Jumaat, 27 Ogos 2010

Kencing manis

Salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..

Beberapa hari yang lepas ada kenalan rapat NN yang NN gelarkan dia sebagai abang hubungi NN. Kenapa? Dia bertanya mengenai kencing manis. Lebih spesifik lagi mengenai Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Jadi, NN pun rasa nak share juga la dengan kawan-kawan semua. GDM ini sebenarnya kencing manis yang berlaku pada sesetengah wanita mengandung. Keadaan ini biasanya akan pulih selepas wanita tersebut bersalin. Tapi wanita ini masih lagi mempunyai risiko untuk mendapat Kencing Manis Jenis 2. Kencing Manis Jenis 2 ini penyakit biasa yang kita jumpa di kalangan masyarakat kita sekarang ini.

Tujuan NN hanyalah untuk memberi sedikit ilmu yang NN tahu dan semoga ilmu yang NN tahu itu kita semua boleh manfaatkan dalam kehidupan. Kalau ada tersalah maafkan dan kita kongsi la bersama-sama. Bagi pesakit diabetes, seboleh mungkin kita cuba untuk elakkan sebarang komplikasi dan pastikan paras gula sentiasa normal.

Pertama sekali, NN nak bagitahu kebanyakan makanan yang kita ada karbohidrat. Karbohidrat ini akn ditukarkan menjadi gula (glucose). Glucose ini penting dalam badan sebagai sumber tenaga. Sesetengah dari karbohidrat ini, kita panggil dia serat (fiber). Kalau kita makan makanan yang tinggi serat, kita akan rasa kenyang yang agak lama. Kalau kita makan simple glucose (macam air manis, kuih2 manis), paras gula dalam darah kita akan naik dengan cepat sebb gula itu mudah meresap masuk ke dalam darah. Tapi kalau kita makan simple glucose dengan makanan yang tinggi serat (macam epal, kacg dal), gula akan lambat masuk dalam darah jadi paras gula dalam darah akan naik dengan pelahan. Jadi, NN nak galakkan supaya kita semua makan sayur dan buah setiap hari sebab banyak khasiat dan kebaikan yang boleh kita dapat

Ada lagi 1 konsep glycemix index (GI), GI ini adalah konsep dimana karbohidrat tadi telah di susun mengikut kesan karbohidrat tersebut terhadap paras gula dalam darah. Makanan yang rendah GI akan melambatkan kenaikan paras gula dalam darah. Bagi pesakit kencing manis, hormon insulin yang terhasil oleh badan adalah sedikit. Bila paras gula dalam darah lambat naik maka kuantiti insulin yang sikit tadi boleh menyimpan gula dalam darah. Insulin ini berfungsi untuk menukarkan glucose kepada glycogen (gula simpanan dalam badan). Sebagai contoh, beras putih yang biasa kita makan itu mempunyai GI yang tinggi jadi boleh ditukarkan atau kita campurkan dengan beras perang atau basmati. Selain itu, waktu sarapan kita boleh makan oat, barli ke.. Roti putih pun boleh campur atau tukar kan kepada roti wholegrain. Kentang pula digalakkan dikurang pengambilannya sebab GI bagi kentang adalah tinggi. Buah-buahan juga mempunyai ranking dia seperti epal lagi elok (GI rendah) dari tembikai (GI tinggi)

Yang penting, kena jaga waktu makan. Biasanya, NN galakkan ambil dalam kuantiti yang sedikit tapi pengambilan yang kerap. Ambil makanan berserat tinggi dan rendah GI.

Bila beli makanan yang diproses kena baca food label. Pilih makanan yang kurang lemak dan garam. Sebab pesakit kencing manis berisiko untuk mendapat sakit jantung dan masalah buah pinggang kalau tidak dikawal dengan betul.

Last sekali, exercise. Bersenam taw. Mulakan dengan berjalan selama 30minit berterusan jika anda tidak aktif melakukan senaman sebelum ini. Kemudian,baru tingkatkan aktiviti tersebut.


Isnin, 23 Ogos 2010

kanser hati

Salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..

Hari ini NN rasa macam nak cerita pasal kanser hati. Sebenarnya, hari ini NN study sikit pasal alpha-fetoprotein (AFP). AFP ini ada dalam salah satu ujian darah yang ada ditawarkan kat tempat kerja NN. Kalau kawan-kawan nak tahu AFP adalah protein yang dihasilkan oleh sel hati yang belum matang pada fetus. AFP ini salah satu alternatif lain selain melakukan ultrasound. Kita hanya perlu mengambil darah. Kenapa? Sebab sel kanser hati ini akan menghasilkan satu hormon yang mana menyebabkan berlaku ketidaknormalan pada ujian darah seperti sel darah merah yang tinggi, gula dalam darah yang rendah, kalsium dalam darah yang tinggi dan paras kolesterol dalam darah yang tinggi. Paras normal AFP adalah kurang dari 10 ng/ml dan paras yang di suspek kanser adalah lebih dari 500 ng/ml.

Ada banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan kanser hati ini. Pertama sekali, jangkitan hepatitis B. Hepatitis B ini berjangkit sama macam jangkitan HIV iaitu samada melalui hubungan seksual, perkongsian jarum atau pemindahan darah. Bukan macam kebanyakan orang cakap, hepatitis ini boleh berjangkit kalau kita cakap dengan pesakit atau sentuh pesakit. Kawan-kawan, itu semua mitos. Jangan lah percaya.

Selain itu, jangkitan hepatits C. Tapi macam mana jangkitan hepatitis C ini boleh bertindak menyebabkan kanser hati masih lagi not well understood. Bagi alcoholic person, mereka juga berisiko mendapat kanser hati. Ada kajian yang menunjukkan heavy drinker yang telah berhenti meminum alkohol di diagnos menghidap kanser hati selepas 10 tahun mereka berhenti meminum alkohol. Tapi bagi mereka yang tidak berhenti meminum alkohol, mereka berisiko untuk mati disebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. Menarik kan? Sebenarnya, ada fakta yang menarik mengenai alkohol tapi mungkin di lain masa baru NN akan cerita.

Kalau kawan-kawan nak tahu lagi, orang yang menghidap diabetes (kencing manis) dan orang yang obes berisiko untuk menghidap kanser hati. Kenapa? Kalau ada masa nanti NN akan cerita macam mana hati berfungsi dalam badan kita. Tapi dua golongan yang NN sebut tadi itu berisiko untuk mendapat penyakit lemak di hati (fatty liver disease). Hati ini memainkan peranan yang sangat penting dalam badan kita. Kebanyakan proses metabolisma dalam badan menggunakan hati. Tak dapat NN bayangkan kalau sesuatu terjadi pada hati NN.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bazar ramadhan

Salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..

Kalau nak tahu, NN kurang berminat sikit untuk ke tempat yang crowd macam pasar malam dan konsert-konsert. Kenapa?? Sebab NN rasa stress bila pergi tempat-tempat ini. kalau NN pergi pun NN suka peg awal-awal. Kalau kat Tanjung Malim ini, pukul 3 dah buka dah pasar malam dia. So, NN akan pergi dalam pukul 4 macam itu. Even, sepanjang bulan ramadhan baru 2 kali NN jenguk muka ke bazar ramadhan.

Ada sesuatu yang menarik perhatian NN untuk ke bazar ramadhan dekat Tanjung Malim ini. Nak tahu ape? Dalam banyak-banyak stall yang jual murtabak, ada satu aje gerai yang buat NN nak datang beli murtabak pak cik ini. Murtabak dia sedap sangat. Tak sama macam kebanyakan murtabak yang NN pernah rasa dan makan. NN tak tahu nak cakap betapa special je murtabak pak cik ini. Bila makan, terasa macam ada kasih sayang dalam murtabak itu. Jadi, tahu la NN yang pak cik ini masak dengan penuh keiklasan sama macam makan makanan yang mak NN masak.

Sebenarnya, semalam NN pergi menayang muka kat bazar lagi. Macam biasa gerai murtabak pak cik yang sama lagi la yang NN pergi. Dan tanpa disangka-sangka, mak cik kat gerai itu (mungkin isteri pak cik murtabak ini) bagi NN sebungkus air soya dan air keladi. Alhamdulillah,. Mak cik ini macam tahu-tahu je NN nak beli air soya. Huhu.. Hopefully, murah rezeki mak cik dan pak cik ini.


Isnin, 16 Ogos 2010

poked

salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..



NN rasa macam nak share something yang selama ini NN tak suka orang lain buat kat NN. apakah? Ambil darah orang. Kalau ambil finger-prick blood, NN memang tak kesah sangat sebab sakit die sekejap. Tapi NN sangat tak suka kalau darah NN kena ambil menggunakan syringe. Lagi-lagi syringe 10cc... Serik masuk hospital tiga kali. Last sekali NN masuk hospital, darah NN kena ambil sampai 4 kali sehari. Sedih kan? Kenapa kena ambil sampai 4 kali? Sebab NN kena denggi waktu itu.. Kesannya, NN sangat takut dengan nyamuk. Owh, NN tak nak masuk hutan dah lepas ni. Mandi sungai je boleh.. lalala.

Tapi kan kawan-kawan, bila masuk alam pekerjaan ini, NN kena pula ambil darah orang. Kadang-kadang 3 cc, kadang-kadang 5cc n selalu 10cc.. Setiap kali NN nak ambil darah dorang, NN selalu terbayang kalau darah NN yang kena ambil. Kesiannya kt dorang. Tapi sebab itu antara kerja NN, terpaksa la juga..

Ada beberapa pengalaman yang NN tak boleh lupa ni..

Pertama, waktu NN ambil darah seorang foreign worker ni. Dia dari indonesia dan sempena bulan puasa ini, dia pun sama-sama puasa juga. Masa NN ambil darah dia (guna 10cc syringe), dia cakap pada NN. 'dah, dah..puasa ni'. Dalam hati NN cakap, 'kenapa lah dia cakap cam ni..bikin orang tak sampai hati je'

Kedua, pengalaman dengan seorang uncle chinese ini. Prosedur biasa lah, kita ikat tangan die dan suruh die gengam span kuat2. Tapi masalahnya, uncle ni gengam kuat sangat sampai die shaking. NN pula, budak baru belajar jadi nervous la bila uncle ni shaking. Dan NN pun turut shaking. Tak patut betul. Bila NN cakap dengan collegue NN, dia gelak je. Dia kata uncle itu yang shaking sebenarnya.

Hakikatnya, itu lah first time NN shaking selama NN ambil darah orang. Selama ini, walaupun nervous tapi itu semuanya dalam hati je. Belum pernah menzahirkan dengan perbuatan. Pada NN, melakukan benda-benda yang berisiko ini, kena tunjuk muka confident walaupun Tuhan saja yang tahu betapa nervous je saya..

Isnin, 9 Ogos 2010

Selamat berpuasa semua...

salam pembuka bicara...



Rabu ini kita semua (bagi yang muslim) akan bermula puasa kan??insya4JJ1.. Jadi, selamat berpuasa laa untuk kawan-kawan semua.



Memandangkan bulan puasa dah dekat, NN dengan kawan-kawan banci mula lah merencana pelbagai aktiviti. Tapi tunggu gaji punya gaji tetap tak masuk jugk. Berbekalkan duit yang semakin kering, kami pun pergi juga menjayakan aktiviti tu. Nak tahu ape aktiviti kitorang?? Pergi mandi sungai la..hahaha



Mula-mula,kami nak mandi di Sungai Inki. Lokasi?? Di Kalumpang.. Kebetulan, untuk fasa 3 ni kami semua kena banci kat area Kalumpang ni. So, tak ada masalah sangat la. Lepas mandi terus pergi banci.. haha.. Tapi memang bukan rezeki kami untuk bermandi di situ. Kenapa?! Sebab ramai sangat orang kat tempat tu. Rasanya, dorang pun ada pemikiran yang sama macam kami jugak kot,puasa dah dekat. hahaha



Si Aizat yang dah berbulu nak mandi sungai jugak pun ajak pergi ke Batang Kali. Akhirnya, kami pun bermandi-manda di Batang Kali. Ala, jalan nak naik ke Genting Highlands tu.. Agak2 korang nak pergi Genting usha-usha la kat tepi tue, mesti korang jumpe..



Tempat mandi tue best.. Sebenarnya, ni kali kedua NN mandi kat situ. Konon nak mandi sekejap sebab nak pergi banci. Tapi, bila dah berendam dalam tu, rasa tak jadi nak berbanci. hahaha. Habis berseronok, NN tergaduh pulak dengan Aizat. Alasannya. Masing-masing tak nak drive. Nana buat muka tak reti sebab dia memang tak reti bawak pun. Tapi pergaduhan tu memang sekejap je sebab Aizat mesti mengalah punya. hahaha. Yang penting, memori tercipta antara kami bertiga.

Kalau ada masa lagi nanti NN upload gambar kami bermandi di Batang Kali tu ye.. NN nak sambung buat keje ni. Nanti manager pandang jeling-jeling pulak.

Jumaat, 6 Ogos 2010

aduyai~

salam pembuka bicara..

Dah lama NN tak update blog ni..mungkin disebabkan kesibukan sehingga membuatkan NN berasa sangat huru-hara dengan jadual hidup yang semakin sempit.

Sejak bulan Jun lagi, NN dah sertai banci penduduk dan perumahan. eceh..sertai konon. sebenarnya NN jadi salah seorang pembanci. well, NN baru sedar yang jadi pembanci ini bukan kerja yang senang dan mudah seperti yang NN bayangkan. Pada NN ada sesetengah peristiwa yang mengingatkan NN sewaktu NN bekerja sebagai enumerator bagi satu kajian di kalangan orang asli yang dijalankan oleh pensyarah NN kt UPM dl. hahaha. kelakar pulak rasanya..

Dan sekarang NN masih meneruskan kerja sebagai pembanci walaupun NN sudah bekerja di satu company yang terkenal dengan servis kesihatan. NN harap sangat yang NN dapat membahagikan masa NN dengan cermat tanpa ada sebarang pembaziran. eceh..