Proses pendaftaran di MRSM Pengkalan Hulu, Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Pihak maktab ada sediakan banyak meja dan kerusi di sekeliling dewan untuk memudahkan pendaftaran.
Bila pusing-pusing maktab ni betul-betul mengingatkan saya dengan matrik perak saya. Oh, rindu ye. Ini pulak pemandangan sekitar dewan maktab.
Selepas mendaftar, kami terpaksa berjalan agak jauh jugak la nak ke asrama dia. Lagilah terasa jauh sebab kena berjalan kawasan berbukit tu. Kereta tak boleh bawa depan kawasan asrama. Mungkin atas sebab nak elakkan kesesakan dekat kawasan asrama kot.
Samapi asrama adik, saya dengan adik-adik yang lain teruslah mengemas bilik dia. Adik bongsu saya yang belajar dekat sini ke koperasi dengan mak dan ayah saya untuk menguruskan beberapa hal lagi. Saya dengan 2 orang adik saya lah menyapu, panjat memanjat dan kemas sana sini sampai siap sepenuhnya. Ye lah, adik bongsu saya ni tak pernah duduk asrama. Rasanya, dia agak blur juga lah nak mengemas loker dia. Lagipun, dekat rumah ada almari besar. Sini ruang almari agak limited kan.
Lepas habis mengemas, kami buatlah lawatan ke bilik air, toilet dan juga kawasan basuh pakaian. Ok lah.
Tempat basuh baju
Sinki
Bilik air dan tandas
Mungkin tempat ambil wuduk
Kat sini, ada juga disediakan bilik menggosok pakaian. Siap-siap ada iron sekali.
Tempat untuk sidai pakaian ada 2 jenis. Satu ampaian dalam dan satu lagi ampaian luar. Ampaian dalam sesuai lah untuk orang yang tak nak turun bawah sidai baju.
Oh, lupa. Di luar bilik ada jugak disediakan rak kasut bertutup.
Bagunan asrama dia macam tertutup la. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Tapi 4 blok disusun membentuk segi empat dan bahagian tengah-tengah ada tempat untuk rehat dan juga landskap la.
Ini adalah pelan bilik.
Kalau tak nak membasuh dan ada stok baju yang banyak, boleh lah hantar pakaian ke dobi ni. Tak silap seminggu sekali kot.
Dah habis pusing kawasan asrama, kita tengok pula kawasan sekolahnya. Ini adalah kelas adik saya.
Mungkin ini adalah dataran sekolah kot.
Dekat kawasan sekolah pun ada juga seat ini untuk duduk-duduk.
Akhir sekali, saya tunjuk pemandang terakhir kawasan ni.
Astana
Padang bola
Oh, rumah atas bukit
xoxo
26 komen:
MRSM ni mesti baru bina rite? nmpk baru lg...
teringat kenangan mase anto adik awok ke MRSM Pengkalan Hulu dulu.... kighe adik awok tu batch ketiga le yang masuk ke MRSM Pengkalan Hulu tuuu...... tapi yang tak syok nye.... nak kesana tu jauh benoooo....... 3 jam daghi Ipoh..... apepun pade adik mike tu.... tahniahhh...gunekan peluang belajo yang ade ni sebaik2 nye.....
teringat kenangan mase anto adik awok ke MRSM Pengkalan Hulu dulu.... kighe adik awok tu batch ketiga le yang masuk ke MRSM Pengkalan Hulu tuuu...... tapi yang tak syok nye.... nak kesana tu jauh benoooo....... 3 jam daghi Ipoh..... apepun pade adik mike tu.... tahniahhh...gunekan peluang belajo yang ade ni sebaik2 nye.....
teringat pulak zaman zaman duduk asrama dulu..seronok dengan kawan kawan walaupun selalu nangis nak balik rumah.kihkihkih
Salam Dhiera..
Bertuah ade kakak yg rajin tolong kemas segala bagai..
hihi..
cantik la suasana dia.. kemas..
semoga adik belajar sampai ke menara gading ;)
wah nampak tempat ni macam ok je.. baru lagi ek..
sy suka perasaan anta adik blaja..sambil mengimbau kenangan..igt balik perjalanan mendaki kehidupan~ =)
meja study die kat asrama tu mcm best je... hihi
cantiknya viewnya...nielah impian semua murid..inginkan yang terbaik...
menarik view nya... anyway selamat maju jaya utk adik! :D
teringat dulu2 duk asrama.. excited memula.. makayah tolong kemaskan bilik..hehehe
adik perempuan kak lea dulu kat mrsm tgnu(lupa belah mana he3).adik lelaki sekarang ni kat mrsm skudai,jb baru jugak tempat tu.
all the best untuk adik tu,ye.wah suka tgk semua foto.rasa macam ada kat situ je he3..
Besar dan bersih..
Yg penting selesa.. :)
tgk gambar2 awak nie mmg teringat sungguh zaman2 remaja dulu..syoknya kan..bersama kawan2..huhu
Yg lelaki pon bilik ke?
miss mrsmph, i was form 3 when i left this place, that was 6 years ago, time flies..btw this is 1st batch mrsmph
saya pon dpt msuk mrsm ni jugakk..15 hb ni daftar diri..nk tnya bilik asrama tu kan dy mcm mne..dlm stu bilik ade berapa orang??
@Tanpa Nama
tahniah dapat masuk mrsm
untuk 1 dorm ada 2 cube. 1 cube ada 4 orang. jadi, total 1 dorm ada 8 orang.
Nak tanya mrsmph ni semua subjek diajar dalam english education ke??
Nak tanya mrsmph ni semua subjek diajar dalam english education ke??
Nak tanya mrsmph ni semua subjek diajar dalam bahasa Inggeris ke? Dia pentingkn x engilsh education? Tq.
@haziq azhar
ye betul. add math, math moden, bio, fizik, kimia dan english memg buku dlm english tp cikgu ajar dlm bahasa melayu. exam dwibahasa tapi kena jawab english.
@haziq azhar
tapi dwibahasa tu bergantung pada analisis batch masing2
Tapi kalau baru lagi..apa kes baju atas bumbung tu?
@Tanpa Nama
kena faham baru tu dalam usia kurang 5 tahun pada tarikh entri ini di post. bukan bermakna tidak pernah diduduki langsung.
pengalaman tinggal di asrama dulu, baju boleh terbang ke atas bumbung bila sewaktu hujan, ribut angin bertiup kuat dan baju yang tidak dipungut di ampaian berterbangan ke atas bumbung.
harap jelas ya
Anak saya dapat ke MRSM ini tapi dia tolak sbb dia lebih selesa dgn sekolah harian. Puas pujuk pun tak berkesan. Saya bersekolah di sekolah sains dan bila anak mendapat tempat di MRSM memang rasa gembira.
Catat Ulasan