Jumaat, 26 Januari 2018

Rumah: Perlukah Emergency Exit di Rumah?

Salam pembuka bicara


Sangat sibuk minggu ni.


Masa yang ada kejap ni kita share benda ringkas je berkaitan rumah.


Sure ramai yang excited bila dapat kunci rumah, nak masuk rumah baru. Tapi sila take note hal yang satu ini.




Dalam keadaan kecemasan kebakaran ke apa, perkara macam ni penting sekali. Pastikan grill tingkap rumah korang ada emergency exit. Kita mohon jauhkan segala perkara yang tidak elok tetapi perancangan kebarangkalian itu perlu ada.




Untuk keselamatan, grill ini perlu dikunci dan pastikan kunci diletakkan berhampiran dengan tingkap supaya mudah untuk capaian. Tak payah satukan dengan gugusan kunci rumah yang lain sebab dalam keadaan emergency gugusan kunci itu sangat menyusahkan.


Harap kawan-kawan pertimbangkan untuk mempunyai emergency exit ini dimana-mana bahagian ruang di rumah.


xoxo
dhiera

Selasa, 16 Januari 2018

Pengalaman Guna Essential Oil (EO) dan Produk EO untuk Anak

Salam pembuka bicara..


Mungkin ramai dah tahu tentang kebaikan essential oil (EO). Tah-tah ada kot antara kawan-kawan yang jual EO ni. As for me, EO ni macam works jugak la especially untuk dzikri, si budak yang susah makan ubat tu. In case, kalau dia demam dan tak sihat memang saya sapu anything yang bersumberkan EO, alhamdulillah tak lama lepas tu sihat dah dia.


Saya bukan lah penjual EO tapi saya pengguna EO pelbagai jenama. Yang mana serasi dan murah dan jimat tu, itulah yang saya beli. Hahaha. Jenama EO ni ada banyakkk. Yang paling famous amos tu Young Living la kan. Tapi saya guna juga jenama yang lain seperti Doterra.


Bonus baru ni pulun beli blend EO preparation untuk beranak dan tambah anak


Lepas tu kan banyak jugak balm atau produk-produk yang berasaskan EO jugak kan. So far, biasa saya guna jenama Scent Sync dan Mama Homemade. Ada juga orang perseorangan yang saya order blend EO. Blend EO ni maksud nya adalah EO yang telah didilute. Pada saya, beli blend EO lagi jimat dari EO sebotol terus.


Yang ni borong balm Mama Homemade. Share share 1 ofis.


Anak bujang memang jarang sangat lah tak sihat. Alhamdulillah. Kalau dia demam pun tak sampai, 24jam dia kebah dah. Bab ni saya memang lega juga. Mudah menjaganya. Kali ni, saya share dulu setakat pengalaman ciput guna EO dan seangkatan dengan untuk anak dulu ye.



Demam

Kalau dzikri demam, saya sapukan EO Lemon dekat dia tapi dilute dengan virgin coconut oil (VCO). Kadang-kadang, saya layerkan jugak dengan EO Peppermint. Dekat rumah tu, saya memang ada EO basic ni iaitu Lemon, Peppermint dan Lavender. Lepas tu, kalau demam dari siang, saya akan mandikan dia dengan titisan EO Lemon ni. Lemon ni macam agen penyejuk membantu menurunkan suhu badan anak yang panas. Peppermint pun memainkan peranan yang sama. Nak cakap lelebih, saya tak mahir la pula.


Selesema, Batuk dan Berkahak


Kalau dzikri selesema, batuk dan berkahak pulak, saya lebih sukakan guna Mama homemade Garlic Balm. Dia ada banyak variasi bergantung pada umur anak. Kandungannya sama cuma kepekatan bahan tu berbeza. Pernah juga guna EO R.C dari Young Living dan Scent Sync Cough and Cold Care (CCC) Balm. Tapi nampaknya dzikri lebih serasi dengan Garlic Balm dari Mama Homemade. Cuma dekat rumah pengasuh saya bekalkan jugak Scent Sync CCC. Pengasuh pun suka pakai balm CCC ni sebab katanya hingus cepat kering. 


Susah nak Tidur/ Penenang
Budak-budak ni kadang-kadang ada masa susah betul nak tidur lebih-lebih lagi kalau balik rumah nenek atuk dia. Mak dia memang lebur dulu la. Harapkan makcik-makcik dzikri yang balik sekali tu melayan dzikri main sampai tengah pagi. Kadang-kadang atuk nenek dzikri pun jadi burung hantu sama. Melayan cucu punya pasal. 
Dulu, saya ada pakai balm Easy Sleep dari Mama Homemade tapi efek dia lambat jugak lah. Sekarang, saya lebih suka sapukan Baby Lotion dari Scent Sync. Cepat gak la dia efek mengantuk dan tenang dia tu. Ikutkan ramuan EO dalam Easy Sleep Balm lagi banyak dari Baby Lotion tapi tak pasti lah kenapa efek lambat sangat. Hahaha. Pakai lotion ni sebenarnya mendatangkan masalah jugak dekat saya sebab dengan saya sekali nak tidur.
Saya pernah cuba diffuse lavender dulu tapi saya pulak yang kurang suka bau lavender ni. Lepas tu, tak da dah diffuse lavender dah. 


Melembabkan Kulit Anak


Tujuan asal beli Baby lotion dari Scent Sync tu adalah sebab kulit dzikri ni nampak macam kering sikit. So, beli ni untuk buat sapuan yang melembabkan kulit dia. Tapi rupanya dia memberi kesan penenang jugak. Mungkin dalam dia ada lavender sekali kot. Lavender memang bagus untuk kulit. Frankincense yang ada dalam lotion ni pulak merupakan King of Oil dalam dunia EO ni. Mahal gila kot kalau nak beli sebotol. Tapi memang dalam list nak beli.


Benjol dan Melecur
Budak lasak kan kalau lompat sana, lompat sini, main sana sini, kadang-kadang dapat lah dia satu dua benjol dekat kepala la memana. Sebagai ibu yang sangat protective, dengan segera ibu sapu EO Frankincense dekat tempat berbenjol atau bengkak tersebut. Frank ni pada saya macam EO yang tak panas sangat, kadang-kadang tu saya sapu neat je, kadang-kadang saya sapu dilute. EO Frank ni saya ada tak banyak dalam 1ml je. Dapat free gift dari seller Doterra dulu. Sepatutnya kita guna dengan cermat la sebab tak banyak kan.
Boleh dikatakan EO Frank antara EO favourite saya. Saya pernah bengkak di gusi sebab cabut gigi bongsu. Saya sapu EO Frank ni dekat pipi dan leher saya. Layer dengan EO lavender. Dalam gusi tu, saya sapu EO Thieve. EO Thieve ni dapat free gift dari Young Living dalam sample pack dorang tu. 
Satu lagi yang saya suka EO Frank ni adalah kalau terkena minyak panas ke air panas ke cepat-cepat lah sapu EO Frank. Kesan melecur langsung tak keluar. Saya dah 2-3 kali jugak dah terkena minyak panas. Ada sekali kena teruk sangat kena minyak panas. Sapu EO Frank, kesan hitam langsung tak da. Kulit gelembung lagi lah tak da.
Sebab tu EO Frank ni antara list EO saya nak beli.


Ubat gigi
Untuk dzikri, dari start saya pakai ubat gigi untuk dia, saya memang guna KidScents Toothpaste. Dari packaging lama Kidscents berperisa Thieve sampai lah ke packaging baru berperisa Oren saya memang pakai hat ni je untuk ubat gigi anak.


Trial Set Baby Balm 


Ni satu lagi yang saya pernah beli. Tapi saya tak pakai dekat Dzikri la. Saya beli buat hadiah untuk anak buah baru saya. Sekarang, mak pak anak buah saya ni (adik dan adik ipar saya) adalah antara pengguna tegar balm keluaran Scent Sync. Even nurse yang datang melawat masa adik ipar saya berpantang pun terkejut sebab Tummy Tamer (salah satu balm dalam set ni) sangat membantu mengurangkan masalah kembung anak buah saya.

Baru ni adik saya repeat balm 2 ni

Rasanya dah banyak kali dah adik saya ni repeat order balm ni padahal anak baru 3 bulan. Tapi yang dia repeat order tu bukanlah trial set. Dia repeat mana-mana balm yang serasi dengan anak dia la, sesuai dengan penggunaan dorang.


Ini lah sedikit sharing pasal EO dan seangkatan dengan nya yang saya pakai untuk anak. Kot ada mak-mak yang nak cuba boleh lah cuba contact seller ni:-


Seller EO Doterra
Instagram ID: stealing.sunshine
Nombor telefon: 019-2284725 (Eqin)


Seller EO Young Living
Yang ni saya beli dari ramai orang sebab orang-orang yang saya beli basically adalah kawan-kawan saya dan bukan semua antara mereka yang memang jual produk ni. Ada tu jadi ahli semata-mata sebab dorang guna produk ni. 

Yanie


Seller Mama Homemade
Izza (seorang blogger jugak [link])
Nombor telefon: 019-6683098


Seller Scent Sync
Tqah (blogger dan founder By Tqah Nasir)
Nombor telefon: 019-6348003


Kalau ada yang berkenan nak pakai mana-mana produk atas ni, boleh la cuba contact seller-seller ni. Cakap je dhiera yang bagitahu. Tapi tak janji la dapat diskaun. Hahahaha


xoxo
dhiera

Isnin, 15 Januari 2018

A Weekend Well Spent with Family

Salam pembuka bicara


Pada suatu hari, pada hari minggu, si ibu perlu bertugas sempena 1 karnival yang dijalankan oleh pihak jabatan. Memandangkan karnival berlangsung pada hari minggu yang sepatutnya bersama keluarga, si ibu membawa seluruh isi rumah bersama-sama bekerja pada minggu itu.


Si anak semangat nak sertai pertandingan mewarna walaupun memegang pensel pun kurang cekap lagi. Pensil warna nya dipinjam dari seorang kakak yang baik hati. Sebenarnya si anak tidak layak nak sertai pertandingan ini kerana belum cukup umur tapi si ibu dan si abi layan je la kerenah anak.




Balik dari karnival, si anak melantak cornflakes bersama kismis yang si ibu bekalkan siap-siap dari rumah dalam kereta. Sebelum itu, si anak telah makan hampir 2 bungkus nasi tomato. Sarapan tadi telah menjamah sekeping roti canai. Selera sungguh anak ini di hujung minggu tersebut.




Sampai tertidur si anak di dalam kereta.




Petang itu, si ibu dan si abi membawa anak menjelajah taman permainan di taman permainan baru di taman bersebelahan dengan taman mereka. Di sini lah si anak men'channel'kan segala tenaga yang masih berbaki.









Di sebelah malam sesi solat bersama-sama.




Dan sesi makan malam di luar bersama-sama.




Begitulah kisah hujung minggu yang dihabiskan bersama keluarga.


Terima kasih untuk semua doa-doa yang saya terima dari entri ini [klik sini]. Semoga makbul doa-doa kalian. Amin. Jumaat lepas berkesempatan juga saya melawat staf tersebut. Nampaknya beliau sangat gembira dengan kehadiran saya dan rakan-rakan yang lain. Telatahnya masih sama walaupun berperang dengan masalah kesihatan.


Tapi di hujung pertemuan, berdrama air mata la juga kami. Manakan tidak sedih melihat keadaan beliau. Walaupun beliau sedang sakit berperang dengan masalah kesihatan, beliau masih boleh bergurau dan semangat nya sangat kuat. Semoga ada keajaiban daripada Allah dalam ujian yang beliau lalui.


xoxo
dhiera

Jumaat, 12 Januari 2018

Gloomy as the weather

Salam pembuka bicara..


Dalam minggu ni boleh kata setiap hari hujan je. Pergi kerja pun berkabus saja. Semalam hujan dari pukul 10pagi sampai ke malam.


Mood hari ni pun macam gloomy sangat.


Pagi-pagi dapat perkhabaran keadaan salah seorang staf dalam keadaan kritikal. Saya memang sedia maklum yang beliau hidap kanser tahap 4. Baru je detect dalam tahun ni, beberapa bulan yang lepas. Semalam doktor dah panggil suaminya bagitahu keadaan dia semakin kritikal dan pesan mintak kawan-kawannya datang melawat. Sebak rasanya.


Rehat ni kalau ada kesempatan nak melawat dia.


Lepas tu, belek pulak gambar anak tengah tidur. Masa ni dia terlelap lepas main. Terlelap depan pintu.




Bila mengenangkan tak lama lagi jadi abang, sebak pulak ibu rasa.
Dia bukan penghuni rahim saya yang pertama tapi penghuni rahim yang kelima.
Walaupun begitu, dia lah anak pertama.
Dia yang banyak mengajar saya. Banyak sangat saya belajar dengan dia.
Belajar macam mana menjadi seorang ibu.
Belajar macam mana nak menyusu.
Belajar macam mana nak tukar pampers dan lampin.
Belajar bagaimana menjadi seorang yang penyabar.




Terlalu banyak anak ini mengajar saya. Dzikri tetap baby dalam hati ibu.


Semoga lahirnya adik Dzikri nanti, Dzikri akan menjadi abang yang terbaik. Rasa macam kecik je lagi 2tahun 4bulan baru. Beberapa minggu je lagi akan jadi abang.


Aduhhh.. emosi sangat hari ni. Mood nak buat kerja pun terbang serata alam. Fokus dhiera, fokus!


xoxo
dhiera

Khamis, 11 Januari 2018

Cempedak Goreng Yang Menjadi Idaman Kalbu

Salam pembuka bicara..


Taraaa... Nampak permulaan 2018 ni masih ada mood untuk update blog ni. Hahaha


Hari ni buat kerja luar. Balik awal, lunch awal. Boleh la hadap ni.


Tiba-tiba teringat pada CEMPEDAK GORENG!




Masa awal pregnant hari tu, ni la makanan yang sangat menjadi idaman. Masa tu belum lagi musim cempedak. Suami tanya nak makan apa, saya jawab nak makan cempedak goreng. Pusing 1 Bidor cari cempedak goreng, mana nak jumpa sebab bukan musim.


Last-last, suami tanya 1 kedai buah ni. Kedai ni memang kitorang selalu beli buah dekat situ. Kebetulan ada! Ya Allah, rezeki sangat tapi bukanlah buah fresh yang kita beli timbang tu. Dia kata cempedak tu ada lebih hari tu, dia dah kopek dan simpan dalam peti beku. Memang rezeki sangat sebab owner tu bagi je buah tu. Tak payah bayar katanya. 1 plastik pulak tu. Dia siap tanya, bini mengandung ke? Hahaha.




Makanya, beberapa hari berturut minum petang cempedak goreng je. Siap sarapan cempedak goreng. Maafkan ibu, dzikri 😂😂


Akibat asyik makan cempedak → 1 badan masuk angin. Pakej perut kembung. Amekaw. Mujur ada peppermint EO tapi guna secara berhati-hati jugak sebab masih menyusukan dzikri. Lepas insaf, terus beli EO spearmint buat stand by kalau badan masuk angin lagi, boleh la guna tanpa memikirkan supply susu nanti.


Itulah orang kata, makan tu beringat sikit. Makan secara bersederhana bukan berlebihan.


xoxo
dhiera

Khamis, 4 Januari 2018

Menu Sarapan Super Pantas: Spagetti Aglio Olio

Salam pembuka bicara..


Sebenarnya nak update pasal Dzikri's first flight trip masa umur dia 6 bulan dulu. Ya Allah, sudah hampir 2 tahun berlalu topik itu.


Tapi sebab dah pukul 12pm dah. Perut pun mula buat pelbagai bunyi. Baby dalam perut pun rasanya sedang menari-nari barangkali memahami yang ibunya sudah kelaparan. Buka pula album dalam handphone sekali ternampak banyaknyaaaa gambar makanan. Nampak tak betapa over nya seorang mak yang sedang kelaparan?


Maka, terupdate lah makanan ini yang merupakan sarapan pagi kami anak beranak. Ibu tapau untuk segala isi keluarga sekali. Untuk Dzikri, sarapan pagi masih saya sediakan. Cuma makan tengah hari je, pengasuh sediakan. Semenjak dah bagi Dzikri makan gula dan garam, saya tak sediakan bekal untuk tengah hari dah.


Ni antara makanan kesukaan Dzikri. Dia segala jenis pasta memang dia suka. Ditambah pula dengan kehadiran sotong dan udang lagi lah, meronta-ronta dia nak makan.


Jadilah, SPAGETTI AGLIO OLIO buat menu sarapan kami.




Percaya tak jika saya katakan pagi tadi masak ni 10-15 minit je. Nak masuk kerja kan? Semua kena segera. Lagi takut kalau tetiba anak bujang tu bangun nak breastfeed. Ya! Dzikri masih menyusu badan lagi walaupun ibu nya sudah sarat. Ibu dan anak tak mampu lagi nak wean off.


Untuk menu ni,
Bawang putih saya tumbuk sesiap dan simpan dalam bekas kecil letak dalam peti sejuk. Kenapa tumbuk? Sebab malas nak cincang. Hahaha
Sayur yang saya guna: Brokoli dan carrot saya dah potong sesiap sebelum tidur. Stim dalam 10-15 minit. Sebab apa stim? Sebab stim masih menyimpan kandungan nutrien yang ada pada sayur ni. Dah stim, simpan dalam bekas dalam peti sejuk
Sotong dan udang dah siap potong dan bersihkan malam tadi. Kemudian, simpan.
Spagetti pun dah siap rebus malam tadi dan simpan dalam peti sejuk. Kalau tak nak spagetti ni melekat-lekat bila sejuk, masa rebus tadi letak sikit minyak.
Capsicum pun potong sesiap dan simpan dalam peti sejuk. 

Makanya, bila hakak bangun pagi tadi dan mulakan operasi bertukang di dapur, hakak keluarkan segala bahan-bahan nak masak spagetti ni.

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih sampai wangi.
  3. Masukkan brokoli dan carrot yang dah stim malam tadi.
  4. Masuk sotong dan udang. 2 jenis seafood ni tak payah masak lama sangat. Udang dah mula kemerah-merahan pun dah ok dah.
  5. Spagetti yang direbus malam tadi saya gaulkan dengan garam sikit. 
  6. Kemudian, masuk spagetti ni dalam kuali. Garam tu pastikan secukup rasa la. Kang spagetti korang masin sangat. Kalau ikut cerita chef-chef, dorang rebus sekali spagetti tu dengan garam.

Dannnn....siap! Terus bahagi-bahagi dalam bekal masing-masing. Memang buat tak pedas sebab sekali untuk Dzikri tapi lepas dah masuk dalam bekas makanan tu, saya taburkan hot chili untuk saya dan suami. Hot chili ni ala-ala chili flakes tapi lagi halus.



Buah pun antara yang wajib dibekalkan sekali.
Untuk Dzikri, ibu bekalkan sebiji epal tak potong la.
Untuk ibu dan abi, jambu batu je la.


Dalam beg bekal bukan itu je.
Ada letak 2 kotak mini Dutch Lady full cream milk untuk dzikri. Dzikri memang tak minum susu formula sebab ibu bekal susu ibu perahan sampai dia 2 tahun, jadi dia agak memilih sikit bab susu. Since dah tak pam, ibu bagi susu full cream sahaja.
Untuk abi, susu kotak Omega Plus dan 1.5 liter air masak. Baik untuk jantung gitu.
Untuk ibu, 1.5 liter air masak je la. Hahahaha. Cannot go la susu susu ni.


Itulah dia sarapan super pantas untuk ibu bekerja. Spagetti Aglio Olio super pantas! Korang sarapan apa pagi tadi?


xoxo
dhiera

Selasa, 2 Januari 2018

Menuju ke 2018 dengan penuh harapan

Salam pembuka bicara


Selamat Tahun Baru Dunia!


Pergi dah 2017 dengan penuh kenangan
Datangnya 2018 dengan penuh harapan


Planner 2017 boleh tutup buku.
Kita gunakan planner 2018 sepenuhnya.




Kalau dekat instagram tu, banyak lah update #bestnine memasing di penghujung 2017.
Di awal 2018 ni masing-masing pakat update anak masuk sekolah.


Dekat blog kita ni, kita share BEST NINE 2017 la ye.




Inilah BEST NINE saya yang mana dikongsikan dalam IG saya. Overall banyak tentang keluarga sendiri.


Tapi yang paling top sebab dianugerahkan Tokoh Penyusuan Susu Ibu Eksklusif 6 Bulan. Hari yang sama, saya kongsikan jugak secebis pengalaman yang ada sepanjang menyusukan anak sepanjang 2 tahun memberi susu badan sepenuhnya. Banyak sangat cabaran dalam menyusukan anak. Alhamdulillah diberikan rezeki untuk tetap bekalkan susu badan untuk anak sepanjang saya bekerja. Pengasuh sangat berkerjasama dalam journey ni. Sekarang, saya dah tak pam untuk anak dah. Tapi masih lagi direct feeding bila di rumah.


Keduanya, small gathering masa open house kawan seuniversiti dulu. Nampak dedaun dekat belakang gambar tu? Ohhh.. terus teringat Korea di kala autumn. Gitu.. over dia.


Ketiga dan kelima, gambar dzikri tak nak layan ibu selfie.
Ke3/ Sebenarnya dia merajuk sebab ibu balik keje lambat. Dekat jam 9 malam baru, ibu habis kerja.
ke5/ Baju raya kedua sedondon gitu anak beranak.


Ke4/ Throwback gambar nikah sebab anniversary kelima Ogos lalu


Ke6/ Surprise dari Encik Suami. Delivered terus ke tempat saya memberi ceramah. 😂


Ke7/ Nutritionist Simposium. Dapat gathered bersama kawan-kawan seuniversiti yang kini menjadi rakan sejawat. Terselit juga hal kerja dalam hidup ini


Ke8/ Gambar photoshoot raya kami. Tahun ni, InshaAllah bakal bertambah umat lagi dalam gambar raya kami


Ke9/ Yang terakhir sekali, sejenis gambar yang belum move on dari anniversary. Kita gabungkan gambar dari zaman bertunang aka pre-wedding, nikah, honeymoon ke Krabi dan akhir sekali penambahan umat dalam keluarga kecil kami.


Itulah serba sedikit BEST NINE 2017 saya.


Nak tengok BEST NINE 2016? Kan tak share tahun lepas 😇😇




Best nine 2016 malas nak cerita sebab dah lapuk dek zaman. Kekekeke. Tapi kenangan 2016 masih segar dalam ingatan. Oh, rindunya Korea! Eh eh eh


xoxo
dhiera