Isnin, 15 Januari 2018

A Weekend Well Spent with Family

Salam pembuka bicara


Pada suatu hari, pada hari minggu, si ibu perlu bertugas sempena 1 karnival yang dijalankan oleh pihak jabatan. Memandangkan karnival berlangsung pada hari minggu yang sepatutnya bersama keluarga, si ibu membawa seluruh isi rumah bersama-sama bekerja pada minggu itu.


Si anak semangat nak sertai pertandingan mewarna walaupun memegang pensel pun kurang cekap lagi. Pensil warna nya dipinjam dari seorang kakak yang baik hati. Sebenarnya si anak tidak layak nak sertai pertandingan ini kerana belum cukup umur tapi si ibu dan si abi layan je la kerenah anak.




Balik dari karnival, si anak melantak cornflakes bersama kismis yang si ibu bekalkan siap-siap dari rumah dalam kereta. Sebelum itu, si anak telah makan hampir 2 bungkus nasi tomato. Sarapan tadi telah menjamah sekeping roti canai. Selera sungguh anak ini di hujung minggu tersebut.




Sampai tertidur si anak di dalam kereta.




Petang itu, si ibu dan si abi membawa anak menjelajah taman permainan di taman permainan baru di taman bersebelahan dengan taman mereka. Di sini lah si anak men'channel'kan segala tenaga yang masih berbaki.









Di sebelah malam sesi solat bersama-sama.




Dan sesi makan malam di luar bersama-sama.




Begitulah kisah hujung minggu yang dihabiskan bersama keluarga.


Terima kasih untuk semua doa-doa yang saya terima dari entri ini [klik sini]. Semoga makbul doa-doa kalian. Amin. Jumaat lepas berkesempatan juga saya melawat staf tersebut. Nampaknya beliau sangat gembira dengan kehadiran saya dan rakan-rakan yang lain. Telatahnya masih sama walaupun berperang dengan masalah kesihatan.


Tapi di hujung pertemuan, berdrama air mata la juga kami. Manakan tidak sedih melihat keadaan beliau. Walaupun beliau sedang sakit berperang dengan masalah kesihatan, beliau masih boleh bergurau dan semangat nya sangat kuat. Semoga ada keajaiban daripada Allah dalam ujian yang beliau lalui.


xoxo
dhiera

30 komen:

cikyan berkata...

alolo.. comel je dia.. semoga jd anak yg soleh ye syggg... comel... bijak !

Ana Suhana berkata...

Banyak nya dia makan. Suka ana kalau budak2 suka makan. Comel pula tertido lepas kenyang tu. Hehe.

Dpt pergi ke taman permainan tu dah cukup gembira dah buat kanak2 kan.

Jari Manis berkata...

Elok jgk bwk dari tggal kat umah at least ada aktiviti utk si kecik tu..blk mlm mesti tdo awal kan..penat 😬

Sha Mohamed berkata...

Amboi.. Berselera sungguh dia makan.. hehehe.. Tengah nak membesar kan..

HeNRieTTa JoSe berkata...

comelnye dia....

Jari Manis berkata...

Done follow

Hanachie berkata...

Best jugak pergi taman permainan petang2 ^^ Semoga staf tersebut terus cekal... amiin :)

Fatin Shahrizam berkata...

tak ada apa yang lebih bahagia bila dapat spend masa dengan family sendiri :D

Galaksi Viral berkata...

Wah, kuat juga makan ya anak akak. Hihi. Wah, kecil-kecil dah belajar baca muqaddam. Bagus tu kak. GV doakan semoga akak dan keluarga sentiasa bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

dear anies berkata...

alololo baik je anak soleh ni duduk dlm car seat ya...

dhiera zainudin berkata...

@Nur Azian Jaafar
tq auntie! ibu amin kan

dhiera zainudin berkata...

@Ana Suhana
budak kalau dapat palyground, kalau boleh tak nak balik dah

dhiera zainudin berkata...

@Jari Manis
aah. balik tidur awal la beliau

dhiera zainudin berkata...

@Shahida Dzulkafli
nasi tomato mak pun dia kebas sekali

dhiera zainudin berkata...

@HeNRieTTa JoSe
tq auntie

dhiera zainudin berkata...

@Jari Manis
salam kenal JM

dhiera zainudin berkata...

@Mizz'strawery Smile
sakan kalau budak dapat ke taman

dhiera zainudin berkata...

@Fatin Shahrizam
betul. tepat sekali!

dhiera zainudin berkata...

@galaksi viral
bila dia ada mood nak makan. memang makan sungguh la gv. tapi kalau mood tak nak makan, nak main je, jenuh memujuk.

aminn. tq untuk doa gv

dhiera zainudin berkata...

@dear anies
kena ikat anies

Saliza sachari berkata...

Wah!banyaknya makan si comel tu.. seronoklah bila tengok anak-anak nak makn

mamapp berkata...

Seronok nampaknya si anak spent masa dgn ibu

nohas berkata...

tengok gelagat kanak2 mewarna mmg menghiburkan..

Nina Mads berkata...

dpt habiskan masa dgn anak hilang masalah😬

kak tie berkata...

merindui masa anak2 kecil dulu..huhu

dhiera zainudin berkata...

@mamapp
asal anak gembira

dhiera zainudin berkata...

@nohas
macam-macam style

dhiera zainudin berkata...

@Nina Mads
betul betul

dhiera zainudin berkata...

@kak tie
besar dah ye semua anak2 kak tie

Unknown berkata...

Ada sesiapa nak eo young living harga menarik satu botol le whutsup 0147227267