Rabu, 4 Disember 2013

Live from Bidor!!

Salam pembuka bicara..


Akhirnya, dah masuk Disember! Cepatnya masa berlalu. Dah nak hujung tahun dah.


Cek balik azam untuk tahun 2013 ni, ada tak yang belum tercapai? Yang belum tu dah tahu mesti carry forward pergi tahun depan kan?


Minggu lepas kan saya cari rumah sewa dekat area Sungkai. Entri ini [klik sini]


Alkisah, susah sangat cari rumah dekat Sungkai. Akhirnya, saya dan suami memilih untuk cari di kawasan sekitar Sungkai. Dalam otak fikir, Trolak, Slim River, Bidor dan Tapah.
Trolak tak banyak sebab kawasan felda. Banyak homestay je sebab orang nak ke Hot Spring Klah kan.
Slim River tak banyak juga yang nak sewa. Kalau ada pun dah ada orang booking.


Ayah tanya pada kawan-kawan dia dekat sekitar Sungkai ni, ramai cadangkan Bidor. Maka, saya dan suami pun memilihlah Bidor tapi buat back up juga yang dekat Tapah.
Mula-mula, tengok rumah yang post dalam mudah.my.
Rumah dekat Bidor macam kurang privacy sikit sebab rumah nya sambungan rumah tuan rumah. Lepas tu, sewa mahal.
Tengok dekat Tapah. Memang suka sangat rumah dekat Tapah ni tapi sewa tak boleh kurang sangat. Lepas tu, kawasan taman baru. Orang pun tak ramai duduk situ lagi.


Terpaksa berpatah balik ke Bidor dan pusing-pusing segala taman yang ada.
Bila hampir nak putus asa tu tapi hati tetap berdoa semoga Allah pertemukan dengan orang yang baik hati yang akan cakap rumah ni nak sewa.
Dalam pukul 4.15 petang macam tu, dah penat, tiba-tiba nampak ada seorang remaja ni nak keluar rumah. Dia nak pergi picnic dekat Lata Iskandar ke Lata Kijang tah masa ni. Kedua-dua lata ni dekat jugak dengan kawasan rumah sewa baru saya ni.
Tanya dia tahu tak rumah mana nak sewa sebab tengok banyak rumah kosong tapi tak ada pun yang tulis untuk disewa ke apa.
Lepas dia cakap, "rumah ni nak sewa tapi mak saya je yang tahu nombor tuan rumah. mak tak ada. kerja sekarang".
Hati macam dah berbunga-bunga jugak lah. Tapi bila telefon mak dia, mak dia tak angkat. Sebab dia nak cepat, dia cakap saya cuba tengok kan dekat kedai bawah tu. Ramai orang letak rumah sewa kat kedai tu. Kami pun setuju lah tapi sementara dia tengok kan, saya dengan suami, mak dan adik pusing-pusing lagi. Mana tahu ada rezeki.


Tak lama lepas tu dia pun call balik, cakap ada rumah nak sewa dekat rumah kawan dia.
Kitorang ni dah la tak familiar kawasan situ, dia datang lah jemput kitorang dekat sekolah.
Budak ni baik sangat. Siap call kan tuan rumah tu lagi tanya dah ada orang nak sewa ke tak.
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Terima kasih kerana memudahkan urusan mencari rumah sewa untuk aku dan suami.
Kami terus call untuk set appointment kebesokan harinya.


Besoknya, saya dengan suami dah kena bekerja. Mak dengan ayah yang tolong tengok kan rumah tu.
Mak cakap mak suka rumah tu tapi biasalah orang bujang yang duduk seorang faham-faham lah kebersihan rumah tu. Lagi-lagi, bila style balik rumah untuk tidur dan mandi je kan.


Hari Sabtu baru ni, berusahalah kami laki bini membersihkan rumah. Suami tangan sampai melecet sebab sental dapur yang banyak tahi tikus melekat-lekat. Bersihkan sawang, lap tingkap, bersihkan kipas, cuci tandas dan bilik air, sapu dan mop lantai.


Petang hari Ahad, barang-barang dari Puncak Alam sampai. Gambar ni je yang ada.



Semalam, kerja kami laki bini mengemas dan susun atur rumah pula. Tapi tak siap lagi. Hari ni baru sambung balik. Kejap lagi kami geraklah ni.


Sementara, rumah belum siap kemas, kami ulang-alik Bidor dengan rumah mak saya dekat Kuala Kubu Bharu. Sejam juga perjalanan. Tapi bawa kereta perlahan je la. Bukan lalu highway pun. Kan musim hujan sekarang. Bawa pun 60km/j. Baik tak kami? hihi


Jutaan terima kasih buat mak, ayah, nenek, adik-adik, dua pupu dan beberapa orang kat kampung tu yang tolong pungah segala barang. Semoga Allah membalas kebaikan kalian.


xoxo

16 komen:

Unknown berkata...

Salam dhiera..
Hehe.. nana duk Sungkai, tapi kat dalam kawasan Felda tu.
Area sungkai mmg susah nk cari rumah sewa sbb kwsn perumahan dy limited.
Selebihnya kwsn kampung, tanah sendiri. Kire ok jgk la dpt kt Bidor. Tak de la jauh sgt.

Hehe.. Selamat Mengemas! :D

Fazlina Ridzwan berkata...

selamat dok umah sewa baru...

NM03 berkata...

la... dah jauh nun di bidor ke... selamat menjalani kehidupan baru di rumah baru

dear anies berkata...

jgn lupa wat kenduri nnt jemput kami tau! ;-)

maszull berkata...

assalamualaikum dhiera...selamat berpindah ke rumah baru...;)

E'in berkata...

alhamdulillah dh dpt umah.. :)

anumuchan berkata...

jadi org bidor pulak ye.hee

dhiera zainudin berkata...

@Nana Saidin
tq nana!
memang susah jugak cari rumah dekat sungkai ni

dhiera zainudin berkata...

@Eza Ridzwan
terima kasih kak!

dhiera zainudin berkata...

@NM03
tq kak!

dhiera zainudin berkata...

@Khai♥Rin : anies
inshaAllah. kalau buat kenduri saya jemput na

dhiera zainudin berkata...

@Mas Zull
tq~

dhiera zainudin berkata...

@E'in
betul ein. alhamdulillah~

Abby Ismail berkata...

jika ada rumah utk disewa area Bidor harap dapat maklumkan pd sy 0173073836

alan sebastian ashraf berkata...

Saya cari rumah utk disewa area bidor. Kalau ada minta jasa baik contct sy di 01111729121

Unknown berkata...

Saya pun cari rumah area Sungkai atau Trolak. Kalau ada tlg emel kpd saya