Sebenarnya nak update pasal Dzikri's first flight trip masa umur dia 6 bulan dulu. Ya Allah, sudah hampir 2 tahun berlalu topik itu.
Tapi sebab dah pukul 12pm dah. Perut pun mula buat pelbagai bunyi. Baby dalam perut pun rasanya sedang menari-nari barangkali memahami yang ibunya sudah kelaparan. Buka pula album dalam handphone sekali ternampak banyaknyaaaa gambar makanan. Nampak tak betapa over nya seorang mak yang sedang kelaparan?
Maka, terupdate lah makanan ini yang merupakan sarapan pagi kami anak beranak. Ibu tapau untuk segala isi keluarga sekali. Untuk Dzikri, sarapan pagi masih saya sediakan. Cuma makan tengah hari je, pengasuh sediakan. Semenjak dah bagi Dzikri makan gula dan garam, saya tak sediakan bekal untuk tengah hari dah.
Ni antara makanan kesukaan Dzikri. Dia segala jenis pasta memang dia suka. Ditambah pula dengan kehadiran sotong dan udang lagi lah, meronta-ronta dia nak makan.
Jadilah, SPAGETTI AGLIO OLIO buat menu sarapan kami.
Percaya tak jika saya katakan pagi tadi masak ni 10-15 minit je. Nak masuk kerja kan? Semua kena segera. Lagi takut kalau tetiba anak bujang tu bangun nak breastfeed. Ya! Dzikri masih menyusu badan lagi walaupun ibu nya sudah sarat. Ibu dan anak tak mampu lagi nak wean off.
Untuk menu ni,
Bawang putih saya tumbuk sesiap dan simpan dalam bekas kecil letak dalam peti sejuk. Kenapa tumbuk? Sebab malas nak cincang. Hahaha
Sayur yang saya guna: Brokoli dan carrot saya dah potong sesiap sebelum tidur. Stim dalam 10-15 minit. Sebab apa stim? Sebab stim masih menyimpan kandungan nutrien yang ada pada sayur ni. Dah stim, simpan dalam bekas dalam peti sejuk
Sotong dan udang dah siap potong dan bersihkan malam tadi. Kemudian, simpan.
Spagetti pun dah siap rebus malam tadi dan simpan dalam peti sejuk. Kalau tak nak spagetti ni melekat-lekat bila sejuk, masa rebus tadi letak sikit minyak.
Capsicum pun potong sesiap dan simpan dalam peti sejuk.
Makanya, bila hakak bangun pagi tadi dan mulakan operasi bertukang di dapur, hakak keluarkan segala bahan-bahan nak masak spagetti ni.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bawang putih sampai wangi.
- Masukkan brokoli dan carrot yang dah stim malam tadi.
- Masuk sotong dan udang. 2 jenis seafood ni tak payah masak lama sangat. Udang dah mula kemerah-merahan pun dah ok dah.
- Spagetti yang direbus malam tadi saya gaulkan dengan garam sikit.
- Kemudian, masuk spagetti ni dalam kuali. Garam tu pastikan secukup rasa la. Kang spagetti korang masin sangat. Kalau ikut cerita chef-chef, dorang rebus sekali spagetti tu dengan garam.
Dannnn....siap! Terus bahagi-bahagi dalam bekal masing-masing. Memang buat tak pedas sebab sekali untuk Dzikri tapi lepas dah masuk dalam bekas makanan tu, saya taburkan hot chili untuk saya dan suami. Hot chili ni ala-ala chili flakes tapi lagi halus.
Buah pun antara yang wajib dibekalkan sekali.
Untuk Dzikri, ibu bekalkan sebiji epal tak potong la.
Untuk ibu dan abi, jambu batu je la.
Dalam beg bekal bukan itu je.
Ada letak 2 kotak mini Dutch Lady full cream milk untuk dzikri. Dzikri memang tak minum susu formula sebab ibu bekal susu ibu perahan sampai dia 2 tahun, jadi dia agak memilih sikit bab susu. Since dah tak pam, ibu bagi susu full cream sahaja.
Untuk abi, susu kotak Omega Plus dan 1.5 liter air masak. Baik untuk jantung gitu.
Untuk ibu, 1.5 liter air masak je la. Hahahaha. Cannot go la susu susu ni.
Itulah dia sarapan super pantas untuk ibu bekerja. Spagetti Aglio Olio super pantas! Korang sarapan apa pagi tadi?
xoxo
dhiera
23 komen:
Salam perkenalan kak. GV follow akak ya. GV # 798. Wah, sedap spagethi Aglio Olio kak. :)
byk2 resepi spageti yg ni plg mudah kn dhiera?
Sedapnyaaa. menu diet ni hehee lama tak makan. Tapi fatin makan ni xjadi diet dah. Jadi over 'diet'. Hahaa
thank you thank you for this!!!! nak balik try tgk
sedapnya dhiera..nanti try masak la utk anak tgk dia suka tak.hee..
thanks for sharing. Pening kan bila nak sediakan breakfast ni. Kena cari yang simple and sedap. maklumlah awal pagi , waktu kelentang kelentung singkat. nak bersilat kat dapur, nak siap pergi kerja lagi.
salam kenal ye. Cici follow sini :)
akak pun kurang susu-susu ni, kalau nk minum, mesti amik yg ada flavour chocolate, baru boleh pi..
spageti mmg sedap...mudah disediakan apalagi dah siapkan bahan awal2..
@galaksi viral
salam perkenalan GV
@dear anies
betul. mudah sangat anies
@Fatin Shahrizam
hahaha. kalau diet dan ni makanan favourite memang bahaya laa
@Atie Zieya
cuba try test
@Iza Fiza
cubalah iza bagi anak try pulak. budak2 memang suka kebanyakan nya
@Mommy Cici
salam kenal cici
betull. kalau waktu pagi tu kena buat sarapan yang keletung keletang senang
Ringkas dan menyelerakan.. Maveles..
spagetti lah paling mudah nk bt.. bawa bekal jimat dan menepati citarasa tekak hehe
@Shahida Dzulkafli
kan!
@Nina Mads
sangat betul. paling mudah nak buat. dan penyimpanan nya pun mudah
antara menu paling senang nak masak buat bekal kan.. nanti boleh buat jugak
Masak spageti ni mmg cepat janji bhn dan dah tersedia..lagi sedap bilz guna minyak zaiton pastu letak cili flakes dan oregano..perghh
sedapnya... hmmm... lma xmkn nih.. nmpk menyelerakan larr...
@Rodiah Amir
betul. bila dah pre-prepared. cepat je la tung tang tung tang
@Jari Manis
betul. ada chili flakes lagi nyummy!
@Nur Azian Jaafar
nanti masak la cik yan
Catat Ulasan