Ahad, 26 Januari 2014

Makan-makan di 1981 Tapah Rest House Restaurant

Salam pembuka bicara..


Siapa selalu pergi Cameron Highland dan naik dekat Tapah?


Meh nak share tempat makan best dekat Tapah. Serius baru saya tahu ada juga tempat makan yang macam eksklusif dekat Tapah. Noob la sangat kan? Itupun sebab ada kawan yang rekemen kan.


Alkisah, nak meraikan gaji pertama kerja di tempat baru. Bulan kedua baru ai dapat uols. It's time to celebrate! Kebetulan, hari lahir suami pun minggu sebelumnya macam tak sambut sangat sebab sibuk menuntut ilmu katakan. Belanja suami makan sup gearbox je.


Apa tempat makan yang sibuk saya cakap ni? Nama dia adalah Nineteen 81 Tapah Rest House Restaurant. Macam-macam makanan ada dekat sini. Malay foods ada, Western food pun ada. Harga pun kira berbaloi la. Harga makanan saya dengan suami adalah dekat RM35 macam tu.


Memandangkan saya dah makan bihun sup dulu masa kursus dekat Ipoh petang tu, sampai sini dalam pukul 6 macam tu dok makan lagi. Tak nak makan yang berat-berat kan. Makan yang ringan-ringan je. Saya pilih Banana Split. Nyumss... Rindu nak makan banana split. Akhirnya ketemu jugak. Saya minum air suam je sebab dah makan manisan kan.




Suami pula pilih Grilled Black Pepper Mixed Chop. Kenapa mixed chop? Maksudnya, lamp chop tambah chicken chop. Dua-dua ayam dan kambing ni dihidangkan bersama pada satu harga. Kambing dia sangat best dan lalu lah nak telan. Sebelum ni, order lamb chop macam ada bau kuat sangat. Yang ni ok. Sedap gila. Dok rasa makan la jugak kan. Hihi. Suami order air limau suam je sebab dia macam selesema sikit kan.




Pada saya sangat berbaloi lah sebab rasa mixed chop pun sedap. Banana split standard je la kan rasa dia. huhu


Siapa yang cari makanan best dekat Tapah. Boleh lah try ke sini. Dijamin best!


xoxo

8 komen:

JR berkata...

Dulu-dulu masa kerja di KL dan kebetulan balik kampung di Utara, pernah juga singgah di Tapah. Sekarang tentu Tapah dah tak seperti Tapah 10 tahun dulu lagi kan....

anumuchan berkata...

nyummyy..sdpnyaa..aah udon tu mee mcm dlm gmba tu..

eima berkata...

aku tak penah perasan..wlupun mmg slalu jln tu pun ... hmmm signboard takd e ke .. hehehe

Cik Rose berkata...

wah..wah..sedapnya nampak.. hihi. setakat ni, Ros tak pernah lagi pergi Cameron..

Kakzakie Purvit berkata...

Bila dah tahu sedap lain kali dah boleh singgah lagi.

dear anies berkata...

meriah nyer banana split tuuuuu

Ezad Skytech berkata...

masa pergi Cameron tahun lepas ada juga lalu Tapah..tapi tak tahu pula ada restoran ni...hee

maisarah sarah berkata...

@Jay Ar dah ada supermarket kat tapah.haha