Selasa, 4 September 2012

Officially a wife!

Salam pembuka bicara..


Agak lama tak menulis dekat sini. Really miss blogging moment.


Alhamdulillah, selamat disatukan dengan suami tersayang pada 24 Ogos 2012 jam 5.32 petang. Orang selalu cakap debaran nak nikah ni panjang tapi saya rasa betul-betul masa suami dah mula berjabat tangan untuk upacara akad nikah. Lepas selesai, lega selega-lega nya. I really miss that moment.


Saya juga rindu semua berkaitan tentang majlis saya sendiri. Persiapan untuk majlis 2 hari ni betul-betul memberi pengalaman manis buat saya. Lagi indah sebab serba serbi saya buat sendiri. Saya hanya upah vendor untuk video, fotografi, mekap, baju dan bahan-bahan printing.


Paling tak percaya, i'm a wife now. Perasaan macam-macam ada. Letih, rasa macam bahagia macam-macam ada la. Letih masuk rumah baru, letih nak biasakan diri dengan hidup sebagai seorang isteri. Yang paling best, bila solat jemaah sama-sama dengan husband. Saya masih dalam tempoh membiasakan diri dengan tugas-tugas seorang isteri.


Nah amek treaser majlis nikah saya.




Tak sabar untuk our honeymoon ahad nanti! Doakan kebahagian dan keberkatan perkahwinan kami ya!


xoxo