Khamis, 10 Jun 2010

revolusi dan evolusi

salam pembuka bicara...

NN sangat terasa segala transformasi yang berlaku sekarang ni..yang pasti, NN dah tidak lagi memegang title 'student' atau lebih tepat 'mahasiswi'..alhamdulillah telah berjaya menamatkan penat jerih dalam dunia pendidikan yang banyak memberi pengalaman dalam membentuk jati diri dan juga memantapkan emosi menghadapi tekanan.

hidup sebagai pelajar tahun akhir banyak memberi dugaan yang hampir membuatkan NN berasa putus asa. yang paling membahagiakan adalah usaha dalam menyiapkan projek tahun akhir berhasil dengan cemerlangnya. hampir tak dapat nak mempercayai tapi itulah hakikat yang harus diterima dengan rasa penuh kesyukuran. terima kasih sangat kepada semua pensyarah yang banyak membantu selama 4 tahun di UPM. dan tak lupa juga kepada supervisor dan co-supervisor projek yang selalu memberi komen, idea dan bantuan walaupun kadang-kadang NN mengeluh 'dr. ni suh wat camni tapi dr. ni plak betul kan camni' ataupun 'minggu lepas suruh wat cam ni, minggu ni tukar balik yang asal'..jahat sungguh. tapi itu lah keluhan yang sering dilontarkan kepada rakan-rakan seperjuangan. tapi mereka pun mempunyai perasaan yang sama seperti NN. hahaha..korang pun sama jahat gan aku la..
yang paling, NN banyak mengomel bila dapat final draft daripada second reader. banyak betul NN kena betulkan tapi masih ada lagi yang NN tak betulkan.ngeh~jangan marah yer dr...

apa pun itulah cabaran yang sangat banyak memberi tekanan kepada emosi dan fizikal NN. jadi final year student asyik demam je..tak pe, masih lagi berasa berbaloi sebab kedua-dua semestar terakhir ini, NN masih lagi dapat dekan (3.75 dan ke atas).

buat my supervisor, pn.nawalyah yang masih lagi dalam proses kemoterapi. semoga cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa..

1 komen:

nabilah berkata...

buang gabo ak la bijak!!!!!!!!!!!!!