Khamis, 16 November 2017

Review Security Door Selepas 9 Bulan Guna

Salam pembuka bicara..


Hari tu dah dapat rentak nak tulis semula. Lepas tu terus Missing In Action. Hahaha.


Minggu lepas, saya dapat 1 komen bertanyakan ada sebarang masalah ke tak guna security door ni. Refer entri ini [klik sini]. Sebelum sebelum ni, saya ada jugak dapat emel dari beberapa orang pasal pintu ni.



Memandangkan hari ni macam free sikit, saya bagi review ringkas fokus pada pertanyaan tuan komen tadi.


Kalau tanya pasal BERBALOI KE TAK, pada saya berbaloi sangat. Asalnya rumah saya tu pakai sliding door tapi sebab saya tak berapa berkenan dalam penjagaan sliding door, jadi saya memang nak tukar pintu. Dah la sliding door tu akan jadi pintu utama.


Penjagaan sliding door ni lebih kepada:-

  1. Penjagaan cermin sliding door yang kena dicuci kerap sebab akan tinggalkan tompok tompok menyakitkan mata
  2. Frame sliding door yang sangat mudah menyimpan pasir, habuk dan sampah-sampah halus.
  3. Penggunaan sliding door dalam tempoh lama akan buat masa nak slide pintu tu tersangkut-sangkut.

Ok, itu antara yang tidak gemar dengan sliding door lebih-lebih lagi jadi pintu utama. Plan asal nak tukar pintu biasa je tapi masa pergi ekspo ternampak pulak promo pintu ni dengan harga berbaloi, terus grab.


Dan saya katakan berbaloi sebab masalah-masalah yang kurang gemar dalam nak jaga sliding door tu tak berlaku kecuali kena bersihkan pintu security tu je sebab pintu tu warna putih. Nak bersihkan pun tak susah sebab dia powder coated kan.


MASALAH SEPANJANG GUNA SECURITY DOOR

Ada 1 je perkara yang geram bila guna pintu tapi tak selalu terjadi. Masalahnya adalah tombol pintu tu tak boleh tolak dengan kasar nanti locked tengah tu ada masuk ke dalam. Rasa dalam 9 bulan ni dalam 5 kali je baru kena. Tolak kasar tu samada dari luar atau pun dalam. Pernah sekali orang luar rumah dengan orang dalam rumah tolak tombol tu dalam masa yang sama pun jadi perkara yang sama.




Yang saya bulat merah tu lah yang saya maksudkan dengan locked tengah.


Tapi solusi dia senang je, kita tekan atau cungkil balik locked tengah tu nanti dia terkeluar la semula. So far, pasal locked tengah ni kitorang tak pernah lagi contact balik seller tu tanya kenapa. Mungkin nanti saja-saja tanya kot.


Dan pada saya bukan masalah besar pun sebab kalau berlaku, nak selesaikan balik tak sampai seminit pun. Hihihi.


Sepanjang guna ni, tu je la yang kurang best tapi bukan selalu terjadi.


PERKARA SECURE YANG LAIN YANG PERLU TAHU

Pernah sekali, masa memula pindah. Kitorang tak tahu yang pintu ni secure nya dia adalah bila orang dalam rumah dah locked manual pintu tu dari dalam, orang dari luar rumah tak boleh bukak pintu ni walaupun dia pakai master key. 


Masa tu suami keluar dengan kawan dia, bawak kunci master dan balik lambat. Saya pulak locked pintu ni manual dari dalam. Sudahnya suami kena tidur luar malam tu sebab master key tak berguna bila kita dah locked dari dalam. Saya pulak tak terjaga masa suami call (sebab silent) dan ketuk tingkap.


Prinsip dia adalah:-
  1. Kalau locked pintu secara manual dari dalam, hanya orang dalam rumah sahaja boleh bukakan pintu.
  2. Kalau nak keluar dan balik lambat macam situasi atas tadi:-
    • Orang dalam perlu kunci pintu dari dalam menggunakan kunci pintu. Jangan manual locked atau
    • Orang yang nak keluar rumah tu locked pintu dari luar terus menggunakan kunci security door tu. In case, orang dalam rumah nak keluar rumah, dia hanya bukak pintu guna kunci security door.

*Manual Locked tu maksud saya adalah pusingkan locked pintu tanpa guna kunci ala-ala macam selak dari dalam gitu lah kaedah dia.


Saya harap entri ni membantu serba sedikit rakan-rakan yang nak berkira-kira nak guna security door tu dalam membuat pilihan. Ini adalah pengalaman saya sendiri sepanjang guna pintu ni.


xoxo
dhiera

5 komen:

dear anies berkata...

hmmm bgs jg pasang ya... bkn utk org lain tp utk keluarga kita jg kan...thanks 4 sharing dhiera..

Myra Jay berkata...

Fuhh! banyak \kerenah' jugak ye untuk pintu camni..
Tapi takpela demi keselamatan kan..

dhiera zainudin berkata...

@dear anies
In term of safety memang rasa berbaloi la

dhiera zainudin berkata...

@Myra Jay
hahahaha ada jugak kerenah tersendiri

maya berkata...

brp set kunci ye kita akan dapat untuk pintu 2 daun ni