Salam pembuka bicara...
Entri terakhir saya adalah pada bulan November yang lalu. Kini, pertengahan bulan Jun tahun yang baru. Amazing!
Setiap hari akan selalu teringat nak up sebarang satu entri tetapi akhirnya semuanya musnah kerana angan-angan semata-mata. Gitu.
Ok. Setelah sekian lama baru nak update. Cerita basi-basi kita simpan dulu. Share cerita yang memberi rasa excited gitu.
Alkisah, beberapa hari sebelum beranak hari tu ada la dok survey survey sana dan sini mencari rumah. Kononnya, sempena tahun baru marilah berbaru di rumah baru. Jadi, jumpa lah sebiji rumah yang memikat bajet walaupun tak berapa memikat kalbu. Sebab sebelum tu dah tengok sebiji rumah yang memikat kalbu tetapi tidak memikat bajet. Hihi
Nak dipendekkan cerita dah dekat sebulan seminggu kunci rumah dah terima. Beli rumah ni sebab rumahnya dah siap. Ni spesis yang tak nak tunggu lama. Dah beli nak terus masuk kalau boleh. Tetapi banyak defect yang ditemui yang perlu dibaiki oleh pemaju semula. Sampai sekarang depa pi buat rumah orang lain. Geram!!!
Nak tayang sikit rumah kita. Bukan lah rumah saya, rumah suami saya sebenarnya.
Kita buat teaser je dulu. Macam lah surprise sangat. zzzzzzz. Agak-agaknya seorang dhiera selepas ini akan dok pungpang cerita pasal rumah dia. Abaikan lah mak yang excited terlebih.
Masa beli rumah ni tinggal 4 biji rumah je. Semi-D yilek. Corner lot pun yilek. Jadi, kita ambil endlot sajo la.
xoxo
12 komen:
Apa pun bila dah ada rumah sendiri lega tak menumpang lagi..
Kalau raya ni dah boleh masuk kan bagus..
lamanya tak update blog! hihi..welcome back! cantik rumah dhiera. best dapat rumah teres.
ha, jgn lupa pungpang pasal rumah baru ye. sy nak baca.hihi
cer ambik mood berblogging ngan baca entri entri lama.
sy selalu praktik macam tulah ;D
@Kakzakie Purvit
ishaAllah lepas raya kak. tak dan nak ligan bulan puasa ni
@IMaH
itulah. lama tak update.*malu*
@muis ismail
gitu tips dia. inshaAllah boleh dipraktik kan
nnt wat kenduri warming house jemput kami tau ;-)
@dear anies
inshaAllah anies
Ofkos la eksaited Dhiera..
Sebab hasil pelaburan aset yang bernilai kot..
Takpe kongsi je kat blog habuan kami2 nak baca jadikan panduan :)
Home sweet home Dhiera...😘 Mestila excited kan... Nanti part nak deco2 lagi excited tau... Moga urusan berjalan lancar k
cantik n besar rumah.. eksited sgt kan msk rmh bru...
lya dh msk rmh dlm bln 8 thn lps... kiranya thn ni.. 1st time beraya kt rmh baru..
besnyaaa rumah baruu..
Catat Ulasan