Isnin, 8 Oktober 2012

Makan-makan dekat d'pinggiran steamboat dan grill

Salam pembuka bicara..


Dah lama tak buat entri makan-makan. Kali ni makan-makan dengan suami dekat D'pinggiran Malam Steamboat & Grill, Jalan Bukit Cerakah.


Menu: Banyak pilihan untuk steamboat dan grill
Menu tambahan: Lamb chop (RM3 / 100 gm) atau grill chicken wing
Sup: Tom yam atau sup ayam
Harga: RM20/ pax


Murah kan? RM 20 je you all. The cheapest steamboat and grill yang pernah saya pergi. Biasanya untuk steamboat sahaja dah RM20 lebih. Ini genap-genap RM20 untuk dewasa. Kanak-kanak hanya RM10 sahaja. Kalau ambil lamb chop atau grill chicken wing ada extra charges la kan.




Untuk grill, dorang punya ayam atau daging yang marinate tu serius sedap. Suami suka sangat sampai bertambah-tambah dia makan walaupun dah kenyang. Lokasi dia agak terpencil sikit la tapi betul-betul tepi jalan. Siapa yang biasa lalu jalan Kuala Selangor-Klang ikut jalan dalam mesti akan perasan kot. Saya tahu pun sebab ulang-alik kerja memang lalu sini sebab sekarang tinggal dekat Puncak Alam tapi kerja dekat Meru.


Buat yang rajin jalan sampai sini, jangan lupa singgah makan dekat sini ye. Operasi dari hari Selasa hingga Ahad dan buka dari pukul 6 petang. Maklumat lanjut, korang boleh tengok sini. [klik sini]


xoxo

10 komen:

::Aja:: berkata...

walaweyyy..sedapnye dira...pasni ajak kami yek...nak2..ak rasa mcm penah nampak kedai ni tp ntah la..kat mana eh? dr p.alam belah kanan kan?

Izzatul Azma berkata...

Woooo murahnyaaaa ! Semalam baru je pergi makan Seoul Garden sampai rm94 T_T kalau tahu ada yang murah, baik pergi sini :P

Thanks Dhiera for the info, akan pergi nanti :) anw, kalau dhiera dok puncak alam, dekat sangat tu dengan rumah kita. Kita duduk kat Subang Bestari.

CintaZulaikha berkata...

bilalah dapat pergi bukit cerakah tuh...

NZ berkata...

murah la~ kalau kat JB dulu RM18.hari tu dapat flyers dah naik RM23..

Kasih Salina berkata...

assalamualaikum dhiera..wah..sedapnya makan2..akak pun suka steamboat & grill ni..

HeNRieTTa JoSe berkata...

klu ada kesempatan lalu sana...bleh la pergi...

emarieys berkata...

errm...nyum..nyumm

mama aini berkata...

ehem..best kan makan dgn somi.. :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas sokongan anda semua.. jemputlh dtg ke kdai kami..blh booking n terus dtg..

Tanpa Nama berkata...

Thanks pd dira cos support n promot kedai kami..pada yg lain d jmput hadir untuk mncuba stimboat n grill kami..