Jumaat, 20 Julai 2012

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Salam pembuka bicara..

Tak berkesempatan nak tulis panjang-panjang.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" 
Surah al-Baqarah: 183.
sumber: google


Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Berpuasa itu wajib. Rukun islam ketiga.

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu"
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
sumber: google

Semoga amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ini akan diberkati.

Lafaz niat berpuasa untuk sebulan

sumber: google

Lafaz niat berpuasa untuk harian

 sumber: google

Doa berbuka puasa
 sumber: google



Sepatutnya nak publish semalam tapi terlupa.

xoxo

Rabu, 18 Julai 2012

Busy dengan hal kahwin

Salam pembuka bicara..


Agak lama menyepi dari menulis dekat sini. Agak sibuk dengan urusan kerja dan urusan mengurus hal-hal perkahwinan. Ni la akibat jadi Perancang Majlis sendiri. (alasan yang sama berulang-ulang kali. ngeh)


Nampak tak ada borang isi alamat dekat atas ni? Saya nak jemput kawan-kawan blogger semua ke majlis perkahwinan saya dan tunang saya pada 25 ogos 2012 di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Hari raya ketujuh ye kawan-kawan. Jemput lah datang.


Tahun ni, saya tak bagi kad raya tapi saya bagi kad kahwin sahaja boleh ye? Sesiapa yang berminat nak datang dan nak perlukan kad, jangan malu-malu untuk isi borang kat atas ni. Bukan apa, senang nak tengok siapa yang dah dapat kad dan siapa yang belum dapat kad.


Selama saya menyepi ni apa yang saya dah buat?


1. Setelkan urusan permohonan nikah. 


Alhamdulillah, awal bulan 6 hari tu dah setel pun urusan permohonan nikah kami untuk kedua-dua belah pihak. Urusan permohonan tunang, saya teman dia ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Bukan takat orang nak kahwin je ada, nak cerai pun ada. Minta-minta dijauhkan. Urusan permohonan saya di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, ayah saya yang uruskan. Terima kasih ayah!


2. Cari cermin besar untuk bilik pengantin


Saya tak nak beli set katil sebab almari dekat rumah dah banyak. Lagipun, set katil yang RM1000 ni semua yang saya survey guna 'playwood' je. (tak tahu betul ke tak eja tu). Ikut kan hati nak pakai je katil yang saya memang pakai sekarang tapi mak saya insist nak beli baru. Maka, almari pakai yang sedia ada. Katil beli baru. Then, saya cari cermin besar dan console table. Console table tak dapat lagi tapi cermin besar dah dapat. Pusing-pusing klang, last-last beli dekat kedai yang jual cermin, ayat-ayat al-Quran dekat Tesco Setia Alam. Cermin 5 kaki muat masuk viva rupa ye.


3. Cari barang doorgift


Setakat ni untuk VVIP je yang dah ada doorgift. Ikut hati nak bagi buah je sebab saya kan graduan nutritionist. Tapi.. mula-mula mak setuju lepas tu tak nak pula. Untuk tetamu biasa belum cari lagi. Tak tahu apa nak bagi. Saya bukan bagi doorgift macam dalam gambar. hakhak


4. Setelkan kad kahwin


Alhamdulillah. Impian untuk capai the lowest bajet bagi kad kahwin akhirnya tercapai jugak. Murah. Kalau korang buang lepas majlis pun saya tak kesah. Tempoh masa mencetak kad kahwin ni hanya 3 hari sahaja. Sekejap je kan?


5. Pedicure


Tak sempat lagi nak memanjakan diri di spa. Penat dah bila balik dari kerja. Hujung minggu pulak perlu diuruskan dengan effisen sekali. Baru sempat pergi pedicure je. Tak kisah dapat spa ke tak, jangan penting dapat potong rambut. Takut MUA sanggul rambut tinggi-tinggi. Tak mahu!


6. Hunting bunga untuk pelamin


Belum pernah saya bagitahu pasal pelamin dekat sini. Pelamin saya DIY you olls. Alkisah, saya pergi la survey-survey kedai. Pelamin-pelamin yang up-to-date semuanya harga riban-riban. Dari membazir keluar duit untuk pelamin riban-riban yang tayang pakai sehari dua tu, baik saya buat sendiri pelamin. Sekurang-kurangnya, barang-barang yang guna untuk pelamin ni jadi hak milik kekal. Makanya, pelamin buat sendiri sahaja ler. (Nida, sorry jadi model gambar di atas)



7. DIY kasut


Kaki saya ni bersaiz kecik. Susah nak cari yang padan. Saya mengaku 5 bulan cari kasut yang saya nak. Penat. Sampai dah give up nak tempah buat dengan designer kasut je. Last-last, pembukaan Setia City Mall memberi nafas kegembiraan dalam pencarian kasut. Kasut untuk nikah saya jumpa masa hari pertama pembukaan Setia CIty Mall ni. Murah je kasut ye. Yang penting ada saiz 4.

Kasut resepsi saya tak jumpa pun saiz 4 tapi orang yang gigih nak juga kasut baru ni. Belasah beli juga saiz 5. Kemudian tampal shoes pad 2 keping dekat belakang kasut ala dekat kawasan tumit tu. Nak bagi ketat. Bukan itu sahaja, tampal 'shoes pad' dekat bahagian pemijak dalam kasut gara-gara nak muat kan kasut saiz 5 jadi 4. Tak cukup dengan tu saya beli brooch tudung yang besar, cantik dan liplap-liplap letak dekat depan kasut. Nak nampak mewah sikit konon nya. Agak-agak nak pergi interview nanti, cabut brooch tu balik. LOL. Asal ada dan jimat lebih 50% dari tempah dekat designer. Eh, kasut ni buat hantaran. Pandai-pandai family tunang hias. hehe


8. DIY rozek untuk penanggah


Ahli keluarga pun ada dapat pakai ni jugak sebab saya beli kain felt setengah meter sahaja. Dapat banyak . Dalam 77 keping tak silap. Untuk mak, ayah, adik-adik semua saya DIY button batch. Kononnya nak buat malam semalam tapi tak jadi sebab teringin nak online.


9. Cari kipas untuk bilik pengantin


Memandangkan ayah besarkan bilik adik saya untuk jadikan bilik pengantin. Kenalah beli kipas baru sebab kipas bilik tu nak guna untuk kegunaan lain. Saya tukar bilik dengan adik saya sebab dorang boleh tidur kongsi-kongsi sementara 2 lagi bilik dekat rumah tu siap. Bilik saya yang sebelum ni, bilik paling besar dalam rumah tu. Mengalah je la dari kena tidur asing-asing lepas kahwin. hakhak


10. DIY bantal duduk nikah dan bantal hantaran




Saya ni agak malas bila sampai part nak jahit-jahit ni. Jadi, beli bantal ready made je. Kemudian buat sarung. Saya tak ambil butik sebab tu banyak kena buat sendiri.


Cukup lah update 10 dulu. Anggaplah 10 item kat atas ni bersamaan update 10 hari ye. Ok babai. Buat kerja yang menimbun tu.


xoxo

Selasa, 3 Julai 2012

Fresh from oven: Simply Delicious

Salam pembuka bicara...


Apa perasaan korang bila tengok ini?


Baby lasagna


Crispy on the outside, soft on the inside. Filled with tasty beef bolognaise and gooey cheesy yummy yummy. Surely will melt your heart.


Choco stick




Cinnamon roll



Portugese Egg Tart


Comes with crispy puff pastry.


Chicken pie


Crispy puff pastry and it's full of mince chicken, potatoes, carrots and onions.


Red velvet cake



Macam mana tempting tak tengok semua makanan ni? Meh sini duduk dekat-dekat, nak share ni. Semua ni fresh from oven hasil dari Simply Delicious. It's bakery shop guys! Kalau rupa pun dah cantik, Insyaallah hasilnya tidak akan mengecewakan korang.




Agak-agak korang rasa nak buat Candy buffet ke? Yang nak kahwin atau bertunang tu nak jadikan hantaran ke, jangan malu-malu, jangan segan-segan untuk hubungi


Lisa- 013-310 3277. 
Kalau terus ke FB Simply delicious. [tekan sini]
Atau terus ke: 74-B, Jalan Pahat J 15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40300 Shah Alam, Selangor


Untuk 10 pelanggan pertama, ada harga istimewa menanti anda. Cepat-cepat. Make an order now! Jangan lupa bagitahu yang kamu tahu dari saya.


xoxo