Rabu, 17 Julai 2013

Menderma di hujung jari

Salam pembuka bicara...


Saya ada berjanji dalam entri ini [link] untuk kongsikan macam mana saya menderma pada mereka yang memerlukan menggunakan hujung jari sahaja.


Dulu kan, saya selalu derma pada orang-orang yang pegang tabung kat tepi-tepi jalan atau tabung dekat restoran atau supermarket gitu. Niat dah betul dah. Tapi kadang-kadang tak jumpa orang-orang ni. Dalam masa yang sama, selalu la nampak kat TV yang dorang ni kutip derma untuk menipu lah apa la. Tapi kita mestilah bersangka baik pada orang kan? Kemudian, saya macam tersedar yang mungkin Allah sengaja tak nak temukan saya pada orang-orang ni kot. Mungkin Allah nak saya cari cara lain yang lebih mudah untuk menderma. Yang kurang rasa ditipu atau mungkin supaya syer-syer saham saya dapat diberi pada orang yang sepatutnya dan berpanjangan dalam darah mereka. Sekurang-kurangnya ada kan daripada tak ada langsung.


Suatu hari, Allah gerak kan hati saya untuk google macam mana nak menderma dengan mudah dengan duduk di kerusi pejabat sahaja. Mula-mula, google. Saya susah nya nak cari. (Tips: Jangan merungut kerana merungut boleh bocorkan kolam jiwa. Masa ni tak tahu lagi. Tak pa. hehe) Lepas tu, bukalah website Lembaga Zakat. Ingatkan boleh lah nak menderma dekat golongan asnaf ke kan. Tapi masa tu website lembaga zakat dah tutup pendaftaran baru sebab nak kemaskini data yang sedia ada. Frust lagi. Dan terfikir, "eh, dekat Klang Sentral ada Pusat Zakat". Konon-konon nak pergi sana lah. Cakap dengan suami, suami macam buat tak reti je. Tiap kali pun, lalu je. Touching la juga. Yela, kerja kan mana ada masa nak singgah-singgah.


Google lagi dan lagi. Sampai akhirnya, saya dapat tahu nak menderma melalui CIMB Clicks sahaja. Orang kata nak buat benda baik memang selalu kena ujikan, yang penting tak putus asa.


Meh saya share macam mana nak menderma melalui CIMB Clicks.

1. Log in.

2. Pergi pada tab PAY

3. Pilih BILLS

4. Pilih akaun dekat FROM

5. Pilih OPEN BILLER --> pilih ZAKAT/ CHARITIES

6. Kemudian SELECT A BILLER --> saya selalu pilih Islamic Relief Malaysia



7. Keluar Kotak macam bawah ni. --> Masuk semua detail yang diperlukan --> untuk appeal categories saya selalu pilih Palestine Emergency Appeal  --> Jangan lupa masukkan amount



8. Kemudian, keluar kotak bawah ni



9. Tick pada kotak kecil dan proceede

10. Kemudian, request TAC. --> key in TAC --> DONE


Senang je kan? Hujung jari je.


Ada banyak badan kebajikan yang boleh kita pilih, pilih je mana-mana yang berkenaan.


xoxo

13 komen:

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

Salam Dhiera..

Alhamdulillah..cabang baru tuk berzakat..tenkiu for sharing.. :)

dear anies berkata...

bagusnya... tp cm ne kita nk pastikan bahawa derma tu benar2 smpi kepada penerimanya?

Fahmi berkata...

kalau cari mesti jumpa punya

Pondok Usang berkata...

Amalan Sodoqah amalan yang indah.. =)

mummyrinazone beauty berkata...

WAHHH tq laling for sharing..tapi kalau maybank2u mcm mana ek?cimb kat sini line slow

Teacher Basariah berkata...

semoga amalan baik yang dilakukan diterima oleh Allah..(^_^)

Myra Jay berkata...

Mudah dan semuanya di hujung jari..

Macam MJ dah bertukar line dari Celcom ke SalamFon, TAC tak support..huhuu..

Habis punah operasi MJ nak membuat transaksi online ni..

Wonderful Life with Mary Kay berkata...

Saya sampai sini masa check entri pasal seoul garden. Halal ke tak yer? Tadi dah booking utk ahad ni. Thwn baru gatai nak cari statua halal. Huhu..

cikguNae berkata...

Assalamualaikum dhiera...
Terima Kasih atas perkongsian....

banyak cara... hanya mahu atau tak... kan?

anumuchan berkata...

Alhamdulillah..

dhiera zainudin berkata...

@Norlizayati Othman
status sekarang saya tak pasti. cuba cek dekat website halal.gov

aReLaN berkata...

jalan nak tambah amal ibadat memang banyak dan mudah. sume terpulang pada kita masing2 kan.hehehe

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

Salam Dhiera..

Syawal is just around the corner..
Selamat berpuasa & selamat menyambut lebaran yg bakal tiba..
cma minta maaf ye kalau ade salah & silap semasa komen.. :)