Nampaknya timbul kerajinan dalam menulis sejak 2 menjak ni.
Kalau ikutkan lepas kitorang laki bini balik honeymoon dari Krabi 5 tahun lepas (2012 masa tu), ktorang tak nak dah buat flight trip berdua. Semuanya road trip means dalam Semenanjung je la ktorang pergi holiday pun. Semuanya atas sebab kitorang nak our next flight trip tu bersama anak-anak.
Kenapa nak tunggu ada anak? Jawapan dia saja! Kitorang memang berniat yang kalau boleh lepas dari Krabi tu dapat jalan-jalan naik kapal terbang memang dengan anak. Mungkin sebenarnya nak mencabar kesabaran diri masing-masing kot.
Dalam tempoh 2 tahun pertama kahwin tu, saya gugur 4 kali termasuk pregnant kali pertama tu which is saya pregnant pada tahun 2012 - 2013 - 2013 - 2014. 😢😢 Gitu lah turutan dia.
Secara tetiba, kitorang berubah niat tu pada hujung tahun sekitar November 2014 iaitu nak ke Langkawi tapi naik flight. Masa tu kebetulan tiket MAS pergi balik Langwaki RM55 je. Lagi jimat dari naik kereta.
Lama weh menahan nak jalan-jalan naik flight, asyik naik kereta je kan. Dan sangat tak sangka yang selepas balik dari Langkawi tu dapat perkhabaran gembira iaitu Baby Langkawi. Dan alhamdulillah rezeki berpanjang sehingga lahir lah anak bujang sorang tu, Dzikri Zhareef.
Tepat lah. Kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan rezeki setiap orang.
Since dah ada anak ni, lagilah mak sakan plan holiday. Asal ada tiket murah nak grab tapi bergantung pada kewangan jugak lah. Kitorang target anak 6 bulan je nak berflight trip. Gitu. Apa laaaa special sangat dengan flight trip? Ermmmmm.... sekadar terasa kelainan berbanding road trip kot.
Flight trip pertama Dzikri Zhareef
Maka terhasillah perancangan trip ke Sabah - South Korea - Perth (tapi cancel last minute dan digantikan dengan road trip) - Bandung. Anak dah 2 tahun kan. Semua ni tak pernah share dalam blog ni lagi. Hahaha
Flight trip kedua Dzikri Zhareef
Bulan Februari ni dzikri bakal genap 2 tahun 6 bulan tapi si ibu tak dapat naik kapal terbang dah. Maka disini saya tengah merancang 1 lagi holiday besar untuk diabadikan bersama. Sekali harung dengan sambut birthday suami bulan depan. Nak kemana kah?
Paling dekat Cameron tapi dekat la sangat. Ke nak ke Hatyai atau Singapore terasa macam jauh sangat dan lama pula dalam kereta.
Cadangan please! Kalau korang ada share trip tu dalam blog korang, kalau tak kisah share la link sekali. Hihi
xoxo
dhiera
20 komen:
alaa bestnya holiday.. nak jugak !!
memang betullah DIA beri tepat pada masanya... cuma kita je yg perlu bersabar...
amboiii jauh jalannya tu...
pe kata g europe? best tau... link ada kat blog sy... byk sy kalu nk attached ;-)
holiday is the best things in life
@Nur Azian Jaafar
InshaAllah. nanti ada rezeki ber ho ho holiday laa
@dear anies
betul sgtt anies
anies lagi lah jauh berjalan merata-rata pelusuk dunia dia terjah
as for now, tak boleh naik flight dah. sobss
@Atie Zieya
damnly true!
Tabahnya akak T_T btw Hana pun gila travel jugak... cuma belum masanya nak jadi traveler sepenuh masa... hohoh kena tunggu 10 tahun akan dtng kot T_T
@Mizz'strawery Smile
inshaAllah. Kalau ada rezeki boleh travel travel.
akak pun 6 bulan sekali boleh la gigih lagi. komitmen kerja kadang-kadang tak menentu
Alhamdulillah. Kalau dah rezeki tak kan kemana kan. Baby comel! :D
selepas 4 kali, akhirnya rezeki miliki anak.. sama lah dengan saya, suka bercuti bawa anak-anak sekali.
Bestnya dhiera.bila ntah kita nak melancong bwk anak.
@Fatin Shahrizam
betul fatin. Dzikri kata tq auntie!
@Emarieys
alhamdulillah. rainbow baby kata omputih
@Iza Fiza
inshaAllah. nanti ada rezeki boleh bawa melancong juga
@Dhiera nadhirah seronok kan... blh release tensennnn...
@Nur Azian Jaafar
betulll. setelah penat bekerja
Wah bagusnya tunggu 1st flight trip dengan anak. Saya 1st time naik flight dengan baby masih dalam hari nervous betul. tp sebenarnya ok jer. skrg ni mmg selalu ulang alik sabah-semenanjung sebab kerja di kk kan.
Sha tak berani sangat naik flight.. Huhuhu..
@En iLHAM
baby dalam hari senang je kan nak jaga. tapi bila dah besar banyak akal. ni orang expert ni selalu naik kapal terbang ulang alik sabah-semenanjung
@Shahida Dzulkafli
kena cuba sekali. lepas tu, pasti nak lagi
Catat Ulasan