ini pulak adalah Lexis. Segeng dengan Grand Lexis cuma dia ada jakuzzi je kot dalam bilik tu.




Lepas tu, suami pun mulakan lah projek memancing dia. Memula kena lah cari umpan dia. Dekat Grand Lexis ada sediakan umpan tapi sebab mahal dan tak berbaloi. Suami ajak pergi beli umpan dekat Giant je.





Ni lah first time teman suami memancing tapi tak teman sangat lah sebab kejap-kejap masuk bilik. Hihi. Kalau korang yang nak memancing tapi tak ada pancing boleh sewa dekat sini. Harga sewa saya tak pasti lah berapa. Uncle cina dan mat salleh tu ada bagitahu tapi tak ingat berapa. Uncle cina dan mat salleh tu dedua sewa pancing dekat Grand Lexis ni. Suami bawa pancing sendiri. Siap bawa 2 pancing lagi kemain tamak.





Sambil teman suami memancing bolehlah layan sunset. *wiwit*





Ikan macam tak banyak sangat. Mungkin ikan-ikan ni kenyang kot. Dapat lah 2 ekor. Seekor ikan buntal, seekor lagi ikan yang tidak dikenali. Ikan ni tak bawa balik pun. Lepas tangkap terus lepaskan balik.




Habis suami memancing, baru kitorang cari makan malam. Serius tak tahu nak makan dekat mana sebab tak survey pun tempat makan best dekat Port Dickson ni. Akhirnya, kitorang pergi makan dekat Samudra Ikan Bakar.




Inilah menu kitorang malam tu. Dekat sini tak ramai pun orang. Rasa sambal dia pun biasa je. Tak cukup umphh la untuk saya. Harga makanan tidak dapat diingati.




Andai kata nak mandi manda dekat pool luar, boleh bawak kad towel ni siap-siap untuk dapatkan tuala extra tapi tak boleh bawa balik towel tu masuk bilik la.




Untuk sarapan pagi pun jangan risau sebab dah disediakan sekali dalam bayaran bilik. Hihi.
Komen tentang makanan diorang, menu banyak tapi rasa biasa sahaja dan lalat pun ada juga lah berterbangan. Tengok tarikh tu. Kan dah cakap isnin ritu vacation dah setahun berlalu. Hihi





Selepas makan, kami jalan-jalan kejap dan menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada dalam Grand Lexis ni. Suami sangat suka duduk sini dan siap cakap nanti kita datang sini lagi. Hihi. Depan bilik kitorang ada satu rumah banglo yang macam terbiar je. Kalau fikir yang menyeramkan, memang rasa boleh jadi menyeramkan. Hahaha




Siapa duduk bilik sini sama lah dengan bilik kitorang hari tu. Hai hai!




Balik dari Grand Lexis ni kitorang ikut jalan dalam. Singgah lah makan dekat Salak Tinggi. Makan ikan bakar favourite saya. Rasa dia erm.. tak ingat. Sebab tak ingat mungkin sebab rasa biasa je kot. Hahaha




Grand Lexis ni best lah untuk kita pergi setakat merasa. Kalau setiap tahun nak singgah tu macam tak la kot. Boleh try jugak pergi ke tempat lain. Tapi sebab dekat sini boleh memancing, kebarangkalian untuk datang lagi tu adalah.


xoxo
dhiera
https://www.facebook.com/hijabbydhiera

4 komen:

eima berkata...

hotel mahai ni .... dah setahun dah vacation tu ek .. hihihih

LYAfrina berkata...

menarik ..
hotel pon cantik

dear anies berkata...

sy mmg tingin nk ke sini...aritu ank sedara kawen dia hanimun kt sini ;-)

Aisya Ieyka berkata...

as salam .. nice :)
aisya dah buat sambungan e-novel aisya. jemput baca :)
http://aisyaieyka.blogspot.com/2014/09/dia-jodohku-part-6.html