Selasa, 26 Februari 2013

Hari lahir husband

Salam pembuka bicara...


Hari lahir suami saya dah dekat sebulan berlalu baru sekarang dapat saya stori mori di blog ni. Mula-mula nak beli hadiah je untuk suami tapi tak tahu nak beli apa. Tambahan, saya sentiasa kemana-mana bersama husband. Pergi dan balik kerja pun sama-sama suami. Akhirnya, saya fikir lebih baik buat surprise.


Plan asal nak sambut dekat Singapore. Sekali tu, suami kena oncall pula. Jadi, cancel semua plan dan tukarkan dengan sambut dekat rumah.



Sehari sebelum hari lahir suami, saya minta suami hantarkan saya ke CIMB Setia Alam. Kononnya, nak keluarkan duit tapi sebenarnya, saya pergi kedai kek. Dalam kepala dah fikir nak beli American Choc Cake tapi dah habis la pula. Last-last, beli je Chocolate Mousse Cake je. Naseb sedap jugak. Inilah kek dia.


Konon-konon nak buat potong kek tepat jam 12 tengah malam tapi saya malas nak bangun dari tidur. Krook krook dalam bilik lagi. Hampir pukul 1 pagi suami masuk bilik nak tidur, saya terjaga sebab dengar bunyi bising dalam bilik air. Agaknya, suami gosok gigi la kot. Terus bangun dan keluarkan kek ni dari peti ais. Then, saya suruh suami tukar baju cantik sikit dan tarik suami pergi meja makan.


Masa ni, suami mati-mati ingat saya nak bawak kek ni balik kampung dan sambut dekat kampung je. Lepas nyanyi, suami potong kek dan kami makan lah potongan kek ni. Kemudian, sambung krook krook balik.


Besoknya, suami pergi kerja dan kena on call sampai malam katanya. Tapi kerja dia siap cepat dalam pukul 6 lebih dah balik. Masa tu, saya baru je siap buat persiapan melekat kertas dekat dinding dan gantung-gantung gambar kami dekat dinding. Masak pun tak lagi.




Last, buat minum petang secara pantas. Cucur ikan bilis pun jadi la kan. Jamu selera la suami dengan cucur ikan bilis tu di hari lahir dia. Kek yang simpan dalam peti ais tu pun saya keluarkan sama. Kot-kot suami nak makan sekali lagi. Tapi suami cakap simpan la bagi adik-adik dengan mak ayah besok. Air pula saya blend buah mangga untuk jadi jus mangga je sebab tak sempat nak masak air. hiks



Dah malam tu baru la masak spagetti bolognese je untuk hubby.


Really simple celebration. Yang penting, hati semakin sayang. Semoga hubungan kami sentiasa berkekalan hingga ke syurga. Insyaallah. Alhamdulillah, ahad lepas genap dah 6 bulan kami menjadi suami isteri. Terima kasih Allah!


xoxo

Rabu, 20 Februari 2013

Simple e-day

Salam pembuka bicara...


Balik je dari kenduri dalam entri semalam, saya dengan bestie saya terus ke majlis pertunangan kawan kami lagi sorang, Syamie & Zali dekat Kajang pulak. Sampai rumah dia dalam pukul 3 lebih macam tu. Rombongan pihak lelaki pun dah balik.


Makanan dia superb sedap. Semuanya buat sendiri! Ada kambing bakar, sup cendawan yang superb sedap macam-macam lagi. Kenyang melantak dekat sini.



Lepas jumpa pulak, anak buah Syamie yang superb comel ini!



Borak-borak lama sangat sampai orang butik datang nak ambil pelamin. Kemudian, baru perasan yang kitorang tak sempat bergambar lagi dekat pelamin.


Ini gambar family Syamie.



Ini pula gambar kami as bestie!



Kemudian, baru la balik. Itu pun dalam hati risau suami dah balik kerja.


xoxo

Selasa, 19 Februari 2013

Kahwin tema merah

Salam pembuka bicara..


Majlis kahwin lagi. Kali ni, saya hadiri majlis perkahwinan roomate saya masa dekat asrama yayasan selangor dulu. Nice theme. Merah garang uolls. Ini adalah Majlis Zahirah & Azim dekat Gombak, 10 February 2013. Sengaja datang awal sebab nak tengok pengantin berarak. Inilah kali pertama pergi majlis kahwin orang tanpa kehadiran suami sebab suami kena oncall masa ni. Datang pun tumpang kawan baik saya.


Pengantin berarak.



Pelamin dia pun sangat nice.




Borak-borak kejap dengan kawan-kawan, kemudian datang bergambar dengan pengantin masa pengantin tengah makan beradab. Sebab lepas ni, masing-masing akan tempat lain nak tuju.



Inilah antara kawan-kawan yang sempat saya jumpa.



xoxo

Isnin, 18 Februari 2013

Jumpa pengantin dekat Batu Pahat

Salam pembuka bicara...


Agak lama juga saya menyepi. Perasaan nak update tu ada tapi sangat lah kesuntukan masa. Sekarang ni, hampir setiap hujung minggu ada je jemputan kahwin. Rasa macam tak patut kalau tak hadir dalam majlis dorang sebab masa majlis kita masing-masing datang dari jauh.


Ini salah satu jemputan yang sempat penuhi. Majlis perkahwinan Anur dan Ainol. Bertempat di Batu Pahat, Johor di bulan Januari tak silap. Nice wedding ceremony. Ada banyak pilihan air yang ikut tong-tong air macam niaga dekat pasar malam tu. Dekat Selangor, saya belum pernah nampak majlis ada banyak tong air dengan pilihan air yang pelbagai. Ada air kelapa, cendol, limau, mangga.. Rasa nya adalah dekat 7 jenis air. Tapi sayang sangat, satu gambar pun saya tak tangkap. Rugi bonar la den.


Meh layan sikit gambar pengantin bertemakan soft pink dan silver. Gambar pengantin lama pun ada jugak.






Sebenarnya, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan ni kawan saya. Pengantin lelaki satu lecture hall dengan saya masa belajar dekat Kolej Matrikulasi Perak. Yang pengantin perempuan pula coursemate saya masa dekat UPM. Barakallah!


Majlis dorang hari ahad. Tak silap saya Isnin tu masih cuti. Tak pasti cuti Thaipusam ke cuti apa. Masa balik pun, jalan tak berapa nak jem sangat. Selalu ye dekat Seremban mesti jem kan.




Perjalanan nak ke Batu Pahat ni lama sangat. Banyak kali juga la saya bangun tidur bangun tidur sampai sakit belakang rasanya.


xoxo