Jumaat, 17 Ogos 2012

Raya lagi! Jemput datang rumah~

Salam pembuka bicara..


Akhirnya kita sampai ke penghujung Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang merasa indahnya Ramadhan kali ini dan Insyaallah bertemu di Ramadhan akan datang. Semoga dipanjangkan umur.


Macam chipsmore dalam berblog. Malas. Penat. Letih. Semua ada. Tugasan kerja yang cukup mencabar minda dan menguji kesabaran. Diikuti tugasan persiapan perkahwinan yang pelbagai untuk dilakukan.




Dengan rendah dirinya, saya ingin memohon maaf jika ada entri-entri saya dan komen-komen saya yang menyinggung perasaan. Mohon maaf sebab tak berkesempatan untuk blogwalking ke blog korang semua. Semoga raya kali ini memberi seribu erti yang penuh bermakna buat kita semua. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini akan diterima Allah SWT. Berhati-hati di jalan raya. Saya akan pulang ke kampung besok selepas habis kerja. Doakan perjalanan saya selamat sampai.


Alang-alang update blog ni. Saya nak menjemput semua rakan-rakan blogger dan pembaca ke Majlis Perkahwinan saya dengan tunang saya.

Tarikh: 25 Ogos 2012 @ 7 Syawal 1433
Tempat: Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu




Doakan perjalanan majlis saya berjalan lancar dan semoga hubungan kami berdua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.  Semoga bertemu dengan status saya yang baru. wink wink! (macam tahu-tahu je tak update blog nanti)


xoxo

Rabu, 1 Ogos 2012

Hadiah kahwin

Salam pembuka bicara..


Saya agak pelik lah, sejak dua menjak ni tak tahu nak mula kan ayat macam mana. Asal tulis je padam, asal tulis je padam. Last-last, shut down laptop je la.


Semalam saya dah terima hadiah kahwin yang pertama. Dari rakan blogger kita u ols. Thanx bena. Saya kira ni hadiah kahwin la. Boleh pakai masa kahwin nanti. Hehe


Nah treaser. Cuba teka! Siapa yang tahu.




Ada tak yang nak bagi saya tong gas? Kalau ada, sila hantar terus ke rumah kami. Hahaha.


xoxo