Selasa, 31 Januari 2012

Ikan terubuk suka tak?

Salam pembuka bicara..


Semalam mak saya masak ikan terubuk masak asam pedas.


sumber: ciliberapi


Tak tahu kenapa tiba-tiba, saya rasa macam ala.. ikan terubuk ke. Padahal, saya la penggemar ikan terubuk ni. Ikan dia rasa manis-manis kan. Sape tak suka. Yang tak best ye, ikan ni banyak tulang.


Tapi saya makan jugak sebab fikir nanti terliur pula kang besok lusa. Tiba-tiba, setelah sekian lama tak alami situasi ini, akhirnya saya hadapi semalam.
sumber: 101petua


Saya tercekik tulang daaaa.. Padahal dah perhati betul-betul xda tulang dekat daging. Mungkin tulang tu ada pada kuah asam pedas kot.


Terus sakit kepala, gigi dengan tekak. Ada kaitan ke? Google-google doa. Ini dia.


sumber : sini


Semoga bermanfaat pada kita semua.


xoxo

Isnin, 30 Januari 2012

Bicara hati

Salam pembuka bicara...


Saya tahu semalam mesti ramai-ramai tengok Anugerah Juara Lagu kan? Pagi ni semua pakat cerita pasal Anugerah Juara Lagu jugak. Tapi kan, saya tak tahu kenapa saya tak minat nak tengok AJL ni. Makanya, saya tak tengok lah AJL malam tadi. Dengar je dari dalam bilik.


Hari tu, baca dekat beberapa blog pasal Gemersik Rindu dengan Bicara Hati. Dua-dua cerita adaptasi dari novel. Gemersik Rindu saya tak pernah baca novel dia. Drama dia pun tak tengok sangat. Tapi Bicara Hati adalah novel kedua yang pernah saya baca. Yang pertama, Lagenda Budak Setan. Baca novel Bicara Hati sampai nanges-nanges. Bukan saya yang over ye. Mula-mula, masa form 3 ke form 4 baca novel member lepas tu terbeli untuk simpanan sendiri pulak. Dok ulang-ulang banyak kali novel Bicara Hati.




Jumaat lepas, pergi kedai buku nak beli-beli buku buat bacaan. Sekali tu ternampak novel "Bicara Hati". Dorang ulang cetak balik kot novel ni, untuk edisi ke berapa tak tahu lah saya. Untung la penulis novel ni. Cetakan lama, muka buku nya gambar atas. Cetakan baru, muka bukunya gambar wanita bertudung pula. hehe


Semalam menggatal bukak youtube, terkhatam lah episod bicara hati yang ada dalam youtube tu. hehe. Mula-mula rasa tah hapehape je, slow sangat jalan ceritanya. Lama-lama tu ok je layan. hehe. Siapa kat sini ada tengok drama Bicara Hati ni? Nak tanya dah episod berapa ea? Asal dekat youtube ada 4 episod je? Cerita ni tayang hari apa ea? hehe


Alang-alang ni, nak mintak jasa baik rakan-rakan untuk tolong vote entri saya yang ini. [klik sini] Kalau suka, tolong lah vote. Jangan lupa tinggalkan link blog juga ye. Yang sudah vote, ribuan terima kasih diucapkan. Saya masuk contest cinta kami. Maklumat lanjut, klik sini. Besok tarikh tutup dia. Nak jimat punya pasal sebab tu nak mintak jasa baik korang tolong vote entri saya yang ini. Klik sini Hanya komen "VOTE" dan tinggalkan link. Terima kasih semua.


xoxo