Sabtu, 10 Mac 2012

Pening dengan kerenah celcom.. aih

Salam pembuka bicara...


Saya teramat rindu pada korang semua. Layan lah entri simple saya di pagi sabtu. Sebenarnya, ini entri autopublish. Saya taip malam sambil kesat hidung yang meleleh hingus gara-gara kangan dengan korang. Sebenarnya, tengah demam selesema ditambah lagi dengan sakit tekak.



Hari tu kan saya ada cakap nak aktifkan balik broadband. [klik sini] Saya call la celcom sebab broadband yang lama tu saya ada bayar lebih dalam RM35 gitu. Saya cakap nak aktif kan balik broadband lama. Tanya lah cara-cara nak aktif kan balik. Dia kata sebab saya baru matikan dalam 2 bulan lebih gitu jadi dia akan caj RM10 untuk penyambungan semula sebelum 30 March ini. Dan RM35 yang terlebih tu, dorang akan tolak dari bil seterusnya nanti.


Tapi masalah nya sekarang saya kena fax kan surat penyambungan semula broadband kepada celcom. Itu masalah kecil je. Masalah besar adalah saya tak tahu nak tulis surat tu macam mana. Pening sudah~ Asal taip je padam, asal taip je padam. Masa nak matikan broadband haritu, customer servis yang baik hati yang tolong buat kan surat bagi pihak saya. Kali ni, customer servis yang sikit malas suruh saya buat sendiri pula. erm...




Nak tulis apa ni dalam surat tu? Adoyai, macam nak karang surat cinta la pulak kan? eh, yeke?


Sekarang ni ambil simkad dalam tablet tunang dan masukan dalam modem broadband celcom yang lama. Macam nak beli simkad SKMM. Ada sesiapa jual tak?


Walaupun, pening dengan kerenah celcom. Saya tetap berpuas hati dengan celcom. Cayalah!


xoxo

Isnin, 5 Mac 2012

setelah lama menghilang..

saalam pembuka bicara..


dah lama tak update. ada tak yang rindu pada saya? pang.


sekarang ni dalam proses menyesuaikan diri. kerja sekarang macam agak fun. ala-ala buat final project gitu. sekarang, dalam proaes belajar handle all customer complaint. jumaat ritu dapat complain dari customer di jepun. orang jepun ni sangat details. pening..


buat masa sekarang, saya tak access dengan internet. update kali ni pun guna tablet encik tunang. kawan-kawan pun text banyak kali suruh saya buka facebook dengan blog dan gmail jugak.


banyak yang saya nak kongsi. tunggu lepas broadband di aktifkan semula.


jumpa lagi kawan-kawan. bai..


xoxo