Salam pembuka bicara..
Sebulan dah menyepi. Tiba-tiba timbul kesungguhan nak tulis balik sebab nuffnang tak henti-henti bagi BE untuk saya. Terima kasih. Baru je cash out tadi.
Make a long story to be short.
1. Harap tak terlambat nak ucapkan selamat hari raya kepada semua. Mohon maaf kalau ada sebarang kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja selama saya menulis dalam blog ni atau komen-komen di blog kawan-kawan
2. Alhamdulillah. In sha Allah, sabtu ni genap setahun masihi saya jadi isteri kepada seorang suami yang sangat baik dan perfect pada saya sekurang-kurangnya. In sha Allah, salah satu wishlist saya akan termakbul hujung minggu. Dah lama mengidam nak ke tempat ni.
3. Saya ada impian untuk honeymoon setiap 3 bulan sekali. Well lepas balik dari Krabi, 3 bulan selepas tu kami ke Melaka. Krabi dan Melaka dah pernah buat review. Kena godek-godek entri lama. Selepas tu, sweet escape hanya di Shah Alam sebab ada kelas nak attend cukuplah satu malam je. Menggedik tempah hotel dan duduk lah diam-diam dalam hotel. 1 bulan lepas tu ke Kuala Lumpur pula. Tempah hotel di Kuala Lumpur pula sebab kelas jugak tapi 5 malam pulak kali ni. Kuala Lumpur memang happening di waktu malam tapi hotel kami dekat dengan kelab. Jadi, zzzzzzz....
4. Saya masih menuntut dengan DAO untuk menjadi seorang yang lebih baik. Ingat entri pergantungan kepada Allah.
5. 6 Syawal hari tu, genap setahun hijrah saya bernikah dengan suami. Alhamdulillah. Dan ada great news. Syok jugak raya berlaki ni.
6. Saya ada pergi interview untuk kerja sebagai Pegawai Sains Pemakanan bulan lepas. Kira kerja kerajaan lah. Harap-harap adalah rezeki untuk saya untuk menjadi salah seorang pekerja di Kementerian Kesihatan. Saya banyak dapat soalan pendapat sahaja dan case study lebih kurang. Minggu depan, keluarlah result dia. Ya Allah, jika aku layak untuk jawatan itu. Kau jadikan lah aku sebahagian dari mereka di MOH.
7. Minggu depan suami pula ada interview untuk Penguasa Penjara. Dalam masa yang sama, suami saya masih lagi calon simpanan untuk Penguasa Bomba. Jauh di sudut hati macam tak rela je kalau suami dapat bomba sebab takut kena tinggal untuk 2bulan sebab kena training.
8. Suami saya injured hari masa main futsal. Ligamen koyak. Alhamdulillah tak kena operate tapi take time untuk pulih. Sekarang, suami dah tak dapat nak main futsal atau badminton selalu sangat la. Saya teman suami pergi main snuker je. Boleh?
9. Kalau ikutkan macam-macam lagi nak cerita tapi tiba-tiba tak ingat dah apa nak cerita.
10. Akhir sekali, saya nak jemput kawan-kawan blogger ke Majlis Makan-Makan kecil di rumah saya.
Tarikh: 1 Sept 2013
Tempat: Astana Alam 2, Bandar Baru Puncak Alam
Untuk detail dan RSVP (eceh.. rsvp) boleh PM saya di https://www.facebook.com/message/dhiera.nadhirah
Lepas tu, nanti saya bagi nombor telefon ye.
xoxox
17 komen:
ha?puncak alam?1 sept?nk g..tp kene tgk timetable hubby pulak lah...
selamat hari raya..byk menda yg berlaku ye..hehe..
Selamat hari raya dhiera maaf zahir batin. Huhu. Bestnya makan2. Inshaallah kalau ade kelapangan nak jugak terjah. Hihi
P/s: laki dhiera suke men snuker ke?? Boleh geng akram gitu. Haha
wah...byknye citer...moga sentiasa bahagia....xsabar nk tunggu kelahiran org baru.....
Best la dah blh cash.....
selamat hari raya buat dhiera sekeluarga...
hrp suami tu cpt sembuh...
alamak, 1hb tu sy kt ipoh la...kalu x bleh mai
ala pika blik ipoh nk buat kenduri aqiqah tuk anak..klo x nk jugak g umah dhiera..heheheh x malu =)
Salam Dhiera..
lame tak ketemu..hihi..
wah..padat sungguh walau dah make it short..
alhamdulillah utk segala pencapaian..dan sambutan..
happy anniversary jgk..
open house? klu CMa free, cma datng..thanks menjemput :)
Selamat Hari Raya...hee...cerita sebulan dimuatkan dalam satu entri...best2..:D
Alhamdulilah banyak pencapaian yg dhiera terima yer.. moga di murahkan rezeki lagi..
happy anniversary dan selamat hari raya yer dear..
selamat hari raya
Tahniah ye dah setahun usia perkahwinan :)
MJ kagum dengan Dhiera honeymoon 3 bulan skali, mksudnya setahun 4 kali la..
MJ honeymoon setahun skali or 2 mcm tu je..hehee
Assalamualaikum Dhiera....
wah! saya dah ketinggalan banyak cerita di dunia blog ni...
Semoga dhiera & suami sentiasa dilimpahi kebahagian... :-)
Salam aidilfitri ...
salamaidilfitri jugak buat Dhira..
insyallah..kalo ada rezeki utk jawatan tu xkmana.. klo xde rezeki,pasti ada y lbh baikdaritu..
errmm..jauh..klo dekat mesti blh pegi
jauhhhhhhhh kat shah alam...
R u pregnant dira?:)
saya suka honeymoon every 3 months tu
Catat Ulasan