Selasa, 26 Februari 2013

Hari lahir husband

Salam pembuka bicara...


Hari lahir suami saya dah dekat sebulan berlalu baru sekarang dapat saya stori mori di blog ni. Mula-mula nak beli hadiah je untuk suami tapi tak tahu nak beli apa. Tambahan, saya sentiasa kemana-mana bersama husband. Pergi dan balik kerja pun sama-sama suami. Akhirnya, saya fikir lebih baik buat surprise.


Plan asal nak sambut dekat Singapore. Sekali tu, suami kena oncall pula. Jadi, cancel semua plan dan tukarkan dengan sambut dekat rumah.



Sehari sebelum hari lahir suami, saya minta suami hantarkan saya ke CIMB Setia Alam. Kononnya, nak keluarkan duit tapi sebenarnya, saya pergi kedai kek. Dalam kepala dah fikir nak beli American Choc Cake tapi dah habis la pula. Last-last, beli je Chocolate Mousse Cake je. Naseb sedap jugak. Inilah kek dia.


Konon-konon nak buat potong kek tepat jam 12 tengah malam tapi saya malas nak bangun dari tidur. Krook krook dalam bilik lagi. Hampir pukul 1 pagi suami masuk bilik nak tidur, saya terjaga sebab dengar bunyi bising dalam bilik air. Agaknya, suami gosok gigi la kot. Terus bangun dan keluarkan kek ni dari peti ais. Then, saya suruh suami tukar baju cantik sikit dan tarik suami pergi meja makan.


Masa ni, suami mati-mati ingat saya nak bawak kek ni balik kampung dan sambut dekat kampung je. Lepas nyanyi, suami potong kek dan kami makan lah potongan kek ni. Kemudian, sambung krook krook balik.


Besoknya, suami pergi kerja dan kena on call sampai malam katanya. Tapi kerja dia siap cepat dalam pukul 6 lebih dah balik. Masa tu, saya baru je siap buat persiapan melekat kertas dekat dinding dan gantung-gantung gambar kami dekat dinding. Masak pun tak lagi.




Last, buat minum petang secara pantas. Cucur ikan bilis pun jadi la kan. Jamu selera la suami dengan cucur ikan bilis tu di hari lahir dia. Kek yang simpan dalam peti ais tu pun saya keluarkan sama. Kot-kot suami nak makan sekali lagi. Tapi suami cakap simpan la bagi adik-adik dengan mak ayah besok. Air pula saya blend buah mangga untuk jadi jus mangga je sebab tak sempat nak masak air. hiks



Dah malam tu baru la masak spagetti bolognese je untuk hubby.


Really simple celebration. Yang penting, hati semakin sayang. Semoga hubungan kami sentiasa berkekalan hingga ke syurga. Insyaallah. Alhamdulillah, ahad lepas genap dah 6 bulan kami menjadi suami isteri. Terima kasih Allah!


xoxo

9 komen:

nini berkata...

happy besday tok usband akak..hehe

C.T.K berkata...

simple je tp bila smbut ngan yg trsayang, gembira da..hehe..happy belated besday to him ...smoga hubungan korang berkekalan :)

dee berkata...

:)

Cik Siti Hajar berkata...

kreatip nya awk ni... buat hiasan tu..

mama berkata...

`hepi belated bezday` buat en.hb dhiera..semuga dhiera berbahagia selama2nya..amin..

HeNRieTTa JoSe berkata...

happy belated birthday utk husband dhiera yea....mesti la secial...sebab semua air tangan dhiera sendiri kan....

Mrs. Zuel berkata...

peh...chezzy love tuh...eheheh

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

Salam Dhiera..
Mesti hubby gembira ++ dgn suprise ni kan..?
romantiknye kalian berdua ni..
alhamdulillah..semoga berkekalan buat selamanya..

sanah helwah buat en hubby dhiera :)

J.Syazwana berkata...

hehehehe so sweet.
aminnn semoga jodoh sampai syurga ye sayang :D