Akhirnya kita sampai ke penghujung Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang merasa indahnya Ramadhan kali ini dan Insyaallah bertemu di Ramadhan akan datang. Semoga dipanjangkan umur.
Macam chipsmore dalam berblog. Malas. Penat. Letih. Semua ada. Tugasan kerja yang cukup mencabar minda dan menguji kesabaran. Diikuti tugasan persiapan perkahwinan yang pelbagai untuk dilakukan.
Dengan rendah dirinya, saya ingin memohon maaf jika ada entri-entri saya dan komen-komen saya yang menyinggung perasaan. Mohon maaf sebab tak berkesempatan untuk blogwalking ke blog korang semua. Semoga raya kali ini memberi seribu erti yang penuh bermakna buat kita semua. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini akan diterima Allah SWT. Berhati-hati di jalan raya. Saya akan pulang ke kampung besok selepas habis kerja. Doakan perjalanan saya selamat sampai.
Alang-alang update blog ni. Saya nak menjemput semua rakan-rakan blogger dan pembaca ke Majlis Perkahwinan saya dengan tunang saya.
Tarikh: 25 Ogos 2012 @ 7 Syawal 1433
Tempat: Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu
Doakan perjalanan majlis saya berjalan lancar dan semoga hubungan kami berdua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Semoga bertemu dengan status saya yang baru. wink wink! (macam tahu-tahu je tak update blog nanti)
xoxo
9 komen:
tahniah skali lagi, pas raya bz nk persedian kawin kan..
nureen pon ada majlis jgk 1/9 ni adik nureen kawin jemput2 trun kedah :)
slamat hari raya
maaf zahir & batin
semoga majlis berjalan lancar...
Slmt hr rya...mhn ampun dan maaf andai ada salah nk slap...
Selmt pngantin baru....moga berbahagia ke akhir hayat...
salam aidilfitri dan selamat pengantin baru..maaf x dapat pergi..jauh.. =)
salam aidil fitri buat dhiera & family..insyaallah mama akan hadir dimajlis dhiera nanti..
sayang tahniah sangat2.
sorry tak dapat datang :(
kawan saya kawen kat johor sabtu tu pon tak dapat datang. huk huk.
malam tu ade kenduri doa selamat so busy sikit siang tu.
lagi pon tak balik kl lagi time tu.
sorry sangat2 tau.
ade rezeki jumpa lain kali ye.
mase dah ade baby ke. hehehhe
selamat pengantin baru !
dah selamat kamu jadi isteri orang ye..
lama betul tak ke sini..tup2..dah kahwin..huhu..
Selamat Hari Raya & Selamat Pengantin Baru... (^_^)
nanti upload gambar kawin banyak2 tau.. :)
tahniah2..
selamat hari raye..;)
Selamat Pengantin Baru!
Catat Ulasan