Selasa, 21 Jun 2016

Rumah: Lampu dan kipas murah

Salam pembuka bicara..


Hari ini, 16 Ramadhan dah. Ada 14 hari untuk kita berpuasa lagi.


Berbalik pada cerita rumah yang tak sudah tu. Antara perkara yang paling penting sekali adalah lampu dan kipas.


Kalau kita google, ramai lah yang dok suggest pergi shopping lampu dan kipas dekat House of Lighting (HOL), Puchong tu. Tapi ni nak kabor sebenarnya ada lagi tempat lain yang lagi murah dari HOL tu. Mungkin sebab dia famous amos jadi ramai lah terjebak dekat sana. Hahaha. Termasuk lah kami laki bini padahal sebelum tu dah survey dekat kedai lain dah.


Kita tengok dulu harga kipas di HOL bulan Januari 2016. Ni harga yang kawan saya share. Saya tak ingat pula berapa harga masa saya beli aritu. Tapi masa saya pergi hanya tinggal kipas Panasonic sahaja. Tok laki kata nak membeli secara harung. Dia malas dah lain kali pi beli. Dia belasah je kipas Panasonic tu walaupun pada awalnya beliau nak KDK.




Tapi ada yang lagi murah taw. Mana nak cari kipas murah?
Kalau orang berdekatan boleh lah pi. Dekat Tanjung Malim. Kedai dekat-dekat dengan Tutti Fruitty. Aritu ada tanya KDK 3 bilah RM125 bukan remote. KDK 5 bilah RM240.
Kalau korang jauh, tok sah la pergi. Tak berbaloi duit minyak. Beza berapa ringgit je.


Ok. Itu untuk kipas. Macam mana lak dengan lampu?
Untuk lampu, kalau dibandingkan dengan HomePro. Memang tidak dinafikan bahawa HOL lagi murah. Tetapi ada 1 biji lampu ni, kawan saya pakai lampu design yang sama di beli di kedai lampu Saujana Utama harga dalam RM80 macam tu tetapi dekat HOL harga lampur yang sama sama ni RM125. So, kedai lampu dekat Saujana Utama, Sungai Buloh tu lagi murah la kot.


Nak tengok beza harga HomePro dengan HOL?
Yang ni harga di HomePro. Sebelah lampu tu adalah harganya.



Yang ni pula harga di HOL.



Ada cerita haru pasal lampu ni. Saya sangat berkenan dengan lampu yang bulat dan tengah-tengah ada seolah-olah petak berlekuk tu. Tetapi rupanya ada orang lain pun aimed lampu yang sama. Dalam stok dorang masa saya nak grab tu tinggal 2 biji je. 1 lampu baru, 1 lampu display. Kisahnya, saya berkira-kira nak ambil ke tak lampu yang display tu. Hati ku meronta-ronta nak lampu tu tapi tak nak la kan yang display. Tapi sebab dah tak ada pilihan, saya setuju juga lah ambil yang display tu. Alkisahnya, sebab lama saya berfikir-fikir. Orang lain lah rembat dulu. *Nangis*




Terus cancel tak nak cari yang lain. Suami kata ada tak lampu yang hampir serupa macam tu tapi promoter tu kata tak ada. Maka, kami decide nak cari di kedai yang lain. Lepas tu, promoter tu datang balik, dia cakap ada 1 yang hampir sama. Then, dia tunjuk dekat kitorang. Suami berkenan lampu tu. Dia kata lagi cantik yang ni. Tapi saya dah jatuh cinta pandang pertama dekat lampu yang jadi rebutan tadi. Redha je lah. Belasah ambil.


Ok. Tu je info yang saya ada, yang boleh dikongsi. Nak beli dekat mana dan pilih yang mana pun bergantung pada kita juga kan. Tepuk poket sendiri.


xoxo
dhiera

12 komen:

Kakzakie Purvit berkata...

Bila ke kedai lampu memang geram tengok sampai kadang tak tahu nak pilih yg mana satu..

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

bgs juga buat perbndingan.

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

plan nak pasang mcm2. tp sedar rumah sewa dan mmg teringin nk pindah. heee

dhiera zainudin berkata...

@Kakzakie Purvit
betul sangat tu kak

geram kan

dhiera zainudin berkata...

@nuyui a.k.a miss YUI
penjimatan katanya

dhiera zainudin berkata...

@ZULHILMI TEMPOYAK
nanti boleh buat dekat rumah sendiri

dear anies berkata...

boleh rambang mata... ishhh bahaya betul laa kedai lampu ni hahaha

Madam N berkata...

mmg tgh cari benda2 ni..letak kat umah baru

LYAfrina berkata...

mmg..bila msk rumah...kipas n lampu antara fokus utama...
lya psng lmpu y jns downlight k apa nama..y dlm siling kapur tu...

HeNRieTTa JoSe berkata...

cantiknye lampu lampu dia....klu masuk kedai lampu, rambang mata nak memilih...

Pondok Usang berkata...

Assalamualaikum awk... ingat lg kan pada mama ani.. http://mamanorlara.blogspot.com smalam mama ani telah dijemput olehNya buat selamanya.. Semoga Roh Allahyarhamah dicucuri RahmatNya...

‏اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَ وَارْحَمْهَ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهَ

zai berkata...

Sis saujana Utama kedai nama ape ye?