Khamis, 22 Jun 2017

Persediaan Sebelum Pulang Ke Kampung Halaman

Salam pembuka bicara


Ramai ke yang dah mula bercuti? Besok, saya masih lagi bekerja. Sobss


Tahun-tahun sebelum ni, saya tak buat apa-apa persiapan pun sebelum balik ke kampung. Tapi kali ni saya buat 2 perkara baru iaitu:-
Upah RELA untuk jaga kawasan perumahan sementara ketiadaan kami.
Isi Borang Pulang ke Kampung dari balai polis berdekatan

Ada beberapa sebab kami upah sedangkan raya keempat dan kelima saya sudah masuk bekerja semula. Antara sebabnya adalah:-

  • Kawasan perumahan saya kawasan perumahan baru
  • Penduduk taman ni kebanyakan nya berbangsa Melayu yang turut sama-sama pulang berhari raya
  • Kereta saya pernah terbakar semasa kami bercuti ke Korea semasa Deepavali tahun lepas 

Bab kereta terbakar tu yang paling sadis. Mujur jiran depan rumah lama, auntie cina perasan. Kalau tak lebur semuanya. Dekat bahagian side mirror sedikit sahaja kena tapi cukup merentap kalbu. Lepas tu, tak ada pula yang nak mengaku salah bila ditanya. Mentang-mentang, hakak sedang bersuka ria di bumi Korea.


Jadi, kawan-kawan silalah isi Borang Pulang ke Kampung tu siap-siap. Sekurang-kurangnya, pihak polis pun akan turut sama memantau keadaan rumah kita. Kami sertakan surat rasmi lagi untuk makluman ke pihak polis. Bawah ni contoh borang tu


Resit upah bayaran RELA pun selesai dah. Kami upah 1 penyelia RELA dan 6 orang anggota RELA. Bayaran sehari RM62.40 untuk 7 hari untuk seorang. Kongsi ramai-ramai. Dapat jimat banyak la. Jaga 24 jam sehari.



Apa pun, berhati-hati di jalan raya dan semoga semuanya selamat sampai ke destinasi. Salam aidilfitri.


xoxo
Dhiera

5 komen:

muis ismail berkata...

selamat hari raya dhiera n family :)

Adam berkata...

Terima kasih sebab saya tak tau rela boleh bantu.

dorsett pink berkata...

Bagus inisiatif ni. At least selamat umah kita

dorsett pink berkata...

Btw, selamat hari raya dhiera. Maaf zahir batin

Liyana Anuar berkata...

dulu masa duk bujang cuti raya mmg report polis..tp skang sbb duk apartment, mmg dah ada rela dah yang jaga :)