Jumaat, 12 Januari 2018

Gloomy as the weather

Salam pembuka bicara..


Dalam minggu ni boleh kata setiap hari hujan je. Pergi kerja pun berkabus saja. Semalam hujan dari pukul 10pagi sampai ke malam.


Mood hari ni pun macam gloomy sangat.


Pagi-pagi dapat perkhabaran keadaan salah seorang staf dalam keadaan kritikal. Saya memang sedia maklum yang beliau hidap kanser tahap 4. Baru je detect dalam tahun ni, beberapa bulan yang lepas. Semalam doktor dah panggil suaminya bagitahu keadaan dia semakin kritikal dan pesan mintak kawan-kawannya datang melawat. Sebak rasanya.


Rehat ni kalau ada kesempatan nak melawat dia.


Lepas tu, belek pulak gambar anak tengah tidur. Masa ni dia terlelap lepas main. Terlelap depan pintu.




Bila mengenangkan tak lama lagi jadi abang, sebak pulak ibu rasa.
Dia bukan penghuni rahim saya yang pertama tapi penghuni rahim yang kelima.
Walaupun begitu, dia lah anak pertama.
Dia yang banyak mengajar saya. Banyak sangat saya belajar dengan dia.
Belajar macam mana menjadi seorang ibu.
Belajar macam mana nak menyusu.
Belajar macam mana nak tukar pampers dan lampin.
Belajar bagaimana menjadi seorang yang penyabar.




Terlalu banyak anak ini mengajar saya. Dzikri tetap baby dalam hati ibu.


Semoga lahirnya adik Dzikri nanti, Dzikri akan menjadi abang yang terbaik. Rasa macam kecik je lagi 2tahun 4bulan baru. Beberapa minggu je lagi akan jadi abang.


Aduhhh.. emosi sangat hari ni. Mood nak buat kerja pun terbang serata alam. Fokus dhiera, fokus!


xoxo
dhiera

32 komen:

dear anies berkata...

syafakallah utk kwn dhiera tu...moga hayatnya masih pnjg wpn keadaannya begitu


p/s jg kesihatan dhiera lek lok ya...

Nur Azian Jaafar berkata...

asyik hujan je kan.. susah nk keluar buat aktiviti..

Mommy Cici berkata...

salam Jumaat,

rasanya hujan tak berhenti dari pagi semalam kan. pergi kerja naik motor, jadi terpaksa redah jugak. kalau tak, takkan berhenti lah

hehe faham perasaan tu. masa nak dekat bersalin no 2, rasa bersalah sangat. nak bersalin no 3 , lagi tambah perasaan bersalah. harap dorang faham yang kasih sayang kita adil and tak berat sebelah. :'(

*tetiba tumpang emosi*

nohas berkata...

semoga keluarga staff itu tabah menghadapi dugaan..tak dapat nak bayangkan perasaan mereka ketika ini...

tak lama lg nak bersalin..semoga dipermudahkan..amiin..

Mizz'strawery Smile berkata...

Salam jumaat kak ^^ semoga terus jadi wanita tabah!

Muis Ismail berkata...

salam..
o dhiera nak dpt baby lagi ke?
alhamdulillah..murah rezeki..
jaga diri leklok ya

Fatin Shahrizam berkata...

Semoga dipermudahkan segala urusan nanti. Keep strong yaa!

Nina Mads berkata...

sebaknya baca.. elok sedekahkan doa utk kwn. ajal mana tahu bila2 masa akan tiba. tahniah ye.. alhamdulillah Allah bg rezeki lg.

galaksi viral berkata...

GV teringat pula anak saudara GV. Huhu. Semoga semua anak-anak ini akan berjaya dengan cemerlang di dalam kehidupan mereka samada di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin. :). Tak dilupa pada kak Dhiera, semoga dipermudahkan urusan nak bersalin nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

mamapp berkata...

Kesiannya.. semoga dipermudahkan urusan Officemate Tu. Kalau tgk anak2 memang kadang2 datang Rasa sayu kan

Dhiera nadhirah berkata...

@dear anies
amin. tq utk doa anies

Dhiera nadhirah berkata...

@Nur Azian Jaafar
betul. tapi untungnya kipas dapat berehat sebentar

Dhiera nadhirah berkata...

@Mommy Cici
alhamdulillah. tak hujanlagi harini. kesian mommy cici redah bermotor.

kannn. ok. normallah perasaan itu

Dhiera nadhirah berkata...

@nohas
dorang sangat kuat. bukan staf saya sahaja tapi seluruh keluarganya

aminn. tq utk doa

Dhiera nadhirah berkata...

@Mizz'strawery Smile
inshaAllah hana

Dhiera nadhirah berkata...

@Muis Ismail
alhamdulillah. rezeki.
tq muis. semoga ada rezeki yang sama untuk muis

Dhiera nadhirah berkata...

@Fatin Shahrizam
aminnn. tq utk doa fatin

Dhiera nadhirah berkata...

@Nina Mads
itulah.
ajal maut di tangan Allah. Rezeki beliau terus kuat

Dhiera nadhirah berkata...

@galaksi viral
amin amin

Dhiera nadhirah berkata...

@mamapp
aminn. betul. bila tengok anak, rasa sayu je perasaan ni. barangkali emosi ibu mengandung

Ana Suhana berkata...

Syafakallah buat sahabat dhiera. Dan semoga dipermudahkan segala urusan dhiera ye. Anak sulung memang mengajar kita banyak perkara kan.

Zaleha Pengedar Vivix Shaklee berkata...

semoga kenalan Dhira diPermudahkan urusan kesihatannya.
& take care ya Dhira Semoga diPermudahkan utk bersalin nnt.

Jari Manis berkata...

Dzikri dah nak dpt adik? Alhamdulillah ada kwn bermain nanti..semoga dhiera dot deliver dgn selamat aminnn

HeNRieTTa JoSe berkata...

moga semuanya baik baik sahaja...comelnya bakal abang tu....

Shahida Dzulkafli berkata...

Allah.. Semoga staff Dhiera diberikan kekuatan melalui ujian ini.. Aamiin..

Dhiera nadhirah berkata...

@Ana Suhana
kan ana. sedih bila kenang. beremosi mak dibuatnya

Dhiera nadhirah berkata...

@Zaleha Pengedar Vivix Shaklee
amin. inshaAllah. tq untuk doa

Dhiera nadhirah berkata...

@Jari Manis
inshaAllah tak lama lagi

Dhiera nadhirah berkata...

@HeNRieTTa JoSe
amin. tq rita

Dhiera nadhirah berkata...

@Shahida Dzulkafli
tq untuk doa. smeoga dia terus kuat

Nina Mads berkata...

aminn in shaa allah ada pulak kengkawan jenguk terubat juga

Dhiera nadhirah berkata...

@Nina Mads
kawan tu dah meninggal nina selasa baru ni