Rabu, 2 Oktober 2013

Pre-IJI 2013

Salam pembuka bicara...


Baru sedar yang saya dah sebulan lebih tak update blog ni. Terima kasih sebab ada yang masih sudi untuk datang jenguk blog yang usang ni. Sebenarnya, banyak yang saya nak cerita tapi itulah bila tak ada tindakan menaip secara pantas bila ingat jawab nya zzzzz sampai ke sudah.


Alhamdulillah.


Segala pujian dan syukur kepada Allah yang Maha Esa, tuhan sekalian Alam. Saya rasa bersyukur sebab pengisian hujung minggu lepas dan awal minggu ini (Jumaat - Isnin) dipenuhi dengan majlis ilmu. Banyak perkara baru yang saya belajar sepanjang tempoh 4 hari di PWTC. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya untuk terus menjadi seorang yang lebih sukses dalam hidup ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya untuk hadiri Intensif Jutawan Industri (IJI) anjuran Richwork.


Sebelum gerak ke PWTC, saya dan suami bekerja seperti biasa. Habis waktu kerja, suami hantar Kek Boboi Extra Moist Chocolate Cake dekat seseorang di Petronas Puncak Alam. Lepas tu, kami mengisi perut dulu dekat Southern Thai Restaurant. Rasa makanan dia macam so-so je tak macam sebelum ni.


Btw, inilah kek yang suami hantar dekat kawan dia tu. So yummy!



Masuk waktu maghrib, kami solat dulu dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Beli bekalan makanan sikit sebab boleh jimat untuk sarapan. Kebetulan, kami booking hotel tanpa breakfast. Dalam jam 9 malam, baru kami sampai Hotel Seri Pacific. Masa ni rasa excited sangat untuk hadir IJI kebesokan harinya.


Besoknya, nak daftar tengok semua orang dah masuk dewan. Masa ni, ingatkan kita yang dah terlewat sampai. Rupanya, masih dikira awal juga. Cuma peserta dibenarkan masuk awal dalam dewan.


Apa yang saya belajar pada hari Jumaat ini, saya akan share dengan korang semua. In sha Allah.


xoxo

Dhiera Zainudin