Khamis, 2 Mei 2013

Melaka: River Cruise

Salam pembuka bicara...


Taman Rama-Rama | Zoo Melaka | Muzium Samudera | Menara Taming Sari


Turun je dari Taming Sari, kami terus ke River Cruise. Masa ni, saya tak tahu yang ada perhentian dan kaunter tiket river cruise dekat je Muzium Samudera tu. Mati-mati ingat yang kaunter river cruise dekat Taman Rempah, Melaka. Nak naik kereta malas nak bersesak-sesak dengan lalu lintas yang sibuk. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk naik beca sahaja.



Tak silap harga naik beca ni dalam RM 25. Mati-mati ingat jauh, rupanya alahai.. dekat je. Belakang Taming Sari ada Muzium TLDM, seberang jalan Muzium TLDM ada Replika Kapal Muzium Samudera. Belakang Replika Kapal je rupanya. Kalau tahu, awal-awal jalan kaki je. Tapi memang tak tahu nak buat macam mana. Baucer percuma haruslah bawa bersama. Aset penting dalam honeymoon kali ni.


Destinasi 5: River Cruise




Sampai-sampai je, kemain ramai lagi yang dah beratur. Orang beratur dekat untuk naik cruise lebih ramai dari yang beratur dekat kaunter.



Bayaran naik river cruise adalah seperti dibawah.


Dewasa: RM 10 (bersama MyKad)
Kanak-kanak: RM 5 (bersama MyKad)


Kat sini pun dapat tiket juga tapi tulis RM 0 la.



Semua pakat-pakat suruh ahli keluarga beratur dulu dekat giliran naik cruise dan seorang je beratur beli tiket. Lebih dari 1 km panjang beratur nak naik cruise ni. Lenguh-lenguh kaki. Dah la kat belakang kami, pelancong Jepun. Adoi.. Kecoh sungguh anak-anak beliau.




Dari sini pun boleh nampak Menara Taming Sari. Oh, malam-malam ni banyak beca-beca yang berkumpul kat sini. Macam-macam fesyen beca pun ada. Tapi sebab kaki dah sakit sangat, lupa nak ambil gambar. Hoho. Inilah bot yang semua pakat-pakat nak naik.



Macam tak ada apa sangat la naik cruise ni. Ke sebab saya yang tak pandai menghayati seni lukis mural dekat dinding-dinding ke tak tahu lah. Omputih suka la naik river cruise ni sebab dorang suka sangat dengan biawak Malaysia ni. Tak tahu la kenapa. Sepanjang menyusuri Sungai Melaka ni, banyak juga lampu-lampu. Masa belajar dulu, suami saya praktikal dengan sub-kontraktor yang dapat tender pasang lampu-lampu dekat Melaka ni. Jadi, suami asyik dok tunjuk "hah.. lampu tu b pasang" dan blablabla cerita dia dengan projek pasang lampu dekat Melaka ni.



Kalau naik cruise ni, pastikan tak duduk dekat bahagian depan atau tepi cruise sebab kalau tak, merasa la percikan air-air sungai tu. Bau hanyir. Saya adalah mangsa percikan air. Sabar je la.. Lebih baik duduk bahagian tengah. Kena jugak dengan air tapi tak seteruk yang duduk dekat tepi. Kalau duduk depan habis basah.


Ini pula adalah video pendek yang sempat suami rakam semasa menyusuri Sungai Melaka dan melalui Kampung Morten. Antara penempatan pertama di Melaka dan kampung tercantik di Melaka. Sila abaikan suara-suara disebalik video.



xoxo

Rabu, 1 Mei 2013

Melaka: Menara Taming Sari

Salam pembuka bicara dan selamat bercuti hari pekerja..


Taman Rama-Rama | Zoo Melaka | Muzium Samudera


Lepas berisitrehat dan mandi-manda, kami pun keluar balik mencari makan malam. Peniaga dekat dekat uptown kebanyakannya dah mula berniaga tapi kami tak singgah lagi pun. Kami terus ke bazar. Sebelah hotel kami ada bazar (saya tak ingat nama dia). Tapi kawasan restoran dekat bazar ni macam tak menyelerakan, macam kurang bersih sikit. Jadi, kami pun menapak ke Mahkota Parade. Menaiki kereta bukan pilihan bijak di kawasan bandar Melaka ye.


Biasanya, kalau kami cari makan dalam shopping complex memang tekak tu ke Kenny Roger's je la. Kali ni, saya kata nak makan KFC sebab dah lama tak makan KFC. Lepas makan terus lah kami ke Menara Taming Sari.


Destinasi 4: Menara Taming Sari



Masih lagi menggunakan baucer free dan kad perlancongan.



Maaf saya terlupa nak tangkap gambar harga tiket Taming Sari sebab excited dapat tiket. Tempat-tempat sebelum ni tak dapat tiket. Dalam tiket pun tulis RM 0. Jadi, tak tahu lah harga naik taming sari berapa.



Ramai jugak orang yang tunggu giliran masa ni. Pusingan kedua baru kami dapat naik.



Ini muka laki bini yang gembira tangkap gambar gelap dalam Taming Sari.



Kebanyakan gambar dari atas semuanya tak menjadi. Jadi, saya dapat share video sahaja lah. Yang banyak-banyak khemah biru tu adalah uptown. Yang ada lampu kelip-kelip tepi sungai tu adalah river cruise. Kejap lagi kami ke sana tanpa mengetahui kat mana terletak river cruise. Bila tengok video ni balik baru tahu, itu lah river cruise.




xoxo