Khamis, 7 Mac 2013

Hari lahir ayah

Salam pembuka bicara..


Sambutan hari lahir ayah serba ringkas yang mana hanya anak beranak je di rumah. Semuanya balik kampung kecuali suami saya yang terpaksa bekerja di hari kejadian.




Sempatlah juga buat kenduri doa selamat dan bacaan tahlil untuk kedua-dua arwah atuk yang telah kembali ke rahmatullah.




Alhamdulillah.. Ayah saya sudah berusia 51 tahun. Semoga ayah di panjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Insyaallah. Doa kakak sentiasa bersama ayah.


xoxo

Rabu, 6 Mac 2013

WW #langsir

Salam pembuka bicara..


Langsir baru pilihan suami!




Dah siap pasang pun~ Pasang pagi-pagi sebelum pergi kerja. Amek gambar dari instagram je.




Instag saya: http://instagram.com/dhiera_nadhirah Ada yang nak follow ke? Kihkih


xoxo

Selasa, 5 Mac 2013

Jaguh badminton!

Salam pembuka bicara...


Bulan lepas bulan yang agak busy juga untuk suami. Suami asyik-asyik oncall je. Lepas tu, bila weekend asyik ada tournament badminton. Nampak tak kesibukan dia tu? Hari tu dia join tournament badminton dekat kampung saya. Anak sepupu saya dengan adik saya pun terjebak sama la dengan dia ni.


Anak sepupu saya sikit-sikit, "nak main badminton dengan pak long" 


Ni antara gambar yang saya ada. Saya suruh anak sepupu je yang amek kan. Saya tak pernah ikut suami pergi mana-mana tournament sebab malas dan boring. Dari ikut, baik saya duduk dekat rumah je. Tapi kali ni, saya duduk umah jaga nenek. Bagi nenek makan dan kejut kan dia bangun dan lain-lain.


Ini adalah peserta badminton, treasure hunt dan futsal.



Adun Hulu Bernam bagi ucapan. Dato' Idris. Dulu masa saya kahwin, dia pun datang juga. Bagus cara dia ni, tak sombong.



Inilah anak sepupu saya.



Suami yang jadi refree.



Suami yang cuba jadi jaguh badminton.



Tapi rezeki tak panjang dalam tournament ni. Sebab ingatkan main single. Rupanya main pair dan suami tak sempat pun nak cari pair yang sesuai dengan rentak permainan dia. Kena banyak praktis sama-sama baru boleh serasi sebagai pasangan badminton.


Minggu lepas pun suami ada masuk lagi satu tournament. Tournament untuk Piala bla bla bla. Tak ingat piala apa. Main kalah mati. 1 game 30 mata. Tapi masa lawan kali ketiga. Dia dah kecundang sebab dia dah penat menunggu. Aih.. suami suami! Saya tetap berbangga lah sebab dia tak putus asa join tournament sana dan sini.


xoxo

Isnin, 4 Mac 2013

Lucky February

Salam pembuka bicara..


Februari sudah pun berakhir. Tak sangka sekejap je dah bulan March. Suka duka bulan Februari pun ada pelbagai tapi saya rasa bulan februari memberi tuah kepada saya. Kenapa saya cakap tuah? Sebab saya tak pernah dapat lucky draw. Seumur hidup, seingat saya, belum pernah sekali pun saya dapat lucky draw. Hadiah lucky draw yang pertama saya dapat adalah jeng jeng..




Tak nampak apa yang saya dapat? Saya dapat Ipad 2! My first apple gadget tapi... Saya dah selamat jual pun ipad ni. Jodoh dhiera dan Ipad tak panjang. Hahaha. Hubby pun dapat lucky draw. Dia dah selalu dapat lucky draw. Tapi not so lucky like me la..




Lucky draw ni dapat masa annual dinner company. Saya dan suami kerja di satu tempat yang sama. Besoknya pulak dapat lagi hamper sempena tahun baru cina. Setiap orang dapat 1 hamper. Jadi jumlah hamper di rumah saya ada 3 kesemuanya.




Salah satu hamper ni saya bawa balik kampung bagi adik-adik makan. Satu lagi hamper suami dah siap buka. Tinggal satu je lagi masih dalam keadaan baik. Kira, bulan februari ni bulan bertuah la untuk saya kan? Tapi hujung bulan februari pula adalah hari-hari yang penuh emosi sebab stress dengan audit. Audit akan habis hujung bulan March ni~


xoxo