Jumaat, 9 Februari 2018

Anak ibu vs anak ayam

Salam pembuka bicara


Sedang dalam fasa waktu yang sangat sibuk! Bulan terakhir untuk bekerja sebelum bercuti panjang. Rasa tak menang tangan nak buat semua perkara dan yang paling penting adalah mentally tired and physically tired.


Kongsi sikit ragam si Dzikri yang nak main sangat dengan anak ayam. Pening atok tengok cucu sorang nak dok main-main dengan anak ayam dia. Atok dzikri memang akan bela ayam stand by untuk kenduri, raya dan sebagainya. Kurang-kurang jimat belanja beli ayam. 😆




Memula dia ambil anak ayam ni, dia letak dalam besen biru. Lepas tu, ayam tu berak dalam besen tu. Tukar pula ke pinggan makan. Aduhai anak. Stress nenek kamu!




Lepas tu, bertukar pula ke atas meja sahaja.




Datang atok dia, terus dialaskan surat khabar lama. Yang tak tahan tu, siap paksa anak ayam ni makan beras yang dia amek dekat dapur nenek.




Budak-budak kalau balik kampung memang seronok. Sama macam kita dedulu balik kampung sebab dapat bebas dan bermain dengan ayam, kucing segala. Teringat pulak memori masa kecil-kecil dulu.


Sekarang ni, bila duduk dekat rumah sendiri, kesian dekat anak sebab ibu takut nak lepas keluar tanpa pemerhatian ibu atau abi. Kadang-kadang, motor kereta laju je walaupun dalam kawasan taman. Rasa zaman budak-budak sekarang tak begitu bebas nak dibandingkan dengan zaman kita membesar dulu. Harapnya walaupun berlaku limitation macam ni, dorang enjoy membesar dalam zaman kanak-kanak dorang.


xoxo
dhiera

15 komen:

dear anies berkata...

ayam tu pun baik je dgn dzikri yaa dhiera ;-)

Hanachie berkata...

Comelnya anak ayam! tapi Hana ni jenis penakut sikit heheh! ^^ still trauma gara2 pernah kena patuk ayam waktu kecik dulu heee :D

Ana Suhana berkata...

Zaman kiya dulu mak ayah lepas tak risau pun. Skrg ni nk bg anak keluar depan rumah pun tak berani. Bahaya sana sini.

Hans Hanis berkata...

ada sifat penyayang tu
kira bagus tu
ada sesetengah budak mahu dihempuk anak ayam tu sampai kiyok
hahaha

nohas berkata...

comel anak ayam...zaman dulu2 korek tanah main konda-kondi, kejar ayam, kacau itik angsa, naik basikal keliling kampung - rasa best je, lapang fikiran, rasa takut kena culik ke, takde langsung..sekarang dah tak dapat mcm dulu, the good old times..

E'in berkata...

ewah kemain berani die ea pegang anak ayam tu..

umifuzy berkata...

sama la mana2 mak2 sekarang..takut nk lepaskan anak2 jauh dr pandangan tu yg kita bagi gajet kan..

salam kenal dari umifuzy.com

izafiza berkata...

comelnya ayam.hehe.kalo anak kita kompen kena ramas kuat2 sebab geram.haha.berapa kali dah dia ramas anak kucing rumah mak.

HeNRieTTa JoSe berkata...

maw plak anak ayam tu duduk dendiam cmtu....proses pembelajaran kenderi sdg berlaku....

Gja berkata...

Comelnya gelagat anak laki tu..

Nurjuwaini berkata...

Semoga membesar menjadi anak yang baik dan soleh

emarieys berkata...

berani pula dia bermain dgn anak ayam..

Nina Mads berkata...

baiknya ayam. tak lari merata2 hehehe

Fatin Shahrizam berkata...

Fobiaa dengan anak ayam, hahaaa rasa macam geli geli je dengan bulu diaa hahaa

Anisa Anuar berkata...

comel je tengok bila diaorang curious