Jumaat, 8 November 2019

Cerita Rojak Campur

Hai korang!

Ya ampun. Teruk sungguh prestasi blog tahun 2019 ni.

Hari ni, tiba-tiba rasa nak menyengah dekat sini. 53 komen awaiting to respond. Teruk benor la gamak nya.

PC ofis hantar format dekat dekat kedai dengan tambah SSD sekali. So, hari ni sistur krik krik tak tahu nak buat apa. Ikutkan ada je kerja kena buat ni tapi nyawanya tak da buat masa ni. Terbukak lah blog yang dah lama sepi.

Aku dok layan instagram je sekarang ni.

Isnin hari tu, aku baru je balik dari jalan-jalan Jeju dan Busan bawak suami dan anak-anak. Ada 2 member gak ikut sekali. Ikutkan banyak gila trip travel kitorang yang terlepas untuk update dalam ni. Aku suka sebenarnya blog ni sebab bila orang tanya aku pasal Krabi, blog ni gak la aku korek gambar dan cerita dia. Hahaha. Rasanya last story mori travel pasal Krabi la kot ea. 7 tahun yang lepas.

Korang doakan semoga aku rajin taip dekat sini.

Memandangkan aku tak da benda nak buat buat masa ni. Aku share pasal trip Hatyai la. Edit sikit-sikit dari post aku dekat instagram tahun lepas. Hatyai tu trip tahun lepas uols. Masa anak kedua aku, si Dian Zahraa' umur 6 bulan.

Budak-budak ni asal umur 6 bulan je aku bawak travel.

Dzikri Zhareef
- Umur 6 bulan, aku bawak pergi Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah
- Umur 1 tahun, aku bawak pergi Seoul, Korea Selatan
- Umur 1 tahun 6 bulan, sepatutnya kitorang ke Perth, Australia tapi mak mertua aku tak sihat, so, kitorang cancel trip dan jalan-jalan Kuantan je 5 hari. Pantai hoping
- Umur 1 tahun 11 bulan (ni pasal kalau tunggu dia genap 2 tahun, tiket flight dah mahal), aku bawak pergi Bandung, Indonesia

Masa trip Bandung tu aku dah pregnant Dian Zahraa' 2 bulan macam tu. Lepas tu, aku berehat la dari travel yang makan masa lama dan panjang.

Dian Zahraa' lahir je aku sambung balik. Guna konsep 6 bulan jugak.
- Umur 6 bulan, aku bawak pergi Hatyai, Thailand
- Umur 1 tahun, aku bawak pergi Kuching, Sarawak
- Umur 1 tahun 7 bulan, aku bawak pergi Jeju dan Busan

So, next trip, aku tengah on planning lagi. Kemanakah kitaaaa

xoxo
Dhiera Zainudin

Khamis, 13 Jun 2019

Aidilfitri 1440H

Assalamualaikum korang!


Setahun dah tak bukak blog ni sampai log in, log in je Blogger tanya blogger ID. Lol. Sadis sekali!
Setelah lama menyepi, kini daku kembali. Dah beranak, anak pun dah setahun!


Masih mood raya kan? Oleh itu, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin.


Lama menyepi kan, nak tengok tak gambar terbaru saya dan keluarga?


Taraa...




Sebenarnya, mood nak blogging tu ada tapi malas nak buka laptop dan menulis. Selalu terfikir ada tak cara yang kita cakap, dia terus tuliskan. Nampak tak kritikal malas dia nak buat perkara semudah - buka laptop, duduk dan menulis.


Well, saya aktif di Instagram: https://www.instagram.com/dhiera_zainudin/


Ada tak antara korang yang update blog pakai apps dalam handphone masing-masing? Boleh review sikit.

xoxo
dhiera