Berbalik pada entri lepas pasal IJI tu atau nama penuh Intensif Jutawan Industri 2013.
Sengaja saya nak share dengan korang sebab ini adalah IJI terakhir lepas ni dah tak ada dah lepas ni.
Pagi-pagi, bangun siap kan diri dan solat. Bila selak langsir nampak PWTC. Terus macam dapat aura yang sangat best dan positif!
Apa yang saya belajar sepanjang hari pertama dekat sini?
Fast learning -> Fast action -> Fast result
Makin cepat kita mula belajar dan ambil tahu dan lagi cepat kita bertindak buat apa yang kita ingin akan menghasilkan hasil yang cepat dan segera. Tak sama macam berlengah-lengah.
Passion
Dalam apa pun yang kita buat terutamanya dalam berbisnes, pastikan kita buat apa yang kita minat, apa yang kita suka. Dan paling penting, apa matlamat kita. Passion ni keinginan kita. Tanda kita memang nak sangat benda tu adalah sanggup tak makan, tak minum dan free pun kita sanggup buat. Dia macam "I'm willing to do whatever it takes to achieve my goals". Haaa.. gitu.
Dan sebenarnya, tak salah kalau kita jadi kan passion kita ni kepada profit.
Konsep TFCAR
T adalah Think. Apa yang kita fikir akan menentukan result yang kita hasilkan. Jadi, mula lah berfikir sebagai seorang jutawan kalau nak jadi jutawan. Perkara yang paling baik sekali belajar adalah "Berapa sen pendapatan kita hari ini adalah bukti kepada berapa sen nilai pemikiran kita hari ini". Sebenarnya, ramai yang tak sedar yang orang sanggup bayar atas sebab idea kita, pengalaman kita dan ilmu pengetahuan kita.
Macam masa saya kerja di pusat diagnos dulu, pakej untuk coaching weight management harganya bernilai almost RM 5k. Ramai orang sanggup bayar sebab dia tahu value atau nilai yang dia akan dapat pada satu hari nanti.
F adalah Feeling. Dalam berbisnes, kuncinya adalah emosi. Emosi inilah yang kita boleh jadikan sebagai energy in action atau tindakan. Contoh macam kita, nak sangat sesuatu. Sebab emosi kita yang terlalu inginkan sesuatu tu, kita buat macam-macam perkara. Kan kan?
C adalah Communication. Dari hari ini, mulakan baca dan perhatikan orang-orang yang berjaya. Sebab apa? Sebab orang yang dah berjaya ni, dia ada bahasa dia yang tersendiri, dorang selalu kata yes iaitu either yes or yes dan tak ada sikap No. Kalau tak tahu, dia akan sebut tak tahu tapi akan cakap macam mana aku nak tahu sesuatu ni?
A pula adalah Action. Berpegang lah pada prinsip "its now or never", "Massive action, Massive result. Small action, No result" dan jaga speed kita. Kalau lah kita bertindak perlahan-lahan, hasilnya perlahan-lahan la. Kalau kita bertindak dengan pantas, pantas lah hasilnya. Macam main lumba lari, siapa lari paling pantas, dialah sampai tempat penamat dulu. Biasanya, speed ni lah yang membezakan kita dengan yang lain.
Power of allignment -> Power of focus
Kalau kita nak fokus sesuatu perkara, kenalah ada power of allignment. Power of allignment ni mesti selari setiap tindak-tanduk kita tu. Ingat!! Apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa dan apa yang kita buat, semua itu adalah doa. Maksudnya, setiap apa yang kita fikir, cakap, rasa dan buat tu mesti sama dan selari untuk mencapai matlamat kita. Jadi, kita akan lebih fokus.
Boleh ke Boleh?
xoxo
Dhiera Zainudin
3 komen:
BOLEH !!!!
Suka entry ni. Motivating. Likee !
Spread the positive vibes, stay away from negativity.
menarik!
so anda sudah bersedia utk jadi IJI coach utk saya?
:)
good luck in ur business (if any), dhira! :)
Tiba-tiba hana bersemangat nak meniaga la dhiera..
Catat Ulasan