Selasa, 2 Oktober 2012

After a long hiatus!!!

Salam pembuka bicara...


Entri pertama setelah agak lama menghilangkan diri. Saya sentiasa ingat pada blog saya cuma belum ada kesempatan untuk menulis panjang dekat sini.


Kehidupan saya sekarang betul-betul berubah. Dah tak sama macam zaman bujang yang boleh bangun lambat tu. Kadang-kadang rindu untuk bangun lambat tapi tak boleh. huhu. Sekarang ni, bangun pagi pukul 6.30. Mandi, kejut suami bangun kemudian solat subuh bersama-sama. Yang belum kahwin, silalah kahwin cepat sebab solat bersama-sama suami adalah aktiviti yang paling indah dan syahdu (lagi-lagi waktu pagi-pagi tu). Kemudian, siapkan sarapan untuk suami.


Alhamdulillah, sejak sebulan kahwin ni, hampir setiap hari saya dapat sediakan lunch box untuk suami. Seronok bila suami makan masakan kita walaupun kita tak pandai la masak sangat pun. Ada untuk suami, adalah untuk isteri. Suami satu tempat kerja, jadi makan tengah hari pun bersama suami juga. Yang best, suami akan jadi tukang rasa makanan. Tapi bila suami kata tambah lah garam lagi, mula-mula sendiri membebel tak baik makan masin-masin la, darah tinggi la apa la.


Kalau dulu, mana ada nak naik motor keluar dengan suami. Sekarang, pergi kerja naik motor dengan suami pun tak kesah dah. Balik kerja sediakan makanan malam buat suami. Tengok semua yang kita buat mesti ada kaitan dengan suami. Betul lah orang tua-tua cakap perempuan kalau dah kahwin semuanya untuk suami. Dulu, masa bercinta kalau jatuh motor pun boleh cakap 'padan muka'. Sekarang, suami injured main badminton, main bola kelam-kabut cari ubat siap nak bawa pergi klinik.


Sekarang baru tahu, penatnya mak buat kerja siang dan malam sampai tak cukup tidur tapi bila balik rumah mak tetap nak mak yang masak sebab masakan mak sedap woo. Tak ada tandingannya.


Sejak kahwin ni, ramai yang tanya best tak kahwin. Jawapan saya, kalau kita betul-betul bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai isteri, insyaallah saya sangat seronok melakukannya. Balasan yang saya terima "dira dah makin matang sejak kahwin". Orang yang rapat dengan saya pasti tahu sikap 'childish' saya masih ada. haha.


Beberapa hari sebelum kahwin kan, saya ada terasa nak jadi runaway bride sebab saya takut keputusan saya adalah keputusan yang salah. Nasib baik saya tak lari sebab saya mempunyai seorang suami yang penyayang, memahami, best! Yang best, tiap-tiap hari boleh solat jemaah bersama suami. Lelaki yang saya kenal tak sampai 2 tahun itu kini menjadi imam dalam solat saya. Insyaallah menjadi abi kepada anak-anak saya. Saya tak menyesal memilih orang yang terlalu asing dalam hidup saya sebelum ini menjadi seorang yang penting dalam hidup saya kini dan selama.


Semoga kebahagian dunia dan akhirat milik kami berdua. Amin.


xoxo

p/s: pelik bila tulis entri tak ada gambar.

12 komen:

Syu, Syuhada berkata...

seronoknye dhiera dh lepas ;)
tak sabar nak join the club ni.hehe

mama aini berkata...

assalam dhiera..mama tumpang bahagia lihat kebahagian dhiera..nanti update pic.kawen ek..aritu mama tak sempat nak amik gambar..hikk2x..lain kan rasa bila dah berkahwin..tanggung jawab pun semakin berat..untung dhiera satu tempat kerja dgn suami..

NZ berkata...

wah best nye..so sweet..beruntung awak dira..semoga berbahagia hingga ke syurga :)

Izzatul Azma berkata...

Dhiera, selamat pengantin baru !! Betul, kahwin ni mmg sangat seronok.. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat, aminn

dear anies berkata...

TAHNIAH DHIERA!

emarieys berkata...

selamat kembali menulis blog..tahniah dah menjadi seorang isteri..

budak kacamata berkata...

Thniah dhiera..sori lmbt wish..xsmpt nk blogwalking sgt skang..sweetnya bce cte org da kwen ni.huhu

LYAfrina berkata...

welkem back dear..
yela..mestinyer rutin bertukar kan..tp seronok kan dpt melalui hari2 indah bsama y tsyg...

^^td lya igt sape... hehe..nickname baru ye.

[az azhari]™ berkata...

manis sgt entry dhiera ni! kte doakan dhiera terus bahagia syg ;)

Myra Jay berkata...

Whhhh sweetnya :)

Best kan dah kawen ni..heheee :)

Welcome to da' club :)

*wink* berkata...

seronok tgk dhiera happy

aindzaya berkata...

awrr.bila cakap pasal kawen..teringin pulak nak kawen..jadi isteri yang solehah ye dhiera ^^


sila turun padang beramai ramai untuk mengekalkan ain dalam terampuk ke-30!