Sabtu, 9 Oktober 2010

Gila-gila

Salam pembuka bicara...

Semalam saya melakukan kerja gila. Ya,memang gila. Asal dapat cuti saya akan hilang berjumpa kawan-kawan. Sanggup mengharungi perjalanan yang jauh. Mungkin sudah menjadi kebiasaan kot.

Kebiasaan?? Pelik je. Bukan. Kawan-kawan adalah sebahagian hidup saya. Sejak berumur 13 tahun, saya hidup bersama kawan-kawan. Masa bersama keluarga adalah samada di hujung minggu buat beberapa jam atau minit dan ketika 'cuti balik kampung'. Cuti balik kampung saya mungkin sedikit berbeza maknanya dengan kebanyakan orang sebab ketika zaman sekolah dulu,cuti itu berlaku waktu hujung bulan dan sebulan sekali. ha. Dan sehingga berumur 15tahun, istilah 'cuti balik kampung' saya itu sepatutnya bermakna cuti balik bandar.

Jadi, tak hairan lah kalau saya cakap kawan-kawan saya terletak antara priority yang penting dalam hidup saya. Suka dan duka saya banyak di kongsi bersama rakan-rakan jika dibandingkan dengan keluarga.

Kini zaman sekolah dan kampus saya telah berlalu tapi saya masih berkeinginan untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat saya. Tapi saya memilih untuk bersama keluarga saya walaupun diberi peluang bekerja hampir dekat dengan kawan-kawan saya. Selfish ke? Kenapa? Sebab saya rasa saya belum cukup berbakti pada mereka. Pada pemikiran saya, suatu hari nanti saya akan meninggalkan mereka bila saya mempunyai keluarga saya sendiri. Mungkin mengikut kemana sahaja seorang imam membawa makmum untuk tinggal bersama. Dan ketika itu,saya perlu memberi ruang kepada adik-adik saya untuk menjaga mereka. Jadi, inilah masanya kan?

Uik,dah menyimpang. Sebenarnya, saya nak menulis mengenai kerja gila saya semalam. Pagi-pagi lagi saya sudah ke Shah Alam, menjemput rakan saya, Yati. Plan kami adalah untuk menghadiri majlis penyampai anugerah pelajar di fakulti. Sebelum, tercapainya matlamat utama, kami menyelesaikan matlamat kecil kami. Ops,matlamat kecil saya di PKNS Shah Alam dan Mydin Putrajaya. Kemudian, selesaikan matlamat kecil kami dengan meng'tapaw' makanan di Padang. Tempat paling popular di kalangan pelajar dan masyarakat di sekitarnya. Setelah itu,baru lah tercapai matlamat utama.

Yang paling sedih, bila saya terima pesanan ringkas dari A. 'dah balik ke?jangan balik lambat-lambat'. Secara tak langsung, saya seperti dapat menjangkakan maksud beliau kerana beberapa hari sebelumnya beliau pernah memberi pesanan ikhlas yang sama dengan tambahan 'paling lewat balik pukul 4.jangan sampai malam' Ya,saya tahu rumah saya jauh di utara Selangor merantau sehingga ke selatan Selangor. Ayat ini pun pernah keluar dari mulut beliau. Kalau bukan saya yang bercita-cita ingin menjadi traveller housewife ini, tak ber'travel' sejauh itu mana mungkin saya berjumpa dengan beliau kan? Tapi pesanan-pesanan ini amat jarang keluar dari mulut beliau jika saya bersama beliau. ha. Sadis saya tidak dapat bergambar sakan bersama rakan-rakan saya. Mana mungkin, seorang kaki gambar melepaskan setiap sudut kamera kan?

Akibatnya.......

Saya pulang lewat semalam dengan keadaan jalan yang sunyi dan menakutkan. Saya cuba hubungi A tapi tak berangkat. Saya memang lupa betul A bermain badminton setiap hari jumaat padahal itu memang rutin A. Saya SMS A untuk memberitahu saya takut drive sendirian. Saya menerima balasannya yang memang agak lewat tapi tak memberangsangkan langsung 'tahu pun. sape suruh lambat-lambat'. Adoi,padan muka ku. Perjalanan dari Kuala Selangor ke rumah saya semalam memakan masa hampir 2 jam kerana saya yang penakut ini membawa kereta dengan sangat perlahan dari kebiasaan. Mungkin, jika saya terserempak dengan sesuatu baru saya pecut 200 km/j kot. ha.

Apa pun,saya selamat sampai di rumah. Terima kasih kepada A. Lain kali saya tak buat lagi. Serik, saya memang betul serik. Plus, sedikit sedih sebab saya tak dapat menghabiskan masa yang agak lama bersama rakan-rakan saya.

2 komen:

oniechan berkata...

aihh..ramai betoi kwn2 aku ade 'Mr. A' yer?haha...
weh,slalu klu takut,bkn drive lg laju ke sbb nk lg cpt smpai?gile lah pemandu berhemah ni..hehe

dhiera berkata...

oit,baru taw ke ak ni pemandu berhemah.
hahaha.
malam la syg,i nmpk jln kot..lampu jln sekadar tiang lampu jerk~