Khamis, 23 Julai 2015

Syukur Selalu

Salam pembuka bicara..




xoxo
dhiera

Selasa, 14 Julai 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Salam pembuka bicara...


Mood kerja bertaburan entah ke mana. Yang ada kini adalah mood raya dan mood nak sambut baby je. Haa..gitu. Alhamdulillah, keceriaan aidilfitri kian terasa. Sudah beberapa tahun saya tak ucapkan ucapan hari raya untuk kawan-kawan blogger dan pelawat blog ini. Rasanya ucapan last masa zaman saya bujang dulu kala. Bila dah kahwin, blog jadi sepi!


InshaAllah, besok saya akan mula bercuti sehingga raya keenam nanti.
Misi pertama yang harus diuruskan adalah mengemas rumah. Hoyeah! Baru lega untuk meninggalkan rumah disamping exercise sementara tunggu the real labor.
Misi seterusnya adalah pulang ke kampung. Tugas suami tahun ni membakar lemang. Saya pula mengerahkan adik-adik untuk siapkan kuih raya. Hahaha

Tahun ini tahun beraya di rumah mak ayah saya. Raya ketiga baru suami pulang ke kampung halaman beliau. Tak dapat ikut balik raya tahun ni sebab takut pula ada emergency di
pertengahan jalan.




Ecard raya khas untuk anda semua. Our maternity photoshoot at 35weeks of pregnancy. Saya membesar dengan jayanya.


Dikesempatan ini, saya tak tahu bila saya akan bersalin, jadi sebelum saya berada di dalam labor suite itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada anda semua jika saya pernah berkata atau menulis perkara yang salah atau menyakiti anda dalam apa jua cara.


Saya harap anda akan mendoakan saya, suami dan baby. Wish us well in the new chapter of life.
Saya seakan sukar untuk percaya perjalanan membawa perut ini akan berakhir dalam hanya beberapa minggu sahaja lagi. Alhamdulillah, saya dapat merasa pengalaman yang indah ini selepas beberapa episod keguguran. Saya bersyukur kerana setiap hari Allah menjadikan kehamilan ini sesuatu yang mudah buat saya dan suami. Alhamdulillah.


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.
Semoga perhubungan dan jalinan kemesraan di antara kita memperolehi keberkatan dari Allah swt sepanjang masa. Sama-samalah kita memupuk rasa kesyukuran dan keberkatan. Semoga raya tahun ini lebih bermakna.


Semoga Allah swt memberkati kita semua. InshaAllah.


xoxo
dhiera

Rabu, 8 Julai 2015

Botol minyak masak

Salam pembuka bicara...


Tengah memikirkan cara penyimpan minyak yang paling efficient dalam banyak-banyak ni. Sekarang saya menggunakan botol gambar ketiga tetapi jenis plastik.


Ada sesetengah orang kata pakai botol minyak sedia ada je mudah. Tapi saya tak lalu asyik nak mengangkat botol minyak tu. Setiap kali beli minyak akan beli botol 5kg terus. Mampu? Bila minyak dah sikit boleh la, klo masih lagi baru. Adoi..


Paling berkenan botol yang pertama ni tapi tak pasti mana nak cari. Huu






Kalau korang lagi suka jenis botol yang mana?
Kot-kot la ada yang guna botol antara 3 ni, meh share sikit pengalaman.


xoxo

dhiera