Hari-hari saya dengar orang kata tertekan dengan masalah di tempat kerja. Lagi-lagi kalau situasi di tempat kerja sangat memeningkan kepala.
Sebenarnya, tekanan ni boleh menjadi positif dan negatif.
Yang negatif tu memang tak elok. Tapi apa kata, kita jangan fikir kan masalah yang kita fikir besar sangat tu. Kita tukar kan dia jadi positive way. Saya percaya dan yakin semua orang boleh ubah stress tu kepada bentuk yang lebih positif. Kalau negatif nanti, asyik sakit pula. Tak bagus tu!
Saya tak tipu sebab ayah saya pun macam tu. Err.. saya rasalah. Sebab masa tu, ayah saya dapat task untuk transfer staf dia sebab pihak pengurusan nak dikecilkan kapasiti kilang ayah saya kerja ni. Ayah saya pula tak sampai hati nak lepaskan staf-staf dia sebab kebanyakan mereka dah bekerja lama bawah ayah saya ni. Hari-hari kena push dengan bos-bos besar sampai ayah sakit. Sakit gout la. Hah.. start dari tu ayah saya terus tender resign.
Nampak tak, stress sampai sakit.
Pada saya la kan sebab saya pun seorang pekerja juga, penyebab tekanan ni, punca utama dia sebab kita dah bosan atau sebab tak ada aktiviti yang terancang. Ingat tak saya pernah cakap yang saya kerja nutritionist? Masa ni, selain bagi consultation dekat patient, saya pun kena buat kerja dalam makmal. Hari-hari tengok warna dan kejernihan air kencing patient pun dah boleh tahu keputusan mikroskop macam mana. Lama-lama jadi boring. Lagi tak best bila bos suruh buat itulah inilah. Betul ke betul?
Sedar atau tidak, tekanan tu boleh dijadikan sebagai tenaga penggerak sehingga kita berjaya mencapai sasaran. Apa kata mulai sekarang set target atau goal dalam hidup kita. Dah ada target/ goal cepat-cepat tulis atas kertas. Jangan tulis atas angin sebab dah macam angan-angan je tu. Untuk siapa kita kerja/ bisnes? Untuk apa kita bekerja / bisnes?
Bila tak boleh tahan dengan tekanan tu, ambil wuduk. Tarik dan hembus nafas sambil pejam mata. Bayangkan yang kita dah berjaya capai target / goal kita, tambahkan perasaan gembira dan tambah lagi perasaan syukur kepada Allah swt / Tuhan. Visualize yang kita dah berjaya capai target kita.
Percayalah, lepas tu tekanan / stress ni akan hilang bila kita dah berjaya menguasainya. InshaAllah.
xoxo
18 komen:
sy slalu beranggapan stress = masalah. Allah x kn beri masalah kalu x krn DIA syg kita...mmg akn skt kepala skt hati...namun cuba positifkn diri bhw ada ramai lg org kt luar tu yg lbh stress dan lbh bsr masalahnya drpd kita
Kakak nak tambah doa tu:-
Wanikmal maula wanikmannasir..
Walau dimana pun kita kerja sesekali sterss tu biasalah...
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 850
moga doa/zikir kita akan hilangkan stress tu...
betul tu..fizi selalu fizirkan positive bila ada masalah berlaku..contohnya..fikir kenapa ini berlaku dan macam2..
Stress ni memang kekadang sampai kita jatuh sakit, sebab tu kekadang stress ni kena dikawal supaya tak jadi teruk, kan Dhiera ;)
TQ dhiera share ayat tu. kerja ni memang ada stress tp kena pandai atasi. Bila stress then kalo pilih jalan yang salah, nanti makin bertambah masalah. So, stress kena dilayan elok-elok, baru semuanya akan terkawal.
ein lau stress ngan bos, terus jd xmesra alam.. aaaa stress.. thanks share doa tu..
Hi...follow my blog here..http://sitihajarsuraji87.blogspot.com/
@Khai♥Rin : anies
betul tu anis. dulu pun ada anggap stress = masalah~
@Kakzakie
terima kasih kak.
inshaAllah akan amalkan doa tambahan akak ni
@Puan Ida
salam perkenalan ida. thanks.
@Qhaifa Nur
inshaAllah!
@Fizi Zaidi
betul tu fizi! terbaik
@Myra Jay
betul tu.. kena tukar yg stress negatif ke positif!
@Hana Soffelia
yee.. kena layan stress elok-elok. change to positive energy
@E'in
e'in, jangan lah jadi tak mesra alam. hikhik
@::Aja::
amboi!!
good luck aja!
Catat Ulasan