Sabtu, 25 Oktober 2014

Power Boost beri tenaga dan minda aktif

Salam pembuka bicara...


Ada seseorang bagi ni pada suami tapi sampai sudah tak dapat minum sebab dah ter'expired' pula. Rugi! Rugi!




Ini produk Irfan Khairi ni. Korang kenal tak Irfan Khairi? Beliau seorang pakar perniagaan internet yang hebat.


Power Boost ni minuman tenaga yang dibuat dari makanan sunnah. Kalau kita tengok ramuan Power Boost terdiri pati kurma, madu, kolagen, ekstrak buah tin, saffron, garam bukit, pati delima dan ramuan lain, Semua ini kan bahan-bahan makanan sunnah.


Siapa yang pernah try? Meh share sikit kesan dia. Dan dekat mana ye korang beli?


xoxo
dhiera

Jumaat, 24 Oktober 2014

Kad ATM dulu-dulu

Salam pembuka bicara.


Rasanya saya sudah patut tukar kad atm saya ni. Ini sangat oldskool gitu. Tapi sayang pula bila nak tukar. Boleh gitu?




Nama bank ni pun dah tak wujud dah secara nyata. Wujud dalam memori sahaja.


xoxo
dhiera

Khamis, 23 Oktober 2014

Rugi tak mandi garam

Salam pembuka bicara..




Meh nak share sikit Garam Mandian Assyifa. Saya amalkan mandi garam ni selepas mandi. Ada satu lagi jenis yang saya pakai Garam Mandian dari LifeRich.




Kedua-duanya sangat harum.


Guna waktu bila? 
Guna masa lepas mandi sebagai bilasan terakhir.


Mesti korang tak faham kan kenapa kena mandi garam ni?
Ok macam ni. Saya copy paste dari blog ini
Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. 
Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap.
Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya. 

Jadi, bagaimana Garam Mandian Assyifa' membantu kita?
Kali ini saya copy paste pula dari facebook garam mandian ini sendiri. [sini]

  1. Membantu meningkatkan aura dan menaikan seri wajah, menampung masalah kebocoran aura. Keseimbangan aura amat penting untuk menentukan kejayaan. 
  2. Membantu memberi tenaga dan menenangkan jiwa serta tidak mudah marah dalam menangani sesuatu kes.
  3. Membantu melindungi dari unsur-unsur negatif
  4. Mudah didampingi rakan-rakan
  5. Membantu menggelak dari kemurungan
  6. Membantu mempercepatkan jodoh
  7. Mudahnya menjemput rezeki


Ha.. ada tak yang dah guna mandian garam? Kalau ada, meh la share sikit yang mana korang pakai.


xoxo
dhiera_zainudin

Rabu, 1 Oktober 2014

WW: Kembali ke realiti

Salam pembuka bicara..




xoxo
dhiera