Kawan-kawan yang selalu datang blog ni masa zaman keaktifan saya berblog mesti dah sinonim dengan nama dhieranottie. Aha.. sama macam url blog ni. Kali ni, saya dah jumpa dah apa nama yang sesuai untuk branding blog ini iaitu nama saya sendiri: dhiera zainudin. Zainudin tu nama ayah saya lah.
Sejak menjak dah kahwin ni, saya lagi suka berkepit dengan suami dari menulis dalam blog. Itu lah macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada saya dalam blog ni. Lepas tu, saya ada kegilaan baru iaitu bisnes. Sebenarnya dari belajar lagi dah niat nak bisnes je. Pengalaman saya bisnes pun banyak lah jugak dari zaman kanak-kanak.
Saja lah nak share yang saya dah daftar perniagaan saya. Saya daftar 29 Mei 2013 hari tu. Dah lama dah. Saya mula nak berbisnes ni masa hujung bulan April 2013. Sebab nak pastikan saya memberi komitmen dalam berniaga saya daftarlah sebulan lepas tu. Semalam baru saya buat akaun semasa khas untuk bisnes ni. Bangga dengan diri sendiri. Wow.
Apa yang saya niaga kan ni? Ada lah beberapa jenis perniagaan. Semuanya didaftarkan di bawah Zdhiera Enterprise. Setakat ni saya ada 4 laman.
Fokus utama saya adalah dalam membantu ibu-ibu dan bakal ibu dalam mendapatkan keperluan untuk si ibu dan juga si anak atau bayi, keperluan menyusu atau berpantang dengan mudah, pantas dan harga yang berpatutan dengan hanya klik di hujung jari. Semuanya di Diraz Mom Store. Sekarang ni, saya dalam proses untuk buat e-commerce website yang mana setiap pembelian boleh dibeli secara online. Lebih mudah lagi, boleh guna paypal uolls. Doakan website saya cepat siap ye. Lepas ni, saya boleh lah ambil agen dropship. Share manfaat dengan orang lain pada saya lebih baik dari saya sendiri sahaja.
Saya ada satu lagi perniagaan yang suami saya uruskan secara keseluruhan tapi didaftarkan dalam 1 nama syarikat yang sama iaitu Delicious House. Masa raya hari tu, produk paling hot adalah kek lapis sarawak. Sekarang pun boleh buat pre-order kek lapis sarawak tapi the best best produk adalah Boboi Extra Moist Chocolate Cake. Serius! Siapa yang dah rasa mesti puas hati sebab sangatlah sedap!! Kitorang pun dah mula bekalkan kek coklat saiz mini yang sesuai dijadikan sebagai cenderahati kepada tetamu. Baru-baru ini untuk majlis kenduri doa selamat.
Di samping itu, saya tak nak lah sia-sia kan ilmu pemakanan yang saya ada. Jadi, saya cuba untuk bantu ramai orang yang ada masalah pengurusan berat badan, kolesterol, kesuburan dan juga penyusuan. Khidmat nasihat saya adalah percuma di Jom Sihat.
Ingat tak lepas kahwin hari tu saya ada buat khidmat sewa barangan perkahwinan. Ingat tak saya DIY hampir semua item untuk majlis perkahwinan saya. Dari saya simpan baik saya sewakan pada bakal pengantin yang memerlukan khidmat barang sewaan saya. Semua dengan harga berpatutan hanya di Dhiera Wedding Rental.
Kemudian, baru saya sedar best ye bisnes!! Best ye tolong orang yang perlukan bantuan saya dalam setiap hal dalam ni. Semua ni buat saya sangat berbesar hati nak tolong anda, anda, anda yang ada masalah macam atas ni.
Korang boleh PM saya untuk setiap page dekat atas ni atau text / whatsapp saya di 013-3866930.
#DhieraZainudin #JomSihat #dirazmomstore
Gitu, hashtag terus. Kihkih
xoxo