Sabtu, 23 Disember 2017

Anak-anak berimaginasi di Kidzoona Aeon

Salam pembuka bicara..


Cuti panjang kan weekend ni? Kalau tak tahu nak reward anak dekat mana, saya cadangkan bawak anak-anak ke Kidzoona Fantasy. Dorang mesti seronok. Mak pak pulak boleh rehat-rehat sambil monitor anak-anak main sambil borak-borak bersama. Gitu. Ada privacy time jugak la untuk mak pak.




Kitorang memang suka bawa anak main dekat sini alang-alang shopping dekat Aeon tu. Bagi anak berimaginasi sendiri dan reward untuk dia sebab behave sangat teman mak pak shopping.




Tapi nak masuk sini kena bayar taw. Saya pun tak ingat berapa harga dia sebab main bayar je. Tapi harga dia lebih kurang gini la.

Weekdays: RM10
Weekend: RM18


Ada syarat taw nak masuk sini.
1. Tinggi anak tak lebih dari 135cm
2. Wajib pakai stokin. Kalau tak bawak stokin, boleh beli je dekat kaunter.



Yang bestnya, mak pak boleh teman sama. 1 budak 1 dewasa tak silap. Nak masuk lebih boleh tapi berbayar tak silap. Biasa kitorang bergilir-gilir, salah sorang tunggu, sorang lagi pergi shopping. Hahaha


Mainan dalam ni memang banyak sangatttt. Dan dekat sini pun ada jadual-jadual aktiviti kalau anak-anak nak join.




Satu lagi yang paling BEST adalah harga yang kita bayar tadi adalah harga per day. Mainlah sampai lebam. Maksudnya adalah anak-anak dan mak pak masuk akan tanggalkan selipar/ kasut letak dalam rak. Rak tu ada borang yang kita dah isi detail kita anak beranak. In case, nak keluar pergi makan, kita tinggalkan je borang tu dalam rak kita. Bawak lah anak-anak pergi makan, lepas tu masuk balik tanpa apa-apa bayaran. Tapi kena maklum pada staf dekat kaunter tu. Biasanya ada je staf jaga dekat pintu keluar masuk tu.


Jom la layan je la gambar k!










Banyak kan mainan anak dalam ni.


Yang tak best satu je la, anak tak nak balik.


Kalau masuk pagi dekat sini, tak da ramai orang. Tapi kalau petang ke malam tu memang ramai la.


xoxo
dhiera

9 komen:

Atie Zieya berkata...

seronok dia..muka ceria dpt main...

Nina Mads berkata...

bestnya anak2 main.. mcm2 ada. entry fee pun murah

Nina Mads berkata...

bestnya anak2 main.. mcm2 ada. entry fee pun murah

dear anies berkata...

anak bujang main sorang2 je kee ;-)

dhiera zainudin berkata...

@Atie Zieya
memang sakan dia kalau dapat main

dhiera zainudin berkata...

@Nina Mads
boleh main sampai penat

dhiera zainudin berkata...

@dear anies
kitorang datang pagi. tak ramai orang

Fatin Shahrizam berkata...

Seronoknyaa macam macam boleh jadi. Boleh buat otak anak anak berfungsi. Baguslahh. Tunggu ada anak sendiri laa cenni. Hehee

dhiera zainudin berkata...

@Fatin Shahrizam
itulah. masuk sini anak terus jadi tak keruan nak main mana satu