Selasa, 30 April 2013

Melaka: Muzium Samudera

Salam pembuka bicara...


Taman Rama-Rama | Zoo Melaka.


Owh, masa dekat Zoo Melaka, ada penjawat majlis perbandaran jual kupon untuk sehari RM 5. Jadi, seluruh melaka la kami guna kupon parking tu. Balik dari zoo, kami terus ke bandar. Parking kereta depan Menara Taming Sari. Tapi tak naik lagi taming sari ni sebab suami kata cantik naik waktu malam tapi dapat tengok lampu-lampu la malam. Dari taming sari, kami berjalan ke Muzium Samudera.



Destinasi 3: Muzium Samudera

Bayaran masuk muzium adalah seperti dibawah. Tapi bayaran itu bukan untuk replika kapal ini sahaja tahu. Kaunter tiket memang dekat replika kapal ni la. Tiket untuk muzium samudera termasuk:

1. Replika Kapal
2. Muzium Samudera Fasa II. Sebelah kapal ni je.
3. Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia. Betul-betul depan Muzium Samudera Fasa II
3 in 1 ye. Untung la tu.


Dewasa: RM 6
Kanak-kanak: RM 2
Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma
Siap ada 50% diskaun kalau untuk MyKad. Moh la kita.


Saya dan suami masuk percuma juga sebab ada voucher tadi dan kena tunjuk kad perlancongan. Dorang tak bagi tiket pun pada kami. Masa nak masuk 2 muzium yang lain tu, kena tunjuk kad perlancongan je.


Replika Kapal Muzium Samudera.



Dalam kapal ni ada macam-macam cerita sejarah malah bilik tawanan pun ada. Cuma dorang tak pasang pulak lampu jadi gelap la. Bahagian bawah kapal ni ada 3 tingkat. Bahagian atas ada 1 tingkat belah kiri dan kanan. Tapi yang atas sekali belah kiri tak boleh masuk. Meh tengok antara yang ada.


Bahagian atas tingkat 1. Dalam ni bilik kecil je. Tak muat kalau masuk ramai-ramai. Pameran yang ada pun tak banyak.



Lepas tu, turun lah belah bawah. Ini kawasan pintu masuk dia.



Dalam ni banyak cerita pasal melaka, senjata, meriam pakai isi batu, mata wang, kapal-kapal, rempah ratus dan macam-macam. Bagus la bawa budak yang minat sejarah dan kajian tempatan ke tempat ni. Dulu pernah datang sini dengan family, masa tu darjah 5, excited tahu baca semua yang ada dalam kapal ni. Masa tu adik-adik semua belum sekolah lagi tahu nak main lari-lari je la dalam ni.




Pusing-pusing dalam ni, suami pun beli lah replika kapal kecik dalam kedai souvenir dalam kapal ni. Kami lepak-lepak ambil angin dekat kawasan kapal ni. Betul-betul sebelah Sungai Melaka. Belah kanan ada Muzium Kastam tapi tak pergi pun sebab tak dapat baucer. Dasar. Huahuahua. Terus kami ke muzium samudera sebelah.



Muzium Samudera Fasa II.

Dalam muzium ni macam banyak pasal angkasa lepas, ada perahu-perahu yang guna untuk ke laut dan  sungai, alat-alat pemadam kebakaran, buku-buku dan poster-poster je.




Kat sini jugak lah kami beli keychain yang ada batu serpihan meteor. Berat meteor tak sama dengan besi dari bumi walaupun saiz dia hampir sama. Saya sendiri rasa dengan tangan sendiri. Besi bumi saya boleh angkat tapi besi meteor yang sama saiz besar ye, oh, tak terdaya saya nak angkat sebab ingatkan ringan ye sama. Yang suami tengah pegang tu meteor la.



Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia.

Baru daku tahu yang TLDM pun ada helikopter. Lepas tu, kena gelak dengan suami sebab suami kata "semua ada la sayang. bomba pun ada helikopter". Ok. Mana la saya tahu.


Dalam ni banyak pakaian-pakaian TLDM dan pingat-pingat. Dekat luar pula ada macam kereta kebal dan kapal Sri Terengganu. Tapi kapal tu dah macam tak dijaga dah.




Lepas penat pusing-pusing Muzium Samudera ni, kami pun berangkat lah mencari hotel. Cari hotel bajet dekat bandar adalah bukan bajet seperti yang dijangkakan. Kami sengaja cari hotel dekat bandar sebab malam tu ada plan lagi dekat kawasan sekitar bandar dan hari minggu dekat bandar kan ada uptown! Boleh lah shopping! Cari punya cari sampai rasa dah malas nak jalan. Dapat la satu hotel yang dikatakan bajet. Bajet hanyalah pada kemudahannya tidak pada harganya. Hotel ni pun betul-betul dalam kawasan uptown. Apa lagi kan, shopping! Tak silap nama dia Comfortable Inn Hotel. Boleh la nak buat tidur 1 malam.



Dalam hotel ni, betul-betul ada katil saiz queen, TV, cermin yang dah retak dan hot shower. Toilet dekat luar. Dah penat nak jalan cari hotel depan Taming Sari, belasah je la hotel ni. Atas TV tu gambar kami di Muzium Samudera.


Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak kan lah semua nak taruk dalam ni kan. Slow la pulak atau nanti macam 'eh, macam la ko sorang je pernah pergi". Tidak-tidak. Ini hanya perkongsian buat yang tak pernah pergi je la.


xoxo

Isnin, 29 April 2013

Melaka: Zoo Melaka

Salam pembuka bicara..


Sambungan cerita honeymoon kedua kami. Destinasi seterusnya adalah Zoo Melaka sebab kita mesti lalu zoo ini sebelum sampai ke bandar.



Destinasi 2: Zoo Melaka

Masa dekat zoo ni, kami tak dapat apa-apa sticker atau tiket. Dorang mintak suami tunjukkan kad perlancongan dia dan koyakkan voucher yang kami terima. Masa dekat taman rama-rama, dorang ambil baucer kami. Bayaran masuk ke Zoo Melaka ni adalah seperti dibawah.


Dewasa: RM 10
Kamak-kanak: RM 4
Warga emas: RM 4
Rombongan sekolah tadika & rendah: RM 2
Rombongan sekolah menengah: RM 5


Masuk-masuk je akan jumpa ini. Kami lupa bawa tripod. Jadi, gambar sorang-sorang je la..



Lepas tu, terus jumpa burung ni. Anak panah itu menunjukkan nama burung tersebut. Yang burung kuning tu tak tahu lah nama dia apa. Lupa snap agaknya.



Lepas tu jumpa kawasan burung hantu. Yang atas tu tak tahu la nama betul dia. Tapi yang belah bawah tu adalah burung hantu mata merah. Nama dia pun seram, Hantu Carik Kafan



Memandangkan kaki saya dah sakit berjalan dalam taman rama-rama sebelum ni dan perut pun dah macam lapar. Kami memilih untuk naik tram je. Bayaran RM 4 seorang. Jadi, tak banyak lah gambar yang sempat ditangkap sebab tram ni kejap laju, kejap perlahan.




Kononnya nak tunggu pertunjukan singa laut dengan gajah jam 3 ke 4 petang tah tapi pentas persembahan yang terdekat dengan kami masa tu dalam proses ubahsuai. Jadinya, batalkan lah niat nak tengok. Bukan rezeki kami lah kiranya.


Kemudian teruslah mengisi perut yang dah lapar tu. Makan di restoran berdekatan hostel UTeM adik saya dan bekas hostel suami saya. Sebab dah macam lewat dan tak tahu nak makan apa, saya makan nasi ayam sahaja lah. Suami makan nasi campur. Restoran ni kami biasa datang makan kalau singgah Melaka sebab tuan punya kedai kenal suami dan adik saya. Masa kahwin dulu, ada jugak jemput dia ke majlis kami sebab makcik tu orang Sabak Bernam dan tahu kawasan rumah saya.


Lepas kenyang ke destinasi seterusnya lah kami. Tunggu entri selepas ini ye.


xoxo

Ahad, 28 April 2013

Melaka: Taman Rama-Rama

Salam pembuka bicara..


Kawan rapat saya sejak sekolah cakap, "dira dengan zul tiga bulan sekali mesti nak pergi honeymoon"


Dan.. ya! Kami memang suka honeymoon. Err.. siapa tak suka honeymoon kan? Ini cerita lama. Bulan Januari hari tu punya cerita. Masa tu, kami baru 4 bulan kahwin. Mula-mula, plan nak ke negara jiran tapi bertembung dengan majlis kahwin kawan dekat Batu Pahat. Lepas fikir-fikir, ber'honeymoon' dekat belah selatan je. Ok Ok. Kami pergi Melaka. Bukan pergi melawat adik atau paksu tapi semata-mata berjalan-jalan dan kebetulan kami dapat voucher free! Hoyeah! Semua tempat yang kami pergi ni adalah percuma.


Curi gambar saya di instagram.



Ini adalah salah satu tempat yang kami pergi menggunakan voucher!



Perjalanan bermula hari Sabtu pagi. Tak ingat gerak dari rumah pukul berapa tapi kami sampai ke destinasi pertama dalam jam 1 petang. Tak makan tengah hari pun sebab saya dah masak dan bekalkan lasagna siap-siap pagi tu.


Destinasi 1: Taman rama-rama



Kenapa pergi Taman rama-rama dulu? Sebab taman ni dekat dengan tol Ayer Keroh. Keluar-keluar je terus jumpa. Jadi, singgah la sini dulu. Bayaran masuk taman rama-rama melaka ni adalah seperti di bawah.



Dewasa: RM 8
Kanak-kanak: RM 5
Caj kamera: RM 3 (ala.. simpan kamera dalam beg siapa nak perasan. saya yang snap dekat depan kaunter pun tak kena bayar)


Tapi kan, kami laki bini tak payah le bayar sebab ada baucer kan. Jadi, kami dapat sticker F untuk lekat dekat baju. F untuk free. Suka macam kanak-kanak riang.



Kebanyakan spesis dekat sini sama je sebab balik-balik tengok corak rama-rama yang sama. Tapi taman rama-rama kat sini dah macam zoo sebab macam-macam ada!



Best berada di kelilingi rama-rama tapi tak best bila nak jalan sebab takut terpijak rama-rama yang hinggap kat lantai. Jadi, jalan pandang bawah dan berhati-hati.







Dalam taman rama-rama ada gua serangga. Tapi tak tahu la kenapa kura-kura ni tersesat dekat kawasan serangga.



Lepas tu ke Taman ikan koi pulak. Masih lagi dalam taman rama-rama ni. Dalam taman ni cantik jugak la. Ada air terjun kecik tu. Rasa tenang je.




Jalan-jalan lagi jumpa burung unta. Dia ni macam garang la jugak.



Lepas tu, jumpa pulak kura-kura/ penyu lagi. Masa ni masing-masing tengah tidur. Semua menyorok dalam rumput coklat tu. (Apa ntah nama dia)



Lepas tu, ada kawasan ular dan buaya. Tapi gambar ular tak ada kat sini sebab rasa macam geli je tengok binatang tu. Gambar-gambar tu semua simpan dalam laptop hubby sebab dia yang beria nak snap gambar seekor seekor. Macam-macam jugak spesis buaya yang ada dalam taman ni. Antara nama yang sempat di ambil.




Gambar buaya ada watermark blog saya tu ada 2 ekor sebenarnya. Mereka sedang berasmara tettt... Seronok mereka ke hulur ke hilir dalam kolam tu. Ada banyak lagi binatang lain.






Inilah antara binatang yang ada dalam taman rama-rama ni. Macam zoo kecil kan sebab pelbagai spesis ada dalam ni. Sempat la singgah dalam kedai souvenir dia beli firdge magnet. Baru kini saya ada kegilaan pada fridge magnet. Better late then never. Hohoho.


xoxo

Rabu, 17 April 2013

Saya dan shaklee

Salam pembuka bicara..


Saya tak sampai setahun berkenalan dengan Shaklee. Saya kenal pun selepas kahwin. Lebih tepat, selepas join group "PIICM" dalam facebook. Masa tu, bukan main ramai lagi orang dok promote Shaklee ni. Dan tiba-tiba, sorang kawan saya pun promote Shaklee sebab dia dah jadi independent distributor shaklee.


Mula-mula saya fikir shaklee ni mahal. Walaupun berfikiran macam tu, survey-survey jugak lah pasal shaklee tidak dilepaskan. Makin lama, makin banyak yang saya baca. Maka, makin timbul kepercayaan pada shaklee dan mula berfikir yang sebenarnya shaklee ni tak adalah mahal pun kalau kira ikut pengambilan dalam sehari.


Kenapa saya cakap shaklee ni tak mahal? 
Untuk keterangan lanjut nanti saya cerita. Tapi untuk dipendekkan cerita, 1 botol vitamin dari shaklee tu boleh tahan lama dan bukan sebulan.
Contoh, ESP. 



-> 1 bekas tu saya guna 3 bulan dan masa tu saya beli RM150. Kira perbelanjaan saya untuk sebulan adalah RM50 dan saya boleh guna untuk tempoh 3 bulan. Kira murah lah tu.
-> Sebab kalau beli anmum, 1 kotak kecil tu dah dalam RM30. Kalau baca pada keseluruhan kotak tu, mesti jumpa yang dia ada sebut buang selepas 2 minggu dibuka. Kira penggunaan anmum untuk sebulan adalah dalam RM60.
-> Nampak tak yang ESP ni lagi murah dari anmum?


Bila saya mula guna shaklee? 
Saya mula order shaklee setelah hampir 2 bulan mengandung. Tak silap masa tu dalam bulan Oktober. Itupun selepas saya minum susu anmum dan saya mengalami cirit-birit dan kembung perut. Sakit woo perut masuk angin. Jadi, saya adalah tukar-tukar susu dan akhirnya beli ESP shaklee sebab dia daripada soya. ESP ni produk pertama shaklee yang saya cuba.


Saya order dengan kawan saya. Kononnya nak COD la sebab boleh lepak-lepak sama-sama. Jadi, ambil lambat. Tapi masa kandungan 11 minggu saya mengalami keguguran. Ya, saya belum pernah cerita dalam blog ni lagi. Nanti ada masa, saya akan cerita. Masa dalam pantang, saya dah start ambil ESP ni. Alhamdulillah, Allah itu Maha Besar dan saya mengandung semula sebulan selepas keguguran. Dan kebaikan ESP ni ada banyak. Nanti saya akan cerita kan. Kita berusaha dan bertawakal.




Saya juga ambil osteomatrik sebagai salah satu sumber kalsium saya. Sebab saya ada cuba macam-macam produk kalsium, kebanyakannya saya susah nak telan. Saya kena minum segelas air baru dapat telan sebiji pil kalsium untuk jenama lain dan masih rasa sakit belakang dan pinggang sampai nangis-nangis. Tapi dengan osteomatrik, Alhamdulillah senang je nak telan dalam suku gelas air, saya dah dapat telan dan sakit belakang dan pinggang sangat jarang datang. Yang paling best, senang sangat nak membuang. Harus diingatkan, kalau kita ambil apa-apa supplement, kita kena banyak minum air.


Shaklee sesuai untuk siapa?
Untuk semua. Produk dia ada dari kanak-kanak sampai orang tua pun ada produk dia.


Kenapa saya pilih shaklee sedangkan banyak produk di pasaran?
1. Sebab dia murah lah. Macam yang saya cakap kat atas tadi.

2. Dia dari sumber semulajadi.
-> Kalau dari sumber semulajadi, apa faedah kita dapat? Pertama sekali, vitamin ni senang dihadam dan diserap dalam tubuh kita. Kedua, kurang dapat masalah kesihatan lain.
-> Nak dibandingkan dengan sintetik atau buatan kimia dalam makmal yang dibuat untuk hampir sama fungsi dengan semulajadi, dia lambat diserap dan boleh akibatkan masalah lain kalau dia tak dihadam sepenuhnya. Misalnya, batu karang. Mendapan kalsium yang tidak dihadam dalam badan boleh menyebabkan pembentukan kristal maka terjadilah batu karang. Dan juga mengakibatkan buah pinggang kita bekerja lebih sebab dia bukan sumber semulajadi. Kalau dah sintetik, harganya confirm lah murah sebab pemprosesannya pun dalam makmal je. Tak payah nak keluar cari bahan semulajadi. Betul tak?

3. Well-established.
Shaklee ni dah lama dalam pasaran. Shaklee juga adalah perintis makanan tambahan sejak tahun 1956.

4. Terbukti berkesan dari penggunaan saya sendiri dan ramai lagi orang lain. Sepanjang berpantang, saya ambil ESP shaklee dan berat saya turun 2 kg sebab saya kurang rasa lapar. Sesuai untuk orang yang nak berdiet.


Macam tu lah saya kenal shaklee serba ringkas. Insyaallah saya akan kongsikan mengenai shaklee ni dengan semua. Kesihatan itu penting untuk dijaga. Vitamin dari shaklee ni cuma makanan tambahan yang senang untuk dimakan sebab macam mana kita nak tahu yang makanan dan lauk-lauk yang kita ambil tu cukup zat nya?


Dhiera
Shaklee Independent Distributor [ID No: 890217]
013-3866930 | dhieranottie@gmail.com

Selasa, 16 April 2013

Shopping time!

Salam pembuka bicara...


Sepanjang saya menyepi dulu, saya ada belikan kasut badminton baru untuk suami. Dia asyik mengadu kasut badminton dia rosak dan pernah satu hari tu, suami guna gam uhu untuk lekat kan tapak kasut badminton dia. Kesian tengok suami, jadi hadiahkan lah dia sepasang kasut



Hari tu jugak, suami bawa saya pergi sony centre.



Dan dia hadiahkan saya walkman baru. Khas untuk bagi baby dengar ayat al-quran, zikir dan selawat. Mp3 player ni saya pasangkan pada pillow speaker saya.



Dapat CD lagu percuma dari Sony Centre.



Kebesokan harinya, saya reward diri sendiri dengan kasut dari Scholl. Sangat selesa pakai kasut ni. Tak menyesal beli dan berbaloi lah faedah yang dapat nak dibandingkan dengan harga dia.



Minggu selepas nya, saya adalah keluar dengan kawan-kawan uni. Sebenarnya, kami ke majlis perkahwinan kawan uni dulu. Pertama kali keluar tanpa suami dan perasaannya sangat lah tidak best. Balik dari kenduri, kawan-kawan saya ni teringin lah nak cuba cendol durian borhan yang hot meletup tu. Melepak lah di sini dulu.



Bersambung.. (sabar je lah)


xoxo