Sambungan cerita honeymoon kedua kami. Destinasi seterusnya adalah Zoo Melaka sebab kita mesti lalu zoo ini sebelum sampai ke bandar.
Destinasi 2: Zoo Melaka
Masa dekat zoo ni, kami tak dapat apa-apa sticker atau tiket. Dorang mintak suami tunjukkan kad perlancongan dia dan koyakkan voucher yang kami terima. Masa dekat taman rama-rama, dorang ambil baucer kami. Bayaran masuk ke Zoo Melaka ni adalah seperti dibawah.
Dewasa: RM 10
Kamak-kanak: RM 4
Warga emas: RM 4
Rombongan sekolah tadika & rendah: RM 2
Rombongan sekolah menengah: RM 5
Masuk-masuk je akan jumpa ini. Kami lupa bawa tripod. Jadi, gambar sorang-sorang je la..
Lepas tu, terus jumpa burung ni. Anak panah itu menunjukkan nama burung tersebut. Yang burung kuning tu tak tahu lah nama dia apa. Lupa snap agaknya.
Lepas tu jumpa kawasan burung hantu. Yang atas tu tak tahu la nama betul dia. Tapi yang belah bawah tu adalah burung hantu mata merah. Nama dia pun seram, Hantu Carik Kafan
Memandangkan kaki saya dah sakit berjalan dalam taman rama-rama sebelum ni dan perut pun dah macam lapar. Kami memilih untuk naik tram je. Bayaran RM 4 seorang. Jadi, tak banyak lah gambar yang sempat ditangkap sebab tram ni kejap laju, kejap perlahan.
Kononnya nak tunggu pertunjukan singa laut dengan gajah jam 3 ke 4 petang tah tapi pentas persembahan yang terdekat dengan kami masa tu dalam proses ubahsuai. Jadinya, batalkan lah niat nak tengok. Bukan rezeki kami lah kiranya.
Kemudian teruslah mengisi perut yang dah lapar tu. Makan di restoran berdekatan hostel UTeM adik saya dan bekas hostel suami saya. Sebab dah macam lewat dan tak tahu nak makan apa, saya makan nasi ayam sahaja lah. Suami makan nasi campur. Restoran ni kami biasa datang makan kalau singgah Melaka sebab tuan punya kedai kenal suami dan adik saya. Masa kahwin dulu, ada jugak jemput dia ke majlis kami sebab makcik tu orang Sabak Bernam dan tahu kawasan rumah saya.
Lepas kenyang ke destinasi seterusnya lah kami. Tunggu entri selepas ini ye.
xoxo
8 komen:
-.- ko x ajk pn ak mkn skali -.-
Kalau tunggu pertunjukan lagilah lapat Dhiera, mujur tak jadi pergi so boleh makan sedap-sedap, lagi best org kenal mesti seronok..
Salam Dhiera..
cma x pernah sampai ke zoo melaka ni..
nama burung tu agak scary.. tpi burung hantu tu comel betul la.. hihih.. :)
Zoo adalah tempat pelancongan yang paling sy nk pegi. tp usahkan Zoo Melaka, Zoo Negara pun takpnah jejak kan kaki lagi. huuuu.
serius lama sungguh tak g zoo negara.. insyaallah la nak ajak family g sini nant pas bersalin..hehe
dah lama tak p zoo...=D
best kan gi zoo..best tgk haiwan2 kt sana.. :)
hahaha...dulu masa lepas kawin CiM tinggal kat melaka, agak sthn gak laa. boleh dikatakan every weeen akan masuk zoo berjogging smpikan haiwan2 kat dlm tu dh mcm kenal dgn kami. hihihi.... bila dh tak larat lari, tumpang keretapi.
Catat Ulasan