Khamis, 10 Jun 2010

revolusi dan evolusi

salam pembuka bicara...

NN sangat terasa segala transformasi yang berlaku sekarang ni..yang pasti, NN dah tidak lagi memegang title 'student' atau lebih tepat 'mahasiswi'..alhamdulillah telah berjaya menamatkan penat jerih dalam dunia pendidikan yang banyak memberi pengalaman dalam membentuk jati diri dan juga memantapkan emosi menghadapi tekanan.

hidup sebagai pelajar tahun akhir banyak memberi dugaan yang hampir membuatkan NN berasa putus asa. yang paling membahagiakan adalah usaha dalam menyiapkan projek tahun akhir berhasil dengan cemerlangnya. hampir tak dapat nak mempercayai tapi itulah hakikat yang harus diterima dengan rasa penuh kesyukuran. terima kasih sangat kepada semua pensyarah yang banyak membantu selama 4 tahun di UPM. dan tak lupa juga kepada supervisor dan co-supervisor projek yang selalu memberi komen, idea dan bantuan walaupun kadang-kadang NN mengeluh 'dr. ni suh wat camni tapi dr. ni plak betul kan camni' ataupun 'minggu lepas suruh wat cam ni, minggu ni tukar balik yang asal'..jahat sungguh. tapi itu lah keluhan yang sering dilontarkan kepada rakan-rakan seperjuangan. tapi mereka pun mempunyai perasaan yang sama seperti NN. hahaha..korang pun sama jahat gan aku la..
yang paling, NN banyak mengomel bila dapat final draft daripada second reader. banyak betul NN kena betulkan tapi masih ada lagi yang NN tak betulkan.ngeh~jangan marah yer dr...

apa pun itulah cabaran yang sangat banyak memberi tekanan kepada emosi dan fizikal NN. jadi final year student asyik demam je..tak pe, masih lagi berasa berbaloi sebab kedua-dua semestar terakhir ini, NN masih lagi dapat dekan (3.75 dan ke atas).

buat my supervisor, pn.nawalyah yang masih lagi dalam proses kemoterapi. semoga cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa..

Isnin, 7 Jun 2010

tahniah

salam pembuka bicara...

Tahniah utk che ani yang melangsung perkahwinan semalam..memang cun abes la..
che ani bersama her hubby

pict kami beramai-ramai bersama pengantin

tahniah utk tutie yang bertunang dengan buah atinya..sape ea??zul kn?
and tahniah jugak untuk tini yang bertunang semalam..dengan orang melaka jugak tu~


Tahniah buat alang yang dapat menerima kenyataan dan sanggup belajar di matrikulasi dengan hati terbuka..
do the best,dear~
maybe dis week or next week ktorang turun kedah k!ko bole paw mak ayah je taw..haha
buat alang yang tak suka bergambar..hahaha~(confirm ak kena bunuh pasni)

tahniah untuk kawan-kawan yang akan kahwin minggu depan and seterusnya..

Sabtu, 5 Jun 2010

matrikulasi

Salam pembuka bicara..
NN ada seorang adik yang sekarang ni belajar kat matrikulasi.
Sebenarnya, sangat kesian kat dia sebab dia bersungguh nak keluar matrikulasi. Tapi kami tetap encourage dia teruskan matrikulasi sebab menderita kat situ bukannya lama mana pun.
Lagipun, dia selalu kata nak keluar kalau dapat u untuk second intake tapi dia tak dapat pun..matrik je yang dia ada.nak tak nak dia kena teruskan kat.
NN tahu dia nak keluar pun sebab dia frust dapat sains fizikal. Dia rasa dia tak boleh bawa sains fizikal. Sekarang ni, setiap mak gan ayah akan call dia tanya keadaan dia, cam mana dengan study dia, nak kirim pape tak and so on..dalam hati jeles jugak sebab dulu kita tak ada cam tu pun..huhu. tapi NN faham tu semua untuk buat dia rasa selesa tinggal kat sana.
NN bersama rakan-rakan tutorial di KMPK
Tetbe teringat pada zaman belajar kat matrikulasi dulu. NN pun ada jugak terfikir nak keluar sebab mula-mula tu susah juga nak biasakan diri.
Tapi NN bernasib baik sebab mana pun NN pergi mesti ada member sama. Tak kesah la kat matrikulasi ke kat UPM ni..huhu..so, NN tak ada la rasa keseorangan. Bila NN tak tahu, kitorang akan discuss benda tu. Dua kali NN pernah rasa nak keluar. Yang kali kedua tu, sebab result cgpa UPS teruk gila. Rasanya dalam kelas waktu tu NN antara yang the worst sekali. Well, frust bercinta..siapa suruh bercinta kan, padahal bukan tak tahu yang cikgu-cikgu kat sekolah dulu, senior-senior boleh kata semua orang la cakap cinta zaman sekolah tu cinta monyet. Kan dah jadi monyet.. apa yang perlu dibuat, kuatkan semangat dan muhasabah diri semula.. one more, prevent la semua tu dari berlaku lagi..lalalalala. terima kasih untuk kawan yang sentiasa member support secara langsung dan juga tak langsung. Thanx to en. semut yang tiap malam call pasal tu and Merol yang selalu hiburkan hati dengan MMS comel-comel…Akhirnya, NN berjaya mengharungi kehidupan di matrikulasi dengan jayanya.
Alhamdulillah, setelah 20 tahun mengharungi dunia pendidikan semenjak berumur 4tahun, NN akhirnya berjaya menghabiskan suka duka dunia pendidikan ini dengan segulung ijazah mungkin..hahaha

Jumaat, 4 Jun 2010

Ayahku heroku

Salam pembuka bicara..

Rasanya dah lame sangat NN tak buka blog ni..dah cam messy je rasa..lagipun, blog lame tu dah tak nak pakai dah..ngeh~jahat..

NN sangat berbangga ada seorang ayah yang sangat best even kadang-kadang rasa ayah ni garang sangat, tengok muka dia pun ada yang takut kot..Sebenarnya,ayah NN ni sangat supportive orangnya..selalu bagi dorongan dan semangat untuk anak-anak dia dalam macam-macam hal. Tapi rasanya kebanyakan mak bapak camtu, kan?!

NN bersama ayah, adik dan emak

NN teringat suatu kejadian beberapa bulan yang lepas. Masa tu NN on the way balik dari Program Juara Rakyat. Terjadi lah suatu kejadian dimana sebuah motosikal nak memotong sebuah lori. Kejadian tu dari arah bertentangan kami. Nak dipendekkan cite handle motor tu tersangkut pada jaring kat lori tu. So, motor ni jadi unstabil lah kan sebab kelajuan lori tu lagi laju dari dia..akhirnya, motor tu terlepas dan menghala kee arah kami. Nasib ayah sempat mengelak tapi motor tu tetap terlanggar rim tayar belakang kereta ayah sampai rim tu tercabut..

Ayah pun terus berhenti kat tepi jalan tapi motor tu dah terseret jauh dah. dan pembonceng dia pun dah meninggal kat tempat kejadian jugak. yang NN masih tertanya-tanya lagi ni, siapa yang langgar mamat tu???soalan tu tetap tak berjawab sampai sekarang. yang pasti, sudah ajal dia..

Ayah NN ni anggota RELA. so, waktu kejadian tu ayah dah tolong memperlahankan kereta yang kebanyakan memang laju kat area jalan tu sementara tunggu pihak yang sepatotnya..

Tapi yang NN marah sangat ni, kitorang try cal 999 tak berangkat..tu kan talian emergency..geram!!!
Tapi nasib baik ada salah seorang yang tolong sama tu ada simpan no hospital berdekatan.
Al-fatihah untuk pembonceng motor tu..

Eh, dah merapu jaoh tah pape tah. ok ya..