Salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..
Bulan akan kembali lagi tahun ini. Malam ini kita semua jangan lupa untuk melihat anak bulan bersama-sama. Paling tidak pun, duduk di depan TV sambil menunggu pengumuman raya.
Rasanya semua orang sudah bersiap sedia dengan persiapan raya dan ada juga yang tidak sabar-sabar hendak menyambut hai lebaran yang mulia ini. huhu. Tapi NN masih belum bersiap sedia lagi sebab baru sejenis kuih raya yang NN dapat buat. Kuih apa? Kuih arab namanya.
Sempena menyambut hari raya eidulfitri ini, NN ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah atau terkasar bahasa dalam penyampaian mesej yang NN sampaikan.
NN juga berharap kawan-kawan selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju. Berhati-hatilah ketika di jalan raya. Pastikan kenderaan kawan-kawan dalam keadaan selamat untuk berjalan jauh. Pastikan juga kawan-kawan mengunci rumah dengan rapi. Kita banyak dengar cerita dan berita mengenai kes kecurian ketika bulan raya ini.
Kalau kawan-kawan berada di Tanjung Malim atau Kuala Kubu Bharu, jemput-jemputlah datang ke rumah.