page

Isnin, 8 Ogos 2011

Satu malam bila perempuan keluar bersama

Salam pembuka bicara..

Scary kan dalam kangkung ada lintah even dah masak pun masih lagi tak mati. Nak tahu? klik sini

Sekarang saya dalam plan untuk hang out dengan rakan-rakan di UPM dulu. Kononnya nak buka puasa beramai-ramai sama macam tahun lepas. Kami order makanan dengan satu restoran dan buka puasa beramai-ramai di rumah sewa rakan kami yang sambung master dan PhD di UPM. Kemudian, bersolat terawih bersama-sama. Borak-borak dan kemudian bershopping di Jalan TAR sehingga pagi. Rindu suasana itu. Itu cerita tahun lepas. Rakan yang selalu menjadi imam kepada kami pun sudah berkahwin. Tak tahu siapa yang akan menggantikan beliau.

Bulan lepas kami ada keluar bersama-sama juga. Entri makan-makan itu ada dalam entri ini.

Antara yang join sama masa makan-makan ni

Ikut plan asal selepas makan kami nak berkaroke di Equine tapi tak jadi sebab kami semua kekenyangan. Makanya, kami berboling lah. Tapi saya tak main masa ini sebab tak berapa nak sihat. Sekali sampai je pusat boling ni, kami kena tunggu turn sebab dah full. Kebetulan hari yang sama ada tournament dari company mana tah. Tunggu lah kami di sini sambil bergosip hal kami sendiri. Gosip apa? Gosip pasal pengalaman salah seorang dari rakan saya yang dirompak semasa berada di rumah mentua. Masa ni, Z dah layan mimpi di kerusi urut. Hampeh je.

Gadis-gadis yang fokus bergosip

Lepas asyik gosip-gosip sampai turn kami bermain boling. Semua main kecuali saya dan rakan saya sorang.


Masing-masing nak tunjuk skill sendiri. Z pun sama. Mentang-mentang dia tu jaguh main boling. Tak suka main boling kalau dia ada sebab nanti ada je yang tak betul. Eii.. Boleh tak, saya nak cakap, lain kali main sendiri jangan ajak orang. erk.

Walaupun tak main, saya nak jugak tayang kaki sendiri dengan orang yang main boling ni.


Dan akhir sekali, haruslah Z yang menang. Asyik nak strike je. Mula-mula tu, main macam lemau sebab baru bangun tidur. Last-last, tak nak bagi chance kat orang lain. Tak baik betul. Owh, ya. Nak kenal dengan kawan saya yang selalu jadi imam masa kami solat berjemaah. taraa


Yang perempuan ye, bukan yang lelaki. Lelaki mana boleh masuk hostel perempuan. Lelaki tu husband dia. Dia juga lah yang cerita pengalaman kena rompak tapi dia ni kena rompak pun boleh gaduh mulut dengan perompak tu. Yang kelakar, perompak tu terlupa nak ikat tangan dia sebab dia sarung kepala dengan telekung. Masa itu, perompak ni guna tudung dia untuk ikat tangan suami dia. Polis datang pun lambat sangat. Kasihan sebab cincin tunang dan cincin kahwin dengan rantai dia pun diambil perompak. Masa ini, baru je berapa bulan dorang kahwin. Sampai sekarang kes rompakan tu, sunyi tanpa berita. erm..

xoxo

29 ulasan:

  1. jom befikir dibulan ramdhan.. =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html

    BalasPadam
  2. salam kenal juga..syoknya outing!

    BalasPadam
  3. kwn dhiera tu umo bpe? cm muda lg je..

    BalasPadam
  4. @ norsharmila: kami semua 24 tahun~ he

    BalasPadam
  5. @ hanis MY: he.. kamu tu syok ye pergi vacation.

    BalasPadam
  6. @ cik pha: best kan main boling. lagi2 dengan kawan2..

    BalasPadam
  7. wah2 sgt2 meriah .. hermmm bulan pose ke nie dik ? sorry akak x baca sampai habis :)

    BalasPadam
  8. teringin nak main bowling..tapi tgn tak bedung..selalu msuk longkang..gugugu

    BalasPadam
  9. fuhh ramainya..sentap tak ajak sekali :( ..kalau wat sistem popup untuk komen ni rasanya lagi sng untuk blogger drop komen..

    BalasPadam
  10. apa2 yg kite buat bila keluar kawan2 wpun sekadar borak kosong pastu gelak2, sangat menggembirakan. haha :p




    lah. senyap macm tu je kes rompaknya? kesian2.

    BalasPadam
  11. @ kak ieda: bukan lah.. ni sebelum puasa hari tu~

    BalasPadam
  12. @ NuReLLe: kalau selalu praktis, tangan boleh diluruskan. atau kamu baling dari anak panah tepi~

    BalasPadam
  13. A'IM: jangan lah sentap. ini gadis2 je.. hek
    sebelum ni memang guna pop up tapi ada pula yg kata guna yang macam ni lagi senang~ ermm

    BalasPadam
  14. @ siti kektus: itu la.. asalkan dengan kawan2 mesti jadi suatu yg menggembirakan~

    senyap macam tu je. padahal kat balai mahu satu hari!

    BalasPadam
  15. seronok kan dpt berpuasa, berbuka puasa dgn rakan2..rindunya huhu

    BalasPadam
  16. hoho,best2! akak dulu kat upm kolej mana?

    BalasPadam
  17. @ [sutera kasi] : tapi keluar dalam entri ini bukan masa buka puasa. buka puasa dalam planning. tak tahu sebab masing2 ada jadual kerja lain2~

    BalasPadam
  18. @ cik dila: dulu akak kolej 17. kamu? KMR ke?

    BalasPadam
  19. it's a girls' night out ya? always seem fun, but i dont know how fun is that :P

    BalasPadam
  20. huhu happening jew,,
    nk join! laki leh x..hihi

    BalasPadam
  21. amboi bergosip sakan tuh nmpk nye...

    BalasPadam
  22. wah wah happeningnya hang out ramai2 kan :)

    BalasPadam
  23. hoho,akk ambik perubatan eh? kite duk dkt kpz..

    BalasPadam
  24. dila, akak amek nutrition and community health ..bukan lah medic~ hiks

    BalasPadam
  25. lama siot tak main boling.. ish2, 2 taun lebih dah tak sentuh bola boling tu.. heee

    BalasPadam
  26. @ifwat: apa lagi..jom boling!
    @ tea dno: jom main boling jom~

    BalasPadam
  27. eh kesian ye kena rompak baru lepas kawin plak tuh ...


    wah2 .. ni gathering kawan2 time puasa ke ni ..

    ni yg rindu kawan2 di U ni .. uhuh

    BalasPadam
  28. @iPai: tu la pasal.. kesian betul kat dia.
    gathering ni sebelum puasa. tapi baru terkedek-kedek nak buat entri. erk..

    BalasPadam