Isnin, 25 November 2013

Aku rabun ni

Salam pembuka bicara..


Alkisah saya dan kawan saya.

"Dira, shaklee ada tak produk yang boleh kurangkan power rabun aku ni?"
"Shaklee ada produk baik untuk mata. Carotomax nama dia."


Ini adalah antara khasiat Carotomax shaklee.




In sha Allah, carotomax ni bolehlah membantu dalam masalah penglihatan.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk pembelian, konsultasi dan pertanyaan tentang produk yang diperlukan serta harga, meh emel saya meh.
Emel: dhierazainudin@gmail.com @PM saya https://www.facebook.com/messages/SihatBersamaDhiera

xoxo
Dhiera | Shaklee ID: 890217

Jumaat, 22 November 2013

Bisnes printing? Meh bagi quotation dekat saya!

Salam pembuka bicara...


Ada sorang kawan ni mintak tolong dapatkan quotation untuk produk macam bawah ni.




Nama dia arcylic.
Nak buat saiz 50cm x 76cm x 0.5cm
Kuantiti: 28 pcs


Siapa berani nak bagi best price. Meh emel saya meh: dhieranottie@gmail.com
Kalau boleh, bagi lah quotation guna skru macam dalam gambar tu dengan skru biasa sekali ye.


xoxo

Khamis, 21 November 2013

Tolong! Tolong!

Salam pembuka bicara...


Saya nak minta tolong sangat-sangat dengan korang semua. Ada tak antara korang yang ada kenalan, duduk atau kerja dekat Sungkai, Perak?


Saya tengah mencari rumah untuk disewakan dekat kawasan Sungkai ni. Kalau boleh saya nak masuk dalam hujung bulan ni (November 2013) atau awal-awal bulan depan (Disember 2013) sebab saya akan mula bekerja dalam tempoh masa 30 hari ni Please.


Kalau ada, mohon komen atau emel contact number tuan rumah pada saya ye. Saya dah cari dekat mudah.my tapi nanhado. Dekat website lain pun dah. Google pun dah.


Emel saya dhieranottie@gmail.com atau komen je dekat bawah ni ye.


Terima kasih sangat-sangat. Big hugs! 


xoxo

Jumaat, 8 November 2013

Jangan lupa baca surah Al-Kahfi!

Salam pembuka bicara...


Hari Jumaat hari ni. Sudah baca surah Al-Kahfi?


Semoga kita beroleh keampunan pada dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawal.

Peringatan untuk diri sendiri. Jom kita lupakan apa yang orang kata di sekitar kita tapi ikut suara hati nurani kita. Semoga Allah swt beri ketenangan jiwa kepada mereka yang berzikir serta berselawat.


Setiap hari lakukan perubahan. Walaupun kecil atau sikit, tak apa. Sebab apa? Sebab dapat cepatkan kemajuan diri dan organisasi kita. Dari tak ada langsung yang hasilnya takuk situ je. Betul? Betul?


xoxo

Selasa, 5 November 2013

Tidur dalam taqwa

Salam pembuka bicara


Saya dah publish pasal ni dalam facebook page Diraz Mom Store 10 Oktober hari tu, saja lah nak share dengan pembaca blog saya dekat sini pulak. Masa tu, tajuk dalam rancangan Tanyalah Ustaz adalah tidur dalam taqwa.



Ustaz ada cerita yang Nabi Muhamad saw ada pesan kalau nak tidur pastikan badan kita dalam keadaan bersih sebab kalau boleh kita nak Allah swt tengok kita walaupun masa tidur. Rasulullah saw pun buat macam tu sebelum tidur. Cantiknya pesanan Rasulullah saw pada kita dan betul pun apa yang dia cakap sebab saya pernah alami sendiri bila tidur dalam keadaan sedih.


Bersih dekat sini bukan sekadar kebersihan diri tapi ambil kira dalam keadaan letih, sedih, marah dan lain-lain. Ustaz cakap jangan tidur dalam keadaan letih, sedih atau marah sebab tidur dalam keadaan macam ni hanya akan menyakitkan badan kita malah bila bangun keadaan kita semakin teruk bukannya semakin elok.



Sebab bila kita tidur dalam keadaan letih, bila kita bangun sebenarnya badan kita semakin letih. Saya pernah tengok sendiri, kawan yang tidur dalam keadaan letih lepas lagi malas nak bangun adalah sampai kena paksa bangun. Sama juga kalau kita tidur dalam keadaan sedih.


Ok, kawan-kawan. Bersihkan diri secara fizikal dan mental ye sebelum tidur. Jangan lupa baca doa sebelum tidur! Korang jangan pulak tidur masa kerja ni yee


xoxo

Isnin, 4 November 2013

Zinc Complex membantu dalam masalah keguguran rambut

Salam pembuka bicara..


Ini gambar postage Rabu lepas.



Ready untuk dipos.

Ini adalah Zinc Complex. 

Pelanggan yang membeli zinc complex ni ada masalah keguguran rambut selepas melahirkan anak bertambah serius bila anaknya mula bermain air liur. 

Pengambilan zinc complex ini adalah sebagai salah satu ikhtiar si ibu untuk mengatasi masalah keguguran rambut selepas membaca tetsimoni kebanyakan ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.

Antara khasiatnya yang lain adalah:
  • Membantu dalam masalah jerawat
  • Ekzema dikalangan orang dewasa
  • Cepat sembuhkan luka
  • Membantu dalam masalah gangguan prostat
  • Meningkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ
  • Membantu dalam masalah kesuburan lelaki
  • Membantu dalam masalah rabun malam
  • Sangat bagus untuk ibu mengandung dan berpantang


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk khidmat nasihat dan pertanyaan tentang produk yang diperlukan serta harga istimewa, sila emailkan ke dhierazainudin@gmail.com atau tinggalkan mesej di facebook page Jom Sihat: https://www.facebook.com/messages/SihatBersamaDhiera atau SMS/ Whatsapp: 013-3866930


InshaAllah, saya tolong mana yang saya mampu kongsikan.
#DhieraZainudin #JomSihat



xoxo

Jumaat, 1 November 2013

Salam Jumaat

Salam pembuka bicara..


Hari Jumaat ni, jom kita banyak kan selawat ke atas Nabi Muhammad saw,bersihkan hati dengan istighfar dan sedekah. Hari Jumaat kan penghulu hari lagi barakah. Jangan lupa baca surah Al-Kahfi dan mohon pengampunan dari Allah swt



Jom jadikan setiap masalah sebagai peluang untuk kita tapi setiap perbuatan dan perkara mulakan dengan kalimah Bismillah. Syukur ke hadratNya di atas nikmat yang tak putus-putus. Alhamdulillah


xoxo