Isnin, 10 Februari 2014

Gerimis Baiduri courier service

Salam pembuka bicara..


Memandangkan suami saya berniaga kek coklat dan otak-otak, susah sangat bila kami nak pos bahan makanan ni. Lagi-lagi, otak-otak yang kena sentiasa sejuk.

Bayangkan kalau orang Pantai Timur yang order. Memang selalu kami tak dapat nak penuhi permintaan mereka melainkan jumpa di KL.

Nak hantar pakai bas, berapa lama perjalanan makanan ni kena ambil kira juga.

Mula-mula nak guna khidmat Ta-Q-Bin tapi Ta-Q-Bin tak cover kawasan kami dan branch yang dekat Ipoh pun tak ambil servis untuk cold storage ni. Kena ke Damansara tak silap.

Tapi Ta-Q-Bin memang bukan semua tempat dia cover.



Semalam nak balik rumah mak kejap, ternampaklah lori atas ni. Courier Gerimis Baiduri. Rasanya mungkin boleh dipertimbangkan juga. Tapi belum hubungi mereka lagi.

Harap-harap boleh lah guna servis dorang lepas ni.

Ada sesiapa tak yang pernah guna servis dorang atau mana-mana courier servis yang ada cold storage atau freezer?

Cer kongsikan sikit.


xoxo

dhiera
https://www.facebook.com/dirazmomstore

5 komen:

dear anies berkata...

lom penah guna tp slalu nmpk ;-)

Fazlina Ridzwan berkata...

owwhhh...camtu plak yee..hengatkan men pos pakai pos laju jaa..hahahhaa...sori, akak xtau...

Kakzakie Purvit berkata...

Nampak lori ini baru kakak tahu ianya courier service. Kakak tak pernah guna lagi. Biasa kakak guna DHL dan Airpak Express.

HeNRieTTa JoSe berkata...

Pernah tgk lori nie...otak otak?bestnye...

anamizu berkata...

owhh kek coklat & otak2 kena pos guna lori cold storage cmni ea kak ? ke sbb kuantitinya byk kena guna lori ? hehe