Salam pembuka bicara
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Tawabbalallahu minna wa minkum.
Pasti ada khilaf kita di dunia selagi kita bernama manusia.
Salam dihulur, Ampun maaf dipinta.
Ikhlas daripada:
Dhiera sekeluarga
xoxo
Catatan Popular
Sabtu, 24 Jun 2017
Khamis, 22 Jun 2017
Persediaan Sebelum Pulang Ke Kampung Halaman
Salam pembuka bicara
Ramai ke yang dah mula bercuti? Besok, saya masih lagi bekerja. Sobss
Tahun-tahun sebelum ni, saya tak buat apa-apa persiapan pun sebelum balik ke kampung. Tapi kali ni saya buat 2 perkara baru iaitu:-
Ada beberapa sebab kami upah sedangkan raya keempat dan kelima saya sudah masuk bekerja semula. Antara sebabnya adalah:-
Ramai ke yang dah mula bercuti? Besok, saya masih lagi bekerja. Sobss
Tahun-tahun sebelum ni, saya tak buat apa-apa persiapan pun sebelum balik ke kampung. Tapi kali ni saya buat 2 perkara baru iaitu:-
Upah RELA untuk jaga kawasan perumahan sementara ketiadaan kami.
Isi Borang Pulang ke Kampung dari balai polis berdekatan
Ada beberapa sebab kami upah sedangkan raya keempat dan kelima saya sudah masuk bekerja semula. Antara sebabnya adalah:-
- Kawasan perumahan saya kawasan perumahan baru
- Penduduk taman ni kebanyakan nya berbangsa Melayu yang turut sama-sama pulang berhari raya
- Kereta saya pernah terbakar semasa kami bercuti ke Korea semasa Deepavali tahun lepas
Bab kereta terbakar tu yang paling sadis. Mujur jiran depan rumah lama, auntie cina perasan. Kalau tak lebur semuanya. Dekat bahagian side mirror sedikit sahaja kena tapi cukup merentap kalbu. Lepas tu, tak ada pula yang nak mengaku salah bila ditanya. Mentang-mentang, hakak sedang bersuka ria di bumi Korea.
Jadi, kawan-kawan silalah isi Borang Pulang ke Kampung tu siap-siap. Sekurang-kurangnya, pihak polis pun akan turut sama memantau keadaan rumah kita. Kami sertakan surat rasmi lagi untuk makluman ke pihak polis. Bawah ni contoh borang tu
Resit upah bayaran RELA pun selesai dah. Kami upah 1 penyelia RELA dan 6 orang anggota RELA. Bayaran sehari RM62.40 untuk 7 hari untuk seorang. Kongsi ramai-ramai. Dapat jimat banyak la. Jaga 24 jam sehari.
Apa pun, berhati-hati di jalan raya dan semoga semuanya selamat sampai ke destinasi. Salam aidilfitri.
xoxo
Dhiera
Rabu, 21 Jun 2017
Rumah: Proses Pemasangan Security Door
Alhamdulillah. Kita dah masuk 10 Ramadhan yang terakhir. Lagi beberapa hari lagi kita nak berhari raya.
#throwback2016
Tetapi saya terniat nak sambung cerita setahun yang lepas berkenaan pintu rumah saya. Ada beberapa orang emel bertanya dimana saya tempah dan sebagainya. [entri ini] Entri kali ni super banyak gambar ye.
Saya tempah pintu masa pergi Expo Perabot di Bidor ni je. Plan asal nak cari tilam. Last-last tilam nya ngak ketemu. Company yang buat pintu ni ada kedai di Ipoh dan kilang pun Ipoh. Namanya Milan Iron Design.
Tip dari Seller
Harga expo dan kedai berbeza. Malah, harga expo pun berbeza bergantung kepada lokaliti expo yang berlangsung tu. Tempat macam luar bandar lagi murah la harganya berbanding yang bandar.
Proses Pembayaran Pintu
1. Semasa booking, kami dah letak deposit siap-siap
2. Bila dah dapat je kunci rumah, kami bayar duit untuk beli besi dulu.
3. Lepas tu, kami tunggu pintu kami siap dulu baru panggil orang pecah sliding door.
4. Bila siap je pintu terus proses untuk pecah sliding door.
5. Kitorang tunggu simen kering dalam 2 hari macam tu, terus besoknya pagi-pagi proses install pintu baru. Yippie!!
6. Bayaran terakhir pun kami buat sejurus selepas pintu dipasang. Kontraktor pintu pun beri kami resit asal.
Ni masa booking yang pertama sekali sebelum kitorang decide nak tukar saiz pintu |
Sepanjang proses deal ni, 2 kali je kitorang buat bayaran cash iaitu masa booking pintu dan waktu selepas pemasangan pintu. Selebihnya, kitorang buat online transfer je. Senang sangat.
Kenapa kami tunggu pintu siap dulu baru pecah sliding door?
Alasan nya sebab tak nak biar rumah kitorang terlopong lama sangat tidak berpintu. Risau la juga. Macam kes kitorang, 2 hari tak silap rumah tak berpintu tapi kontraktor tutup dengan alas kanvas dan hadang dengan kayu-kayu.
Bawah ni saya share la gambar sepanjang proses pecah dinding sliding door. Untuk kos pecah sliding door ni saya tak da sebab dalam masa yang sama, saya buat table top di dapur rumah. Jadi, saya tak tahu harga asingnya berapa. Memula dia bagi quotation untuk table top, pecah dinding dan ikat batu RM4000. Tapi selepas dia pecah dinding rumah kitorang, baru dia tahu yang frame pintu kitorang tu pakai konkrit. Jadi, dia tanya kalau boleh tambah lagi RM500. Kami pun dengan paksa rela tambah je la.
Ni la frame yang saya maksudkan |
Sebenarnya nak pasang pintu pun ada cara dia. Bahagian bawah mesti dalam 3 inci lebih kurang dari saiz frame sebab nak tanam pintu tu nanti. Macam gambar rajah bawah ni.
Lepas siap je ikat batu dinding tu dan memang dah set timing pemasangan dengan kontraktor pintu, Depa pun datang lah pasang. Teruja melihatnya. Masa pasang ni, saya tengok dorang ukur-ukur gak pakai laser nak cek lurus ke tak. Tapi masalahnya, lantai kitorang ni yang senget. Cis sungguh.
Dan akhirnya, kami dapatlah kunci pintu yang baru. Yeay! Nampak tak kunci tu ada biru dan hitam kepalanya. Dan yang kepala hitam tu ada lock warna silver dan gold. Tanda-tanda ni ada fungsi dia.
Kunci kepala biru: Ini kami dapat beberapa keping. Guna dia adalah sebagai kunci sementara supaya kontraktor boleh keluar masuk rumah guna kunci ni.
Kunci kepala hitam berbatang emas: Ini adalah kunci master. Bermaksud bila selesai je proses kerja-kerja guna kontraktor dalam rumah dan rasminya tiada orang akan keluar masuk rumah selain tuan rumah. Kunci ini akan digunakan untuk locked pintu. Sekali je guna kunci emas ni, kunci kepala biru tadi tak akan dapat digunakan lagi. Boleh buang lah. Kalau lah orang nak buat aniaya, duplicate kunci kepala biru tu, dorang tetap tak boleh masuk rumah sebab kunci biru tu sudah dibatalkan dalam sistem security pintu ni.
Bila pintu dah siap pasang, barulah proses plaster dimulakan pada keesokan harinya.
Bila plaster dinding dah setel, jenuh la saya dok pulun sental lantai yang berhabuk tu. Dan tibalah masa untuk mengecat pula. Tapi saya dan suami tak buat sendiri. Kami upah orang. Mudah sikit kerja upah orang. Kalau buat sendiri, jenuh dok kejar anak kecik yang sorang ni.
xoxo
dhiera
Selasa, 6 Jun 2017
Tarikh Keramat
Salam pembuka bicara..
Entri terakhir adalah setahun yang lepas. Tudiaaa.. kemain lama peram belog ni. Habuk sapu-sapu tak nak hilang.
Dalam hati, selalu sangat rasa nak update belog ni tapi kesempatan itu tidak ada. Balik rumah sokmo belek anak je.
Lama dah tak bersapa dengan kawan-kawan alam maya. Terlalu lama sehingga jari jemari kaku nak menaip. Sehingga terfikir kenal lagi kah mereka pada saya.
Hari ni 11 Ramadhan, sejarah nukilan pertama disini setelah setahun menyepi.
Terlalu banyak cerita untuk diceritakan. Jika punya masa akan aku ceritakan.
Selamat berpuasa buat rakan-rakan. Selamat mendapat keberkatan Ramadhan.
xoxo
dhiera
Entri terakhir adalah setahun yang lepas. Tudiaaa.. kemain lama peram belog ni. Habuk sapu-sapu tak nak hilang.
Dalam hati, selalu sangat rasa nak update belog ni tapi kesempatan itu tidak ada. Balik rumah sokmo belek anak je.
Lama dah tak bersapa dengan kawan-kawan alam maya. Terlalu lama sehingga jari jemari kaku nak menaip. Sehingga terfikir kenal lagi kah mereka pada saya.
Hari ni 11 Ramadhan, sejarah nukilan pertama disini setelah setahun menyepi.
Terlalu banyak cerita untuk diceritakan. Jika punya masa akan aku ceritakan.
Selamat berpuasa buat rakan-rakan. Selamat mendapat keberkatan Ramadhan.
xoxo
dhiera
Langgan:
Catatan (Atom)