Isnin, 24 Jun 2013

Rahsia Awet Muda

Salam pembuka bicara...


Memperkenalkan revolusi terbaru dari Shaklee iaitu Vivix. Vivix adalah minuman campuran botani dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.




Apakah Polifenol?
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Siapakah yang memerlukan Vivix?
Orang dewasa yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi demi manfaat kesihatan.
Sebagai saranan jika mengambil Vivix, anda tidak perlu lagi mengambil suplemen yang lain. Itulah antara penyebab harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama.

# Perhatian: Ibu mengandung tidak disarankan mengambil Vivix



Cara penyimpanan

Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya daripada bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.



Sijil Halal
Bagi pengguna Islam, anda tidak perlu risau kerana Vivix juga telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Khasiat Vivix



  1. Memperbaiki sel
  2. Menghapuskan radikal bebas
  3. Memperbaiki DNA
  4. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhanlain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas ini juga boleh dijadikan masker pada wajah dengan cara menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.


4 cara tindakan Vivix.

1. Mempertahankan sel (cell defense)



2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)



3. Memperbaiki sel (cell repair)



4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)



Hubungi saya sekarang untuk pembelian dengan harga yang istimewa di
  1. emelkan kepada dhieranottie@gmail.com atau 
  2. PM Facebook Sihat bersama Dhiera: https://www.facebook.com/messages/SihatBersamaDhiera


Dhiera
Shaklee Independent Distributor
ID No: 890217

Rabu, 5 Jun 2013

Pengkalan Hulu: MRSM Pengkalan Hulu

Salam pembuka bicara...


Proses pendaftaran di MRSM Pengkalan Hulu, Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Pihak maktab ada sediakan banyak meja dan kerusi di sekeliling dewan untuk memudahkan pendaftaran.




Bila pusing-pusing maktab ni betul-betul mengingatkan saya dengan matrik perak saya. Oh, rindu ye. Ini pulak pemandangan sekitar dewan maktab.






Selepas mendaftar, kami terpaksa berjalan agak jauh jugak la nak ke asrama dia. Lagilah terasa jauh sebab kena berjalan kawasan berbukit tu. Kereta tak boleh bawa depan kawasan asrama. Mungkin atas sebab nak elakkan kesesakan dekat kawasan asrama kot.




Samapi asrama adik, saya dengan adik-adik yang lain teruslah mengemas bilik dia. Adik bongsu saya yang belajar dekat sini ke koperasi dengan mak dan ayah saya untuk menguruskan beberapa hal lagi. Saya dengan 2 orang adik saya lah menyapu, panjat memanjat dan kemas sana sini sampai siap sepenuhnya. Ye lah, adik bongsu saya ni tak pernah duduk asrama. Rasanya, dia agak blur juga lah nak mengemas loker dia. Lagipun, dekat rumah ada almari besar. Sini ruang almari agak limited kan.






Lepas habis mengemas, kami buatlah lawatan ke bilik air, toilet dan juga kawasan basuh pakaian. Ok lah.

Tempat basuh baju


Sinki


Bilik air dan tandas


Mungkin tempat ambil wuduk


Kat sini, ada juga disediakan bilik menggosok pakaian. Siap-siap ada iron sekali.




Tempat untuk sidai pakaian ada 2 jenis. Satu ampaian dalam dan satu lagi ampaian luar. Ampaian dalam sesuai lah untuk orang yang tak nak turun bawah sidai baju.






Oh, lupa. Di luar bilik ada jugak disediakan rak kasut bertutup.




Bagunan asrama dia macam tertutup la. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Tapi 4 blok disusun membentuk segi empat dan bahagian tengah-tengah ada tempat untuk rehat dan juga landskap la.






Ini adalah pelan bilik.




Kalau tak nak membasuh dan ada stok baju yang banyak, boleh lah hantar pakaian ke dobi ni. Tak silap seminggu sekali kot.




Dah habis pusing kawasan asrama, kita tengok pula kawasan sekolahnya. Ini adalah kelas adik saya.





Mungkin ini adalah dataran sekolah kot.




Dekat kawasan sekolah pun ada juga seat ini untuk duduk-duduk.




Akhir sekali, saya tunjuk pemandang terakhir kawasan ni.

Astana




Padang bola




Oh, rumah atas bukit




xoxo

Selasa, 4 Jun 2013

Pengkalan Hulu: Makan Malam dan Sarapan di Pengkalan Hulu

Salam pembuka bicara...


Makan malam kami masa di Pengkalan Hulu hanya di Restoran Terapung Pengkalan Hulu. Restoran ni terletak betul-betul depan Rumah Rehat Pengkalan Hulu.


Menu kami adalah:


1. Sate



2. Sayur kailan masak ikan masin



3. Tom yam ayam



4. Sotong goreng tepung



5. Telur bungkus



Masa kat sini juga, pertama kali saya tengok teratai mengembang. Tapi tak ada pula saya ambil gambar masa teratai ni tengah kuncup. Masa dia mengembang baru saya perasan. Cepat-cepatlah tangkap gambar.





Lepas makan, kami balik dan tidur sebab dah penat. Pagi-pagi besoknya kami mandi air yang sejuk gila. Adik saya mendaftar MRSM pagi. Sebelum ke MRSM tu, kami sarapan dulu dekat pekan Pengkalan Hulu. Makan roti canai, nasi lemak dan kuih-kuih je.



Kemudian, baru lah kami ke MRSM Pengkalan Hulu untuk daftar.




Review Pengkalan Hulu
- Minum Petang dan Jalan-Jalan Baling


xoxo

Isnin, 3 Jun 2013

Pengkalan Hulu: Minum petang dan pusing Baling

Salam pembuka bicara..


Lama ye tak update blog! Tsunami sibuk melanda saya. Ok, sambung cerita Pengkalan Hulu. Hari tu, saya ada cerita pasal rumah rehat dekat Pengkalan Hulu [tekan sini]. Sangat tak sangka ramai juga rakan blogger yang pernah ke Pengkalan Hulu ni. Kalau bukan sebab adik saya belajar dekat sana, saya memang la tak tahu tempat yang sangat aman ni wujud.


Inilah adik saya yang sekarang jadi warga Pengkalan Hulu untuk tempoh 2 tahun ni.




Minum petang kami sekeluarga di Pengkalan Hulu di kedai kecil yang sedap. Tepi jalan je kedai ni. Kedai Azmi Mee Rebus. (Suka hati je bagi nama). Mee rebus dia nyum nyum.








Ini lah mee rebus yang sedap sangat tu! Pernah mengidam mee ni. Jenuh suami bawak pusing cari mee rebus.




Adik saya kononnya tak ada selera. Dia makan rojak je la.




Lepas makan kami balik rumah rehat pulak untuk solat asar dulu sebelum ke Baling. Rupanya Baling tu dekat je la dengan Pengkalan Hulu. Aih.. dah macam kampung saya plak yang dekat dengan Tanjung Malim nak dibandingkan dengan Kuala Kubu Bharu. On the way balik tu, saja la gatal tangan ambil gambar signboard. Bukan dekat dengan Kedah je tapi sempadan Thailand.






Lepas solat, kami terus ke Baling dan lalu la sekolah adik saya ni.




Sampai dekat Baling, ayah parking betul depan Gunung Baling (mengikut foursquare la). Pekan dia depan gunung. Unik. Tak macam KL.




Dekat Baling, kami shopping barang keperluan adik yang kami fikir boleh beli dekat sini je. Macam air mineral, baldi, gayung, mangga untuk loker dan lain-lain. Owh, kami borong barang pakaian jugak sebab dekat sini murah-murah belaka. Best!




Sebab dah nak maghrib, kami pun balik sebelum gelap. Malam tu kami makan dekat restoran atas tasik plak.


xoxo