Sabtu, 30 Disember 2017

Kasihnya Atuk dan Nenek

Salam pembuka bicara


Di penghujung tahun 2017 rupanya kita semua. Ada azam baru ke kawan-kawan semua?


Tahun 2017 adalah tahun dimana Dzikri sambut hari lahir sebanyak 3 kali. Kemain ko anak. Masa umur setahun sambut 2 kali. Masa umur 2 tahun sambut 3 kali 😂


Setakat ni, kitorang mak pak memang tak da pulak belikan hadiah birthday ke apa untuk anak. Sebab tak payah tunggu hari lahir dah asyik kena paw je kan. Pergi kemana je anak bujang tu mesti berjaya membawa pulang sesuatu.




Untuk tahun kedua kelahiran anak bujang ni Ogos lepas, nenek atok dzikri belikan dzikri kereta remote control. Tah berapa ratus dah harga kereta. Ha.. hat oren tu la kereta dia.




Tetapi as expected, segagah mana pun mainan itu pasti akan binasa. Tengok lah sekarang apa dah jadi. Remote kereta pun dah siap patah aerial dia. Aduhai anak. Lepas ni, ibu mintak nenek atok sponsor hotel la untuk birthday dzikri. Eh eh


Kasihnya atok nenek tak kan sama macam cara dia mendidik anak-anak dorang suatu masa dulu. Adakah nanti bila saya bakal tua akan mengasihi cucu sebegini jugak? Ermmm..


xoxo
dhiera

Jumaat, 29 Disember 2017

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN

Salam pembuka bicara



Klik SINI kalau korang nak join.


Hadiah menarik uols. 


Klik banner ye untuk terma dan syarat.


xoxo
dhiera

Khamis, 28 Disember 2017

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Salam pembuka bicara

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

xoxo
dhiera

Untold Story: Holiday Holiday!

Salam pembuka bicara


Nampaknya timbul kerajinan dalam menulis sejak 2 menjak ni.


Kalau ikutkan lepas kitorang laki bini balik honeymoon dari Krabi 5 tahun lepas (2012 masa tu), ktorang tak nak dah buat flight trip berdua. Semuanya road trip means dalam Semenanjung je la ktorang pergi holiday pun. Semuanya atas sebab kitorang nak our next flight trip tu bersama anak-anak.


Kenapa nak tunggu ada anak? Jawapan dia saja! Kitorang memang berniat yang kalau boleh lepas dari Krabi tu dapat jalan-jalan naik kapal terbang memang dengan anak. Mungkin sebenarnya nak mencabar kesabaran diri masing-masing kot.




Ditakdirkan selepas balik dari Krabi tu saya pregnant. Yeay! Baby Krabi! Tapi 12 minggu je lepas tu saya gugur. Lepas tu, sah-sah memang tak da langsung flight trip lagi sebab kot la pregnant lagi. Kononnya tak nak la berjalan sakan. Kang beli tiket lepas tu burn je tiket.


Dalam tempoh 2 tahun pertama kahwin tu, saya gugur 4 kali termasuk pregnant kali pertama tu which is saya pregnant pada tahun 2012 - 2013 - 2013 - 2014. 😢😢 Gitu lah turutan dia.


Secara tetiba, kitorang berubah niat tu pada hujung tahun sekitar November 2014 iaitu nak ke Langkawi tapi naik flight. Masa tu kebetulan tiket MAS pergi balik Langwaki RM55 je. Lagi jimat dari naik kereta.




Lama weh menahan nak jalan-jalan naik flight, asyik naik kereta je kan. Dan sangat tak sangka yang selepas balik dari Langkawi tu dapat perkhabaran gembira iaitu Baby Langkawi. Dan alhamdulillah rezeki berpanjang sehingga lahir lah anak bujang sorang tu, Dzikri Zhareef.


Tepat lah. Kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan rezeki setiap orang.


Since dah ada anak ni, lagilah mak sakan plan holiday. Asal ada tiket murah nak grab tapi bergantung pada kewangan jugak lah. Kitorang target anak 6 bulan je nak berflight trip. Gitu. Apa laaaa special sangat dengan flight trip? Ermmmmm.... sekadar terasa kelainan berbanding road trip kot.


Flight trip pertama Dzikri Zhareef


Maka terhasillah perancangan trip ke Sabah - South Korea - Perth (tapi cancel last minute dan digantikan dengan road trip) - Bandung. Anak dah 2 tahun kan. Semua ni tak pernah share dalam blog ni lagi. Hahaha


Flight trip kedua Dzikri Zhareef


Bulan Februari ni dzikri bakal genap 2 tahun 6 bulan tapi si ibu tak dapat naik kapal terbang dah. Maka disini saya tengah merancang 1 lagi holiday besar untuk diabadikan bersama. Sekali harung dengan sambut birthday suami bulan depan. Nak kemana kah?


Paling dekat Cameron tapi dekat la sangat. Ke nak ke Hatyai atau Singapore terasa macam jauh sangat dan lama pula dalam kereta.


Cadangan please! Kalau korang ada share trip tu dalam blog korang, kalau tak kisah share la link sekali. Hihi


xoxo
dhiera

Rabu, 27 Disember 2017

Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

Salam pembuka bicara


Lama dah tak join segmen. Tetiba terajin nak join.


Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

Kalau korang nak join, klik SINI


xoxo
dhiera

Tips Matikan Alarm Kereta bila Remote Kereta Tak Berfungsi

Salam pembuka bicara..


Pagi tadi nak pergi kerja, tekan tekan remote kereta tak da respon. Makanya, sedar lah hamba bahawa remote itu sudah kehabisan bateri.


Kerisauan mula timbul sebab memikirkan remote kereta spare pun tak repair lagi. 😂 Tahun lepas, pecah berderai. Terus teringat,
"Oh, ada bateri spare untuk pointer."
Rupa-rupanya lain da. Remote kereta tu pakai bateri A23. Pointer pakai bateri A27.


Terpaksa la buka jugak kereta tu secara manual. Sebab suami kata ada button nak off tapi tak tahu dekat mana. Sekali bunyi alarm dia memecah keheningan pagi sesudah hujan. Cari-cari button tak jumpa la pulak.


Maka, teruslah men"google" cara nak matikan alarm bagi kereta Perodua especially Viva. Rupa-rupanya mana ada button!


Kalau korang pakai kenderaan perodua dan tiba-tiba remote kereta tak boleh guna dan tak da kunci back up. Begini lah caranya:-

  1. Buka je pintu kereta secara manual
  2. Nanti kereta akan bunyi alarm yang sangattt kuat.
  3. Masukkan kunci kereta, pulas kepada ON
  4. Terus tekan brek

Maka, berhentilah bunyi alarm tadi dan perjalanan boleh dimulakan.


Akibat dari kejadian pagi tadi, punch card merah le hakak.


xoxo
dhiera

Sabtu, 23 Disember 2017

Anak-anak berimaginasi di Kidzoona Aeon

Salam pembuka bicara..


Cuti panjang kan weekend ni? Kalau tak tahu nak reward anak dekat mana, saya cadangkan bawak anak-anak ke Kidzoona Fantasy. Dorang mesti seronok. Mak pak pulak boleh rehat-rehat sambil monitor anak-anak main sambil borak-borak bersama. Gitu. Ada privacy time jugak la untuk mak pak.




Kitorang memang suka bawa anak main dekat sini alang-alang shopping dekat Aeon tu. Bagi anak berimaginasi sendiri dan reward untuk dia sebab behave sangat teman mak pak shopping.




Tapi nak masuk sini kena bayar taw. Saya pun tak ingat berapa harga dia sebab main bayar je. Tapi harga dia lebih kurang gini la.

Weekdays: RM10
Weekend: RM18


Ada syarat taw nak masuk sini.
1. Tinggi anak tak lebih dari 135cm
2. Wajib pakai stokin. Kalau tak bawak stokin, boleh beli je dekat kaunter.



Yang bestnya, mak pak boleh teman sama. 1 budak 1 dewasa tak silap. Nak masuk lebih boleh tapi berbayar tak silap. Biasa kitorang bergilir-gilir, salah sorang tunggu, sorang lagi pergi shopping. Hahaha


Mainan dalam ni memang banyak sangatttt. Dan dekat sini pun ada jadual-jadual aktiviti kalau anak-anak nak join.




Satu lagi yang paling BEST adalah harga yang kita bayar tadi adalah harga per day. Mainlah sampai lebam. Maksudnya adalah anak-anak dan mak pak masuk akan tanggalkan selipar/ kasut letak dalam rak. Rak tu ada borang yang kita dah isi detail kita anak beranak. In case, nak keluar pergi makan, kita tinggalkan je borang tu dalam rak kita. Bawak lah anak-anak pergi makan, lepas tu masuk balik tanpa apa-apa bayaran. Tapi kena maklum pada staf dekat kaunter tu. Biasanya ada je staf jaga dekat pintu keluar masuk tu.


Jom la layan je la gambar k!










Banyak kan mainan anak dalam ni.


Yang tak best satu je la, anak tak nak balik.


Kalau masuk pagi dekat sini, tak da ramai orang. Tapi kalau petang ke malam tu memang ramai la.


xoxo
dhiera

Jumaat, 22 Disember 2017

Tahniah pelabur ASB

Salam pembuka bicara..


Hari ni ada berita gembira buat pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB).




Tinggi jugak bonus ASB tahun 2017 ni nak bandingkan dengan tahun lepas. Siap ada Special Bonus 1 sen seunit gitu walaupun bonus tu tak banyak sebab 1 sen kan. Duit jugak kan.


Tak sabar tunggu bonus Tabung Haji pulak. Rasanya belum announce lagi kan? Ke hakak terlepas kereta api?


xoxo
dhiera

Khamis, 21 Disember 2017

Siapa pandai edit template blog? Ada job nak bagi.

Salam semua!!


Ya Allah, perempuan ni tak pernah konsisten dalam menulis blog ni. Sebenarnya, niat tu sentiasa ada tapi rasa macam tak berkesempatan nak menulis. Lebih tepat, bila terdetik tu mesti bukan depan laptop. Maka, berkubur terus lah cita-cita nan satu itu.


Kebetulan hari ni cuti. Pengasuh anak mintak cuti. Lepas kononnya nak la membeli belah sekejap tetapi ya ampunnnn... tak tahu la kenapa dengan website Bank Islam ni. Dari pagi tak dapat-dapat masuk. Mak terasa stress! Alih-alih, duit mak dalam CIMB la digunapakai.


Terasa nak bertukar angin dengan template blog ni tapi tak koser nak buat sendiri. Anyone yang kenal orang buat servis edit blog? Share share la dengan saya.


xoxo
dhiera